Episode 57

1.5K 148 0
                                    

Sesaat kemudian lantai batu di bawah mereka berubah menjadi karpet apabila Kaiser teleportasi mereka secara tiba-tiba ke bilik tidur lelaki itu.

"Dekat mana ni?"tanya Diane tanpa melepaskan pelukannya dari badan Kaiser.

"Bilik aku.."jawab Kaiser dengan kepala terlentok di ceruk leher Diane.

Dengan kudrat yang ada tubuh lampai itu kemudiannya di dukung Diane naik ke atas katil.

"Urgh!!"ngerang Diane kerana berat Kaiser sungguh membuatkan dia penat. Tulang ke batu badan ni di perbuat.

Kaiser terbaring di atas katil tu dengan mata terpejam rapat menahan sakit. Sakit yang dia rasai seakan ada beribu-ribu bilah mata pedang menusuk sekitar dada dan jantungnya memandangkan serangan tadi mengenai betul-betul dekat belakang badannya.

Diane duduk dekat sebelah badan Kaiser setelah itu. Dia sinsing lengan baju kemejanya ke siku sebelu menanggalkan kot Kaiser dari badan tu. "Beritahu aku...macam mana kau boleh tahu aku dalam masalah?"tanya dia sambil tu.

Kaiser berkerut kening sebelum mengerang kesakitan. Dia cuba buka mata, tapi sakit yang dia rasai halang dia dari berbuat begitu.

Diane yang dengar semakin risau. Dia mengiringkan belakang Kaiser saat kot itu di tarik jauh dari tubuh. Dia kemudiannya membuka butang baju Kaiser kerana hendak memeriksa seteruk mana serangan Luisa pada lelaki itu.

Saat jari itu hendak membuka butang terakhir, tangan Kaiser naik lalu memegang erat jari jemari Diane. "Apa yang kau cuba lakukan ni?"tanya Kaiser dengan wajah sudah berkerut seribu menahan kesakitan.

Diane pandang tak percaya ke Kaiser. "Selamatkan kau la kepala batu!"sebutnya. Kemeja tu di bukanya tanpa rasa segan atau malu. "Takkan la aku nak tinggalkan kau dalam kesakitan macam ni"namun Diane terdiam seketika apabila melihat tanda lagir seakan tatu pada tulang selangka Kaiser. Keningnya berkerut bingung.

"Kau tahu apa kau kena buat ni?"soal Kaiser semasa keluarkan tangan dia dari kemeja,

Diane pandang Kaiser buat seketika sebelum meniarapkan badan Kaiser. "Tahu la..." jawabnya dengan muka tertanya-tanya. Bukan ke ini tanda Puak Kristal Biru.

Dia sangkakan hanya dia seorang saja yang mempunyai tanda lahir seperti ini.

Tapi kenapa Kaiser pun ada tanda ni jugak?

Satu bulatan sebesar kepalan penumbuk berada tepat di tengah tulang belakang Kaiser lepas lelaki tu meniarap. Ianya kelihatan biru dan kehitaman.

"Kau baring meniarap"arah Diane lepas tu.

Kaiser menurut tanpa berkata apa-apa. Sebaik saja dia meniarap, Kaiser menggengam erat bantal di bawah kepalanya. Menahan sakit yang tidak pernah dia rasai selama dia hidup. Kerana dia jarang terlibat dengan pergaduhan dan perlawanan. Apatah lagi kena kuasa gelap api hitam ni!

Diane menyelak anak rambut yang jatuh menutupi matanya ke belakang telinga saat tunduk menyentuh bulatan itu. Kaiser cakap hanya orang yang sama teras saja boleh sentuh lelaki ni. "Hei...Kaiser. Aku nak tanya kau sesuatu"soalnya.

Kaiser melepaskan keluhan. "Serius sekarang jugak kau nak tanya?"balasnya dengan nada tak percaya.

"Penting okay, Bukan saja-saja."tegas Diane sambil pandang tepi muka Kaiser yang sedang meniarap tu.

"Apa dia soalannya?"ngalah Kaiser. Dia tak kuasa nak cakap banyak dalam keadaan sakit macam ni.

"Memandangkan kau tak nak pergi ke bilik rawatan. Maka pilihan kau hanya aku. Tak apa ke kalau aku salurkan kuasa aku pada kau?"jangan cakap yang mereka berdua sama teras. Kalay ya. Jadi itu bermakna, mereka berdua asal dari puak yang sama.

Puak dimana ayah dia berasal.

"Ya..tak apa."renggus Kaiser dengan nafas naik turun menahan sakit.

Kening Diane terangkat tinggi kerana terkejut. "Tapi kan kau kata-"

"Shut the f*ck up can you! Tolong aku...soalan kemudian."marah Kaiser yang sudah hilang sabar dengan sikap suka bertanya Diane ni.

Diane buat muka. Tanya pun nak marah. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia bersila di sebelah badan Kaiser. Tangan kanannya melekap pada bulatan itu sesaat sebelum cahaya biru keluar dari tapak tangannya. matanya kemudian di pejam rapat. Mahu tumpunkan teras dalam badan dia supaya di alir keluar ke badan Kaiser.

Kaiser mengetap gigi, urat-urat timbul di permukaan tangan dan dahi gara-gara menahan rasa sakit itu. Diane yang lihat fokus menumpukan kuasanya untuk hilangkan kesan sihir hitam Luisa dari Kaiser. Sekiranya dia tidak berbuat begitu nyawa Kaiser dalam bahaya.

Diane sebelum menekan tapak tangannya ke bulatan itu membuatkan Kaiser menekup muka ke bantal dan menjerit dengan sekuat hati.

Diane yang memberi rawatan itu sudah pucat kerana dia tidak pernah gunakan kuasanya sebanyak ini kerana tubuh lelaki ini memerlukan tenaga yang banyak untuk sembuh.

Selepas beberapa ketika proses itu tamat dan Kaiser pun tidak sedarkan diri kerana letih dengan kesakitan yang dirasai sepanjang proses itu.

Diane melepaskan keluhan sebelum terbaring di sebelah lelaki itu dalam keadaan terlentang. Bunyi degupan jantungnya boleh dirasai dalam kepalanya kerana penat mengeluarkan teras kuasanya dengan tekanan yang sangat besar.

Nanti lepas semua ni selesai. Akan dia tanya Kaiser beberapa soalan untuk jelaskan siapa lelaki ni yang sebenarnya.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now