Episode 79

1.5K 141 0
                                    

Seminggu kemudian....

Dup!

Dup!

Dup!

Dup!

"Frost..."panggil Goo dekat sebelah.

Dia yang dengar tersentak dari fokusnya lalu palingkan kepala ke sebelah. "Asal?"

Noah yang sedang mengunyah makanan ikut bersuara. "Kau kenapa?asyik termenung je aku perhatikan sejak tadi?"soalnya.

Han capai sandwich dari pinggan Frost dengan bersahaja lalu diratah seperti makanan itu kepunyaannya tanpa bertanya.

Dup!

Dup!

Dup!

"Kau dengar tak tu?"soal Frost kebingungan. Dia tak faham...kenapa dia dengar degupan jantung ni sejak beberapa hari lepas. Lepas sedar dari kejadian yang dia sendiri tak dapat nak ingat di bilik rawatan tempoh hari, sejak itu dia dengar degupan jantung ni.

"Dengar apa?"balas Goo sewaktu capai piala berisi jus epal lalu di teguk sedikit.

"Bunyi ni..."ulang Frost dengan muka frust dia. Takkan la dia orang tak dengar. Dia boleh dengar dengan jelas sekali.

"Ahaha...kau dah kenapa. Lepas sedar dari demam kau terus buat perangai pelik...khayalan kau je tu. Aku tak dengar apa-apapun." kata Han.

Frost pandang kawan-kawannya dengan kening berkerut. Cakap dengan dia orang ni tak ada gunanya langsung. Dari dia bertanya pada mereka, baik dia siasat sendiri hal ni dan cari tahu siapa pemilik bunyi degupan jantung ni.

"Makan je la tahunya.."cebiknya dengan menyampah. "Kau orang makan la situ...aku keluar ambik angin sekejap.."pamitnya semasa bangun dari bangku dan keluar dari meja tu.

Goo perhatikan Frost dengan muka ambil berat, sementara Han dan Noah sudah pun mula berebut inginkan makanan Frost yang di tinggalkan.

Sambil pasang telinga, Froat pun mula berjalan di celah-celah barisan meja di situ. Dia jalan dan dengar pada masa yang sama.

Dup!

Dup!

DUP!

DUP!

Semakin lama semakin kuat.

Buk!

Tak pasal-pasal dia terlanggar belakang badan seseorang sebab tak perasan masa berjalan gara-gara pandang kiri dan kanan cari seseorang.

"Ma-"Frost terdiam lepas dia pandang orang di depannya.

Dup!

Dup!

Dup!

Sambil selak rambut ke belakang telinga, Diane toleh ke belakang dengan kening berkerut tak puas hati. Dia marah sebab air yang dia bawak tertumpah kena kemeja uniformnya lepas di langgar. Niat nak marah sekali lepas nampak orang yang langgar dia adalah Frost, air muka Diane berubah serta merta.

Frost pandang tak berkedip. Dia macam kenal bila tengok muka orang depannya ini malah hati dia berbunga senang, tapi satu pun memori dia tak ada pun tentang muka ni. Malah dia tak tahu pun akan kehadiran pelajar perempuan di depannya selama ini.

"Hai.."senyum Frost dengan lebar.

Diane telan air takut. Kuss! Lemah semangat dia. Kenapa la dia bertembung dengan Frost pulak ni!

"Maafkan saya...saya tak sengaja. Awak tak apa-apa?"tanya Frost yang angkat tangan mahu memegang Diane.

Diane cepat-cepat undur ke belakang sambil pandang tangan Frost macam tangan tu benda berbahaya. Dia bukannya apa, kalau Frost sentuh dia, sihir yang dia kenakan pada Frost iaitu Pelupus Ingatan akan musnah dan lelaki ini akan ingat semula semuanya termasuk la perasaan suka lelaki ni terhadap dia. Sebab itu la...

Frost terasa hati, dia bingung sendiri lepas tengok reaksi Diane. Perlahan-lahan dia jatuhkan tangan dia ke sisi.

"It okay...saya tak apa-apa..."Diane lambai tangan dekat depan muka tanda 'tak apa-apa'.

Dup!

Dup!

Dup!

Kening Frost berkerut tak faham lepas dengar degupan jantung Diane. Dia tak faham kenapa dia boleh dengar gadis depannya ni saja orang lain punya tidak.

"Kita kenal ke?"tanya Frost sambil mendekat.

Diane undur ke belakang lepas tu, mata dia lihat sekeliling dewan makan dengan kekok. Tak berani nak pandang Frost. Takut tertangkap. Nak tak nak terpaksa guna taktik yang sama.

"Mm....hei tengok...gajah terbang!"tunjuk Diane dengan muka cemas tiba-tiba dia.

Frost menjadi Frost, buat kali keduanya pun palingkan kepala ke belakang.

Mendapat peluang, Diane apa lagi terus dia pecut lari dari situ macam tak cukup tanah.

Dan bila Frost tak nampak apa yang Diane katakan, dia palingkan kepala semula ke depan. Tapi lepas tengok, Diane sudahpun tiada di situ. Seperti di serang deja'vu, Frost tersentak sendiri. Entah kenapa dia rasa macam pernah berlaku hal yang sama. Tapi entah bila dia tak ingat.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now