Episode 35

1.7K 149 0
                                    

Setengah jam kemudian.

Kawasan laman akademi itu mulai di penuhi pelajar apabila dua orang yang berada di atas puncak patung itu menarik perhatian mereka lepas berita mengenai cubaan untuk membunuh diri tersebar dalam akademi setengah jam lepas.

Sungguh!

Mereka semua tak tahu siapa yang nak bunuh diri siapa yang ada di atas. Apa mereka tahu di atas itu terdapatnya dua orang pelajar akademi.

"Apa yang sedang berlaku?"

"Siapa yang ada dekat atas Menara tu?"

"Aku dengar Senior Frost dan Diane ada di atas tu."

"Hah?Asal dia orang berdua ada dekat atas tu?"

Berasak-asak mereka dekat situ sambil dongak memayung kepala untuk lihat ke atas Menara pada waktu tengah hari itu.

Dalam kesibukan itu, muncul seorang pelajar lelaki dari arah pintu masuk untuk masuk ke dalam kerumunan itu. Tak lama selepas itu diikuti beberapa orang lagi dari belakang.

"Apa Frost fikirkan!"marah Goo semasa dongak ke atas.

Han dan Noah menyertai Goo di sisinya. "Kenapa dengan dia?"soal Han pula.

Noah berkerut kening masa dongak memandang menara. Di atas tu dapat dilihat kelibat dua orang tu.

"Tak pasti. Apa yang saya dengar Frost nak balas dendam atas kematian keluarga dia sebab ayah Diane yang bunuh ahli keluarga dia.."jawab pelajar sekitar mereka.

Goo memandang tidak percaya ke pelakar tu sebelum kembali mendongak kepala memandang ke atas. Sambil buat muka tak faham. Dia ingatkan Frost dah lupakan semuanya dan maafkan ayah Diane. Hari tu elok saja Frost melayani Diane dan luangkan masa Bersama gadis tu. Takkan la semua itu hanya rancangan Frost semata?

Lah ya ke sekarang apa pula masalahnya!Kenapa Frost jadi gila macam ni? Kan yang bunuh family dia bukannya Diane, bapak Diane yang bunuh kenapa dia nak balas dekat Diane pulak?"ujar Noah yang turut mendongak kepala memandang ke atas.

"Aku dengar Frost dah bunuh seorang pelajar gara-gara dia nak racun Diane, sebaliknya racun tu terkena dekat orang lain pulak. Sebab tu bengang sangat sampaikan cedearkan seorang master dan seorang lagi budak sekelas Diane." cerita mereka lagi dekat situ pada Goo, Han dan Noah.

"Serius la. Dasyat betul. Sampai macam tu sekali ya Senior Frost sanggup buat. Apalah nasib Diane, tak pasal-pasal dia jadi mangsa kesilapan ayah dia sediri." seloroh mereka yang lain.

"Nak buat macam mana, salah dia juga sebab hidup. Kalau dia mati kan selesai cerita!"sampuk seorang dari mereka di belakang kerumunan itu.

"Hish...kau ni tak eloklah la cakap macam tu."

"Apa yang tak elok.aku beritahu kenyataan kan. Dah memang betul pun."

Perbualan mereka di situ tidak di hiraukan oleh Goo. Malah dia terus rempuh mereka di situ untuk berjalan masuk ke dalam bangunan tu dan naik ke Menara untuk dapatkan Frost. Dia kena hentikan Frost sebelum semuanya terlambat dan tak dapat dipulihkan!

"Hei! Goo! Kau nak ke mana!"panggil Noah lepas dia nampak Goo bergerak pergi dari situ. Dia pandang ke Noah lalu isyaratkan kepada rakannya supaya ikut sama.

Bersama ngerangan jengkel, Han menurut. Menyusahkan betul la!"Apa yang kau cuba nak lakukan Goo?"tanya dia selepas tiba di sebelah Goo.

Tanpa memperlahankan langkahnya, Goo pandang ke depan sambil menjawab. "Apa-apa sahaja cara untuk elakkan kawan kita jadi seorang pembunuh"balas Goo semasa berlari naik mendaki tangga. Frost tak fikir secara rasional. Kawannya itu bukan seorang yang jahat. Frost hanya di kelabui dengan perasaan hasad benci dan dendam semata terhadap Diane. Untuk itu dia perlu hentikan Frost sebelum kawannya melakukan sesuatu yang akan buatkan Frost menyesal seumur hidup!

Noah yang berada di belakang tangga sudah mengah. "Wei.tunggulah!!"panggil Noah tercungap-cungap.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now