Episode 14

1.9K 181 1
                                    

Akhirnya mereka sampai ke tengah malam jugak habiskan masa di bar. Berbual dan minum sehingga wasted. Lepas Han dan Noah dah terlampau sangat minum, Goo dan Frost ambil keputusan untuk balik ke akademi setelah itu. Tak nak biarkan rakan mereka menjadi-jadi di situ. Masalah pulak nanti yang datang!

Dalam gelap, enam kepala kelihatan di sepanjang Lorong kecil menuju ke arah akademi. Duanya terhuyung hayang kanan dan kiri, dua jalan lurus dua lagi saling bergandingan bahu seperti pasangan kekasih.

Angin malam yang bertiup itu membuatkan wajah yang terasa bahang perlahan-lahan sejuk hingga buatkan keluhan panjang lepas dari bibir kerana lega. Han dan Noah jalan terhuyung hayang sambil merangkul bahu masing-masing dekat belakang sekali.

Sementara Goo dan Frost hanya jalan mendiamkan diri, memberi perhatian ke dua orang gadis yang berada di depan mereka waktu ini. Suara nyanyian dan ketawa mereka jelas kedengaran di dalam kegelapan malam itu. Nampak macam seronok, tapi buat telinga yang dengar entah kenapa terasa seperti tak gembira.

Goo di sisi menguap kerana mengantuk. Dia yang tidak minum banyak seperti Noah dan Han masih rasional pun bersuara. "Beraninya dia orang berdua tu keluar malam berdua dalam keadaan macam tu pulak...."komen Goo tentang dua orang gadis yang berada di hujung jalan depan mereka. Sejak tadi mereka ekori sebab takut kalau ada apa-apa berlaku sepanjang perjalanan.

Frost yang dengar tidak membalas kerana dia hanya fokus pada orang yang mengenakan gown pink tu.

"Kalau aku tahu teman wanita aku keluar macam ni, lama dah aku ikat dia dengan tali biar duduk diam tak ke mana-mana.."sambung Goo lagi. Lelaki itu jalan dengan kedua-dua tangan berada di dalam poket.

"Ahh....bebasnya!"laung Han sambil mendepakan tangan dan tersandung sebelum terjatuh.

Frost yang lihat terus mendapatkan Han dan membantu rakannya bangun.

"Jalan elok-elok lah." arahnya semasa berdirikan Han tegak semula.

"Heheh....Tahulah."balas Han yang kemudiannya jalan bersama Noah. Merangkul bahu di antara satu sama lain sambil menyanyi kecil semula.

Dia yang perhatikan hanya mampu menggeleng kepala. Dah tahu low tolerate masih jugak minum banyak siapa suruh. Frost melepaskan keluhan panjang sebaik kembali berjala di belakang bersama Goo. Beberapa minit berjalan mereka akhirnya tiba di depan akademi.

"Kau tunggu sini...biar aku hantar dia orang dulu."arah Goo pada Frost.

Dengan kening berkerut tak faham. Dia pandang ke Goo dan dua lagi rakannya silih ganti. "Kenapa?Jom la balik sama..."ajaknya.

Kepala Goo berpaling ke arah dimana dua orang gadis tadi menghilang sebelum memandang Frost semula. "Kau tengokkan dua orang tu...lepas aku hantar Han dengan Noah,aku datang balik."ajunya.

Faham dengan apa yang Goo cuba hendak lakukan, Frost hanya mengangguk kepala faham.

Sesampai saja di depan pintu masuk Noah dan Han di hantar Goo dengan menggunakan kuasa lenyap secara tiba-tiba terus ke asrama lelaki. Tak lama lepas tu Goo muncul semula dan sertai Frost untuk dapatkan dua orang gadis tadi pula.

Goo yang pakar menggunakan kuasa psikik itu berjaya mengesan keberadaan dua orang sahabat tadi yang hilang dari jejak tidak jauh dari laman bangunan menara berumput terus ke situ. Goo di belakang menyaingi Frost. Mengecilkan mata melihat sekeliling.

Sementara Frost menggunakan kuasanya untuk mengesan degupan jatung tertentu turut menemui dua orang itu. Telinga Frost bergerak sedikit apabila dia mendengar degupan jantung itu yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri.

"Sana...dia orang ada dekat depan laluan pejalan kaki.."maklumnya semasa berlari ke arah itu. Sebaik saja mereka tiba di situ. Mereka di sapa pemandangan dimana dua tubuh itu sudahpun terbaring di atas jalan bertar dan lena dalam pelukan antara satu sama lain.

Goo yang lihat ketawa kecil. "Comel je. Mana-mana pun dia orang boleh baring. Bahaya betul."tunduk Goo yang hendak mendekati orang yang memakai dress merah jambu dulu.

Frost yang lihat cepat-cepat memegang bahu Goo. "Tunggu.halangnya.

"Goo menoleh dengan kening terangkat. "Kenapa?"tanya dia.

"Biar aku angkat dia, kau angkat kawan dia..."arahnya semasa melutut sebelah kaki sebelum mencempung tubuh itu tanpa berlengah lagi. Di bawa dekat pada badannya.

Goo yang lihat mencempung tubuh satu lagi.

Berdiri saja mereka, pada masa yang sama mereka lenyapkan diri dari situ sebelum muncul semula di dalam sebuah ruang di dalambangunan utama akademi. Memandangkan mereka tidak boleh muncul secara tiba-tiba di asrama pelajar perempuan, mereka terpaksa tinggal dua orang ini di sini. Ianya lebih selamat dibandingkan biarkan dua orang ni tidur dekat luar.

Setelah baringkan dua orang itu di atas sofa, mantel di badannya kemudiannya di tanggalkan untuk diselimutkan pada tubuh itu sebelum menghilangkan diri dari situ sesaat kemudian.

Maka tinggal la dua gadis itu terlena dengan nyenyak sekali dalam kegelapan itu.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now