Episode 80

1.5K 127 0
                                    

Semua barang yang ada di dalam bilik itu di selongkar sehingga lantai bilik itu kelihatan bersepah dan tungang lagang.

Kotak buku, helaian kertas, almari pakaian dan setiap laci yang ada di tarik keluar.

Casia tunduk memeriksa setiap barang peribadinya yang ada di situ dengan kening berkerut.

"Berhentilah...apa yang kau cuba lakukan ni Casia!"tanya rakan sebiliknya itu.

"Kau diam..!"

"Tak ada lah....kalau ya pun janganlah bersepah macam ni sekali..."

Casia tidak menghiraukan bebelan rakannya itu.

Apa yang dia tahu,  dia hanya perlu cari apa sahaja cebisan yang membuatkan dia tertanya-tanya kebelakangan ni.

Persoalan mengenai identiti Diane Elaine. Casia yakin sangat yang perempuan ni ada kaitan dengan dia. Tapi masalahnya sekarang dia tak boleh nak ingat apa-apa mengenai Diane ni! Itu yang buat dia frust sangat sekarang ni!

Saat Casia sedang mengangkat beberapa buah buku keluar dari rak, sesuatu terjatuh dari celah buku itu.

Ianya sekeping kad ucapan hari lahir.

Kad itu melayah jatuh ke lantai tepat di bawah kakinya. Casia yang lihat pun tunduk mengutip kad itu.

Rakan sebilik Casia yang berasa jengkel terus berjalan keluar dari bilik itu. Meninggalkan Casia seorang diri.

Dalam keadaan bercakung lagi, Casia menarik keluar kad itu dari sampul tersebut. Dia tunduk meneliti tulisan berangkai yang berada di permukaan kad itu. Perlahan-lahan dia bangun dari situ lalu mengambil tempat di atas katil dia yang bersepah. Setelah itu baru la dia baca.

Selamat hari lahir!Dah tua dah kau rupanya. Hahaha! Aku harap tahun ni adalah tahun terbaik untuk kau sebab kau dapat hadiah terbesar kau iaitu dapat bercinta dengan Senior Sky kesukaan kau tu.

Tolonglah jangan jatuh sakit. Sihat selalu. Senyum selalu. Happy selalu. Walaupun kau seorang yang menyakitkan hati dan merimaskan, bagi aku kau lah segalanya untuk aku. Sebab sejak kali pertama aku masuk sini kau orang yang pertama sekali tegur dan ajak aku borak walaupun kau tahu siapa aku.

Aku sayang kau macam adik dan kakak aku sendiri. Jadi terimalah rantai ni sebagai penghargaan persahabatan kita selama ni.

Secara automatik, tangan Casia terus naik memegang leher di mana rantai yang selama ini dipakai olehnya. Dia perasan, tapi tak pwrnah pulak fikir dari mana dia dapat rantai ni. Sambil do gentel pendant rantai tu, Casia kemudiannya baca catatan terakhir di bawah kad itu.

Ikhlas dari sahabat mu

Diane Eliane yang Cantik

"Diane?"sebut Casia dengan kening berkerut. Dia angkat kepala lalu termenung pandang ke depan, bahu jatuh hilang semangat. "Apa yang berlaku?Kenapa aku tak ingat apa-apa pasal dia?"fikir Casia sendirian sebelum dia berdiri. Memegang kad itu erat lalu melenyapkan diri secara tiba-tiba ke tempat di mana Sky berada.

Sesaat kemudian dia berdiri di satu tempat. Di hadapan laman berumput akademi di mana lelaki itu sedang duduk bersila di depan rakan-rakan. Tanpa berlengah dia atur langkah ke arah teman lelakinya.

"Sky!"panggil Casia sebaik dia mendekati kumpulan itu.

Dengan serentak semua yang ada di situ angkat kepala dan berpaling ke arah Casia sewaktu gadis itu berjalan laju mendekati kumpulan mereka.

Kening Sky berkerut sebaik dia menoleh. Memandang pelik ke arah Casia bila pwrasan aura sekliling badan gadis itu agak terganggu

"Casia....ada apa ni?"dia bangun dari bersilanya lalu menghadap Casia.

Bersama kening mencerun tak puas hati, Casia capai lengan Sky lantas menarik Sky untuk mengikutnya.

"Kita perlu berbincang....ada sesuatu yang saya perlu tanyakan kepada awak."kata Casia sambil tu.

"Tanyalah...."balas Sky yang kelihatan dalam kebingungan. Dia ada buat salah ke?Dia terlupa hari special Casia ke? Kenapa macam marah je ni?

"Bukan dekat sini...."Casia kemudiannya tarik Sky ke satu arah dengan langkah yang lekas.

Mahu tak mahu, Sky hanya turutkan saja tanpa bertanya mahupun berkata apa-apa. Apa lagi masalah yang dia bakal terima nanti ni..

18. The KingdomWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu