Episode 49

1.6K 154 4
                                    

Satu akademi gempar dengan kehadiran Frost di akademi itu yang telah dikhabarkan lelaki itu telah bercuti kerana hal keluarga, padahal lelaki itu telah di tangkap. Terima kasih kepada Doktor Abiel yang telah melupuskan ingatan kesemua pelajar dan digantikan memori palsu agar keadaan tidak menjadi serabut dan rumit. Pelajar perempuan, menyambut kepulangan lelaki itu dengan gembira. Ke mana sahaja lelaki itu ada pasti akan ada kumpulan pelajar mengerumuni lelaki itu.

Di dewan makan pada tengah hari sibuk seperti biasa. Para pelajarnya dengan borak dan aktiviti biasa mereka lakukan. Meja buffet yang terisi dengan deretan makanan, para elf sibuk di belakang kaunter melakukan itu dan ini.

Piala yang berisi dengan jus anggur itu di teguk habis saat memandang lelaki di depannya ini. "Kau orang tak ingat langsung?"tanya Frost kepada tiga rakannya yang ada di depan.

"Ingat pasal kau berangkat pergi sebab hal kerabat diraja kau lah."jawab Noah.

Frost tersenyum, hairan dan kagum dengan hasil kerja orang yang menghapuskan segala memori dari kepala budak-budak di akademi ini. Tertanya-tanya jugak dia siapakah orang yang bertanggungjawab di sebalik kejadian ni.

"Kalau macam tu Kau orang ingat tak tentang malam kita bawa dua orang pelajar perempuan masuk ke dalam bilik umum gara-gara dia orang tidur dekat jalan?"soal Frost pada Goo pulak.

Goo mengangkat kepala dari tunduk makan lalu memandang Frost yang duduk bertentangan dengan dia. "Mesti la Ingat. Kau ni kenapa asyik tanya ingat ke tak ingat. Kau fikir kita orang ni dah nyanyuk apa?"selorohnya dengan nada tak percaya.

Frost Tarik senyuman lega. Nampaknya bukan semua memori telah dihapuskan. Kebanyaknnya hanya sesetengah perkara sahaja. Iaitu dari kejadian yang menimpa Casia dan Daniel. Semuanya telah di hapuskan. "Tanya je"ujarnya dengan senyuman janggal.

Noah dan Han kembali berbual selepas itu, sementara Goo menyambung makannya.

Sementara Frost, Dia mengerling ke sekeliling cafeteria itu dengan leher di panjangkan. Dia mahu mencari orang yang telah melarikan diri darinya sejak seminggu dia berada di sini. Sehingga sekarang dia tidak dapat mendengar jawapan untuk soalannya. Naik gila dibuatnya! Mana aje Diane menyorok ni!

Sedang dia pandang dan pandang, ketika itu mata Frost terarah pada dua orang yang melangkah masuk ke dalam cafeteria berjalan seiringan. Mulanya dia nak palingkan kepala pandang ke tempat lain, sekali bila wajah tu jelas di matanya. Dia memandang lama pada orang yang jalan bersebelahan dengan lelaki berkaca mata.

Terus mengerenyet mata Frost melihatnya. Perasaan dia berasa jengkel tiba-tiba. Memang patut pun dia pukul kepala lelaki itu sampai berdarah hari tu. Siapa suruh masuk campur. Dasar si pelik!

Han yang duduk di sisi Frost di siku perlahan dengan dia. "Wei...siapa nama lelaki sebelah Diane tu.."tanya dia sambil menjuih bibir ke arah dimana Diane sedang berjalan mendekati meja buffet bersama lelaki berkaca mata.

Han palingkan kepala ke Frost dengan kening terangkat. "Mana??"soal dia yang cuba memandang ke arah yang dimaksudkan Frost.

"Itu..dekat sana tu."tunding Frost pula.

Han pun pandang. Dan lepas dia pandang, dia kembali tunduk mencucuk makanan dengan garfu lalu di suap ke dalam mulut. Setelah itu baru la dia menjawab. "Kaiser Storm, budak baru."jawabnya sambil mengunyah hotdog.

Frost kemudiannya bangun dari duduknya. Well...nampaknya lelaki tu kena undurkan diri!Sebab dia adalah orang pertama yang kenal Diane terlebih dahulu. Kakinya di atur Menuju ke arah orang itu yang sedang memegang dulang.

18. The KingdomKde žijí příběhy. Začni objevovat