Episode 67

1.5K 134 0
                                    

Peti kecil dekat atas meja kecil sebelah katil di pandang lama dengan Diane.

Warna keemasan yang berada di peti itu di tenung lama sebab dia terfikir akan orang yang memberikannya untuk dia. Agaknya macam mana rupa ayahnya?

"Kaiser..."panggil Diane sebelum alihkan mata dari peti ke Kaiser yang sedang baring di atas lantai sebelah katilnya.

Kaiser tak menyahut. Dianhanya diam memejam mata dengan sebelah tangan dekat belakang kepala, sebelah lagi atas perut. Kaki kirinya tegak sebelah kanan lurus melunjur.

Tidak peduli sama ada Kaiser dengar atau tidak, Diane tetap bersuara ."Ayah saya macam mana orangnya?"tanya dia dengan suara berbisik. "Garang ke peramah? Aku ada macam dia tak?"

Kaiser tarik nafas dalam-dalam sebelum dihela panjang. Cuba kumpulkan diri untuk tidak melenting atau menyentap pada tengah-tengah malam macam ni.

"Biasa je..."jawabnya mendatar selepas itu dengan mata tertutup. Perangai banyak bertanya Diane ni kan lama-lama buat dia menyirap je la!

Diane bergerak ke tepi katil. Menggunakan lengannya sebagai bantal untuk berada hampir dengan Kaiser. Dia jengahkan kepalanya dari tepi katil tu. Muka handsome milik Kaiser di tenung dia dengan kening terangkat ingin tahu.

"Kacak tak orangnya?"tanya dia lagi.

Dengusan kasar keluar dari hidungnya. Semakin hilang sabar. Tak reti penat betul la Diane ni! Kaiser membuka mata. Dia baring mengiring memandang Diane.

"Kalau kau ikut aku balik ke tempat kita, aku akan tunjukkan semuanya pada kau....dan kau akan tahu semuanya.."ajunya. Lepas ni Diane mesti takkan tanya apa-apa lagi!

Diane terdiam seketika apabila mendengar permintaan itu. Dia termenung memandang Kaiser dengan renungan redupnya. "Sebelum aku, kau dah baca surat tu ke?"

Kaiser topangkan kepalanya dengan tangan kiri yang direhatkan atas bantal, baring mengiring menghadap Diane. Lalu dia balas renungan itu sambil menggeleng kecil.

"Tak. Sebab itu adalah amanat untuk kau. Aku tak pernah sentuh selain kau. Dan peti tu hanya dibuka dengan pewaris sah Master Xavier. Selagi kau tak bukak selagi tu aku tak tahu."jawabnya dengan jujur.

Diane bawa tangannya ke bawah dagu kemudiannya, meniarap dengan selesa atas katil tu. "Lepas hari aku bukak peti tu, kau dah baca isi suratnya?"tanya dia.

Kaiser mengangguk sambil jungkit kening.

"Jadi...?"tanya Diane yang mahukan penjelasan Kaiser mengenai surat tu. Dia nak Kaiser jelaskan kenapa Kaiser tak nak beritahu dia awal-awal. Kenapa Kaiser tak cuba nak ceritakan dia semuanya mengenai ayah dia? Kenapa Kaiser buat tak tahu lepas apa yang terjadi pada dia?

Kedengaran keluhan di lepaskan oleh Kaiser.Dia kemudiannya bangun lalu duduk bersila menghadap Diane dengan tegak.

Diane masih dalam keadaan meniarap dengan tangan dekat bawah pipi. Dia selesa dengan keadaan ini. Ianya buatkan matanya dia berat nak tertutup.

"Sejujurnya aku tak pernah terfikirkan untuk sukakan kau. Pertama kali aku dengar kau anak master sejak tu aku bencikan kau. Sebab terasa kau akan rampas segalanya dari aku. Aku tak tahu yang master jaga aku untuk jadikan pelindung kau...untuk bersama dengan kau...sampai la hari pemergian master."

Diane hanya mendengar luahan Kaiser. Tak berniat nak bertanya atau menyampuk.

"Sebab tu aku tak beritahu kau awal-awal. Lagipun kalau aku beritahu awal-awal belum tentu lagi kau akan percaya. Tambah-tambah bila ada yang cuba sakiti kau...semua tu buat aku asyik tertangguh je niat nak beritahu. Tapi lama-lama lepas tu, perasaan benci aku berkurang bila tengok kau selalu dalam keadaan sakit dan di kecam dengan semua orang dekat sini. Sejak tu aku perlahan-lahan dekati kau....dan masa aku nak beritahu kau, masa tu la Luisa cuba sakiti kau dan selebihnya kau tahu la sendiri.."jelas Kaiser tanpa alihkan matanya dari Diane.

Diane tersengih nipis. Kan senang kalau beritahu dia. Bukannya susah pun.

"Nampaknya kau penting untuk ayah sampaikan dia jaga kau sendiri. Berikan ilmu dan semuanya kepada kau. Termasuk anak dia sendiri..."seloroh Diane. "Jangan risau, aku tak marah lagi. Sebab aku faham kenapa kau bencikan aku. Dan aku faham kalau kau tak boleh terima dengan idea ayah aku untuk serahkan hak dia pada aku dan satukan kita berdua..."kemudiannya dia menguap sampai keluarkan air mata.

Kaiser perhatikan air mata yang kekuar dari mata Diane tanpa berkata apa-apa.

"Hurm..."jeda Diane dengan panjang, buatkan rambut hitam dia bertukar warna menjadi purple blueberi. "Aku tak tahu lagi...tapi kalau itu adalah permintaan terakhir ayah kenalah kita tunaikan. Wasiat dia kan..."dia jungkit kening.

Kaiser angkat tangan lalu letak dekat atas katil tu dan dekatkan diri ke sisi tilam kerana terkejut. "Kau akan ikut aku pulang ke Puak Cahaya Biru?"tanya dia yang hampir saja kedengaran teruja.

Diane hanya menjungkit bahu.

"Aku tak tahu..."mata Diane terkedip-kedip perlahan mahu tertutup. "Apa yang aku tahu sekarang adalah, aku perlukan tidur..." gumamnya dengan mamai sebelum menutup mata sepenuhnya.

Kaiser menghela nafas panjang dengan bahu jatuh hilang semangat lepas dengar. Ingatkan Diane akan bersetuju. Kalau ya boleh la dia pergi dari sini secepat mungkin.

Dia bangun dari duduknya sebelum menarik selimut dekat bawah kaki Diane lalu menyelimut tubuh itu sebelum dia kembali berbaring di lantai. Beralaskan lengan memandang siling bilik.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now