Episode 31

1.7K 162 1
                                    

Sambil bernyanyi kecil, tangannya menggentel hujung rambut yang ditoncang ke kanan. Lepas habis berehat, langkahnya di atur pula untuk ke kelas seni ilmu pertahanan hitamnya. Sambil jalan tu, sempat juga dia kerling sekelilingnya. Saja perhatikan pelajar lain yang ada dekat situ.

Semuanya ada kawan dan pasangan masing-masing.

Siap ketawa girang sambil berborak lagi tu.

Sementara dia?

Loner tak ke sudahnya.

"Diane!"panggil seseorang dari arah belakang dengan lantang.

Diane yang dengar pun menoleh. Bersemangat betul suara tu! Seronok sangat ke panggil nama dia ni? Pandang saja ke belakang, Diane Nampak Frost sedang berjogging ke arahnya sambil memegang satu botol minuman di tangan. Ianya terisi dengan cecair kuning jingga. Mungkin jus oren.

Macam tahu-tahu je la Frost ni.

Lelaki ni mesti muncul semasa dia sedang bersedih atau susah hati.

Angel dia apa?

"Hai...apa yang buat awak ke sini?"tanya Diane sebaik saja Frost tiba di tempat dia berdiri dengan wajah ceria senang hati. Suka dia kalau berjumpa dengan lelaki ini semula sejak kejadian di rumah hijau tempoh hari.

Frost tersenyum handsome. dia tunduk sekejap semasa angkat tangan yang berbotol kaca itu kemudiannya menyua botol itu kepada Diane. "Nah. Ambil la. Ianya untuk awak."

Diane pandang botol itu dengan kening terangkat terkejut. Untuk dia?Seorang lelaki berikan dia sesuatu?Untuk pertama kalinya?Serius? Dia mimpi apa? "Oh...okay. Terima kasih"ucap Diane lalu di ambil botol tu dari tangan Frost. "Buat susah awak je"katanya sebelum Tarik senyuman nipis.

Baik sungguh Frost terhadap dia. Rasa tersentuh pun ada.

"Tak ada apa-apa la. Benda kecil je. Awak ada kelas lagi ke lepas ni?"tanya Frost.

Kenapa?Nak ajak dating ke? "Ha'ah...kenapa?"balas Diane sebelum gigit bawah bibirnya ingin tahu masa pandang segan silu ke muka Frost.

Frost senyum sambal kerutkan hidung lalu menggeleng kepala. Dengan bersahaja dia angkat tangan lalu usap kepala Diane dengan lembut. "Saja tanya. Kalau macam tu jumpa awak lagi. Jangan lupa. Minum jus tu nanti ya..."

Kalau dia coklat lama dah cair dekat sini jugak. Kenapa sweet sangat Frost ni. Alah...dia tak boleh la. "Ahaha..ya..terima kasih sekali lagi"ujar Diane.

"Bye..."lambai Frost kemudiannya sambil berjalan ke arah dia muncul tadi.

Diane mengangguk kepala lalu melambai ke arah Frost. DIa perhatikan langkah Frost sehingga la lelaki tu tidak lagi kelihatan. Dengan hati yang gembira dan bibir tersenyum senang, langkahnya terasa ringan buat pertama kali dalam masa beberapa bulan ni. Dan dia amat menyukai perasaan yang dia sedang rasai sekarang ni. Baru la Diane kembali menyambung perjalanan dia sehingga tiba di kelas.

Well...nampaknya bukan semuanya teruk...kan?

Masuk saja dalam kelas, seperti biasa pelajar-pelajar dalam kelas tu sibuk dengan hal masing-masing sewaktu Diane tiba. Mereka sikit pun tak susahkan diri untuk kerling ke dia. Malah hanya sibukkan diri dengan perbualan dan hal masing-masing.

Diane yang terbiasa dengan layanan dingin itu kemudianya mengambil tempat di kerusinya. Botol berisi jus oren tadi di letakkan di hujung meja sewaktu hendak tunduk mengambil sandang yang berada di lantai bawah mejanya. Niatnya mahu mengambil buku dari beg tu. Sekali, lepas dia duduk tegak kembali dalam pada masa yang sama meraba meja nak dapatkan jus orennya, botol itu telah tiada.

Ingatkan botol kaca itu jatuh ke apa, Diane pandang ke tempat dia letakkan botol tu tadi lalu ke bawah mejanya buat beberapa kali dengan cemas. Tapi sikit pun tak ada kelibat botol kaca tu. Ajaib sungguh! Boleh pulak botol tu hilang?Diane garu belakang kepalanya dengan kening berkerut bingung. Mana pulak benda alah tu?

"Wah...sedapnya. Bagai bulan jatuh ke riba betul la. Macam tahu-tahu je aku dahaga."komen suara tu tiba-tiba.

Tersentak mendengarnya, Diane palingkan kepalanya ke sisi kanan mejanya sebelum Nampak rakan sekelas lelakinya sedang dongak meneguk minuman dari botol kaca berisi jus orennya tadi. "Hei! Itu aku punya la!"katanya sambil bangun dari kerusi.

Pelajar lelaki tu Tarik sengih meleret jahatnya sambil kerling ke Diane. "Terima kasih untuk jus orennya."ajunya setelah itu.

Kening Diane mencerlung tak puas hati, suka hati je! Itu Frost yang berikan kepada dia. Orang lain pulak yang tolong rasmikan dulu! Tak guna! "Apa ni!" dia cuba hendak mengambil botol itu tapi tak sempat nak dekat, tiba-tiba botol itu terlepas dari pegangan pelajar lelaki tersebut.

PRANG!

Berderai botol kaca tu sebaik ia menyapa permukaan lantai kelas sesaat kemudian.

Diane melompat terkejut dengan kejadian itu. Matanya terpejam sekejap lalu terbuka semula hanya untuk di sapa dengan pemandangan dimana pelajar lelaki tadi terbaring kemudian tersentak kekejangan bersama buih putih di mulut dekat atas lantai.

Mata Diane terbutang luas. Sumpah! Dia terkejut sangat! Dah kenapa pulak ni! Tadi elok je! Nafasnya tertahan-tahan di kerongkong sebab tergamam melihat muka pelajar lelaki tu mulai keunguan seperti sedang di jerut.

"Kyaaaa!!!!!"teriak pelajar perempuan dalam kelas tu dengan hysteria lepas pelajar lelaki tu mula menggelupur dengan dasyat di sebelah mejanya.

Masa itu la baru semua yang ada di dalam kelas bangun dan memandang Diane.

"Apa yang kau dah buat ni Diane!"jerit mereka dengan cemas.

"Kenapa dengan dia?Kau buat apa dekat dia?"tanya mereka semasa dapatkan pelajar lelaki di lantai tu dengan cemas.

Kening Diane berkerut, dia menggeleng kepala tak tahu dengan muka terkejutnya ke arah rakan sekelasnya itu. Mana la dia tahu! Dah tiba-tiba je Budak lelaki ni rebah menggelupur macam ni!

"Bawa dia ke bilik rawatan sekarang!"arah seorang dari mereka sewaktu dukung badan tu bangun dari situ.

Sementara yang lain palingkan kepala ke Diane dan mula menunding jari menyalahkan dia.

Dasar pembunuh!Sampai bila-bila kau seorang pembunuh!"tuduh mereka.

"Kalau sesuatu terjadi pada dia! Mati kau Diane kita orang kerjakan!"

Diane tunduk memandang air yang tumpah di atas lantai itu dengan muka dumbfounded. Jus tu Frost yang berikan kepada dia untuk diminum dengannya. Kalau pelajar lelaki tadi rebah sebab minum minuman ni, itu bermakna-

"Tunggu apa lagi! Bawak perempian s*al ni ke pejabat master sekarang!" gasak mereka yang berebut mahu mengheret Diane keluar dari situ. Terus haru biru tempat tu dek asakan tersebut. Diane yang tersekat dekat celah mereka hanya terpaksa menurut dalam keadaan terkebil-kebil. Dah macam rusuhan pun ada.

Keadaan kecoh itu perlahan-lahan kemudiannya surut menjadi tenang semula apabila kesemua yang ada di dalam kelas itu keluar membawa Diane menghadap master untuk di soal siasat.

Kecuali seorang tu.

Kaiser yang duduk mendiam sejak tadi telah saksikan segalanya dari awal. Sejak dia masuk ke kelas sehingga la pelajar lelaki tadi rebah tiba-tiba. Dia kemudiannya bangun dari kerusi lantas mendekati botol kaca yang terbelah dua itu.

Bercakung saja dia dekat situ, Kaiser pegang belah kaca yang terbelah tu lalu di dekatkan ke hidungnya. Di hidu sekejap objek tu sehingga la satu haruman aneh dari sisa minuman pada gelas tu dapat di kesan olehnya.

Menyedari apa yang sedang berlaku, Kaiser angkat kepala memandang pintu kelas dengan kening mencerun. "Menyusahkan betul la!"gerutunya sewaktu bangun dari cakungnya lalu mencekak pinggang kebengangan. Berasa kesal dengan apa yang sedang berlaku. Bukan ini tujuan dia datang ke sini!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now