Episode 75

1.5K 133 1
                                    

Gara-gara hendak mengelak puting beliung yang di baling oleh Luisa, Diane mengelongsor di atas tanah itu sebelum kembali berdiri dengan sekelip mata.

Tangan kanannya menghasilkan dinding pelindung sementara tangan kirinya menghasilkan satu bilah cahaya berwarna biru seperti halilintar.

"Luisa!Aku bagi kau satu peluang. Kau berhenti dengan cara baik atau aku terpaksa berkasar dengan kau!"laung Diane dengan nafas naik turun.

"Pergi mampus!"jerit Luisa sebelum pancarkan kilat berunsurkan api warna hitam ke arah Diane dengan kedua-dua tangan.

Pancaran api hitam itu di halang Diane dengan mudah. Deru angin dari serangan itu membuatkan daun kering berterbangan dan pokok-pokok di situ bergoyang kuat.

"Kalau macam tu jangan kau salahkan aku!"lafaz Diane dengan mata bercahayanya.

Dengan satu tolakan, Diane lempar dinding pelindung dia ke arah Luisa.

Dinding cahaya biru itu pun melayah laju ke arah Luisa sehingga mengenai dia lalu menyebabkan Luisa tercampak ke belakang lalu meluncur sepanjang tanah di situ dan berakhir di bawah sebuah pokok.

"Uhuk!Uhuk!"batuk Luisa sambil memegang dada kerana sebu. Masih dalam keadaan sakit, dia gagahkan diri untuk bangun.

Sambil dia  pandang ke arah Luisa dengan petir halilintar menari-nari di dalam kedua-dua telapak tangan, Diane atur langkah ke arah Luisa perlahan-lahan.

"Selama ni aku diamkan diri....aku biarkan kau sakiti aku....kecam aku...buli aku tanpa henti!"lafaz Diane dengan nafas naik turun hendak hilang sabar.

Terngesot-ngesot Luisa nak bangunkan diri dari tanah tu.

"Buat aku jadi boneka untuk lepaskan geram kau..seronok tengok aku sakit?"tanya Diane lagi dengan mata bercahaya. Rambutnya mengerbang berwarna kelabu silver.

Luisa akhirnya dapat bangun dengan bantuan batang pokok di belakangnya itu. Sambil berkerut-kerut kening menahan sakit, dia baling bola cahaya berwarna hitam kemerahannya ke arah Diane beberapa kali selepas itu.

Buss!

Buss!

Buss!

Setiap kali bola cahaya api hitam Luisa hendak dekati Diane, ianya lenyap begitu saja setelah di telan pendinding sekeliling badan Diane seperti api terpadam disiram air.

"Aku dah bosan tau tak! Bosan tengok orang sekeliling aku sakit sebab aku. Bosan tengok orang asyik sakiti aku....dan kau mintak semua ni sendirikan!"bicara Diane lagi sewaktu berhenti dari berjalan.

Luisa tarik sengih sinis. Dia pandang mengejek ke Diane. Dia tahu Diane bukan lawan dia. Kalau dia lawan jugak, yang kalahnya nanti dia bukan Diane. Sebab tengok je pun dah tahu, kuasa Kristal Biru Diane bukan calang-calang tandingnya. Untuk selamatkan diri, dia terpaksa katakan hal ni jugak.

Harap- harap dapatla dia alihkan perhatian Diane buat seketika.

"Bunuh la aku kalau macam tu....tapi kau kena ingat. Kalau kau bunuh aku. Itu bermakna kau bunuh ahli keluarga kau sendiri. Sebab apa?Sebab kita sama ibu..."beritahu dia.

Elok tangan Diane bercahaya penuh dengan halilintar, terus hilang semua itu dari badan dia lepas dengar kenyataan itu. Dengan mata terbutang luas, Diane bersuara.

"Apa kau kata?"tanya Diane dengan nada tak percaya.

"Kau dengar aku tadi....ibu kau adalah ibu aku. Setahun lepas dia tinggalkan kau, dia berkahwin dengan ayah aku. Dan setahun kemudian mereka dapat aku....jadi..kau bunuh  la aku kalau itu niat kau."sambil Luisa berkata, sambil tu dia diam-diam hasilkan bola cahaya dari tangan kanan yang dia sembunyikan dekat belakang badan.

Lantas, sewaktu Diane terlalu sibuk dengan perasaan berkecamuk dia, masa itu la Luisa ambil peluang untuk lemparkan bola api hitam mengundang mautnya ke arah Diane.

Seinci sebelum ia tiba ke muka Diane, dengan tiba-tiba dan mengejut, Diane angkat mata dari termenung lalu memandang bebola cahaya api hitam itu hingga buatkan ia terapung di situ tak bergerak depan mukanya.

Tak satu, satu kenyataan muncul menghentak realitinya. Tak satu!Satu masalah datang pada dia! Sebab apa?! Sebab fitnah dan khabar angin yang tidak benar mengenai ayahnya. Dan sekarang apa! Dia ada saudara tiri sama ibu yang mana merupakan doktor yang telah merawat dia!

Cukup! Dia dah rasa cukup dengan semua ni."CUKUP!"tempik Diane sekuat hati hingga buatkan bebola cahaya api milik Luisa tadi terpantul semula ke arah Luisa lalu mengenai gadis tersebut.

"Arghhh!"teriak Luisa dengan penuh kesakitan sewaktu tercampak kuat ke batang pokok di situ sebelum rebah menyembah tanah tidak sedarkan diri.

Berdiri la Diane di situ sendirian dengan nafas naik turun dan tangan mengepal penumbuk erat-erat memendam rasa.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now