Episode 84

1.5K 129 0
                                    

Malamnya Diane ajak Kaiser curi-curi keluar dari akademi untuk lepak di diner memandangkan Diane tak mahu bertembung dengan Froat mahupun Casia di dewan makan.

Kaiser yang tiada halangan mahupun rancangan tidak membantah. Dia dengan rela yang terpaksa ikutkan permintaan itu.

Sampai saja di Diner, Kaiser dan Diane order makanan selepas ambil tempat di sebelah dinding kaca kedai makan tu saling menghadap antara satu sama lain seperti pasangan kekasih sedang dating menikmati candle light dinner. Bezanya tiada lilin tapi lampu stand kecil dekat tengah-tengah meja tu.

Piala berisi air kosong di letakkan ke meja sebaik mendengar kata-kata itu.

"Apa?Kau hapuskan memori Frost tentang kau dari ingatan dia tapi tak dapat nak hapuskan perasaan dia terhadap kau? Sebab itu dia kejar kau?" ulang Kaiser dengan nada tak percaya. Apa la! Kalau hapuskan ingatan tu hapuskan la betul-betul. Ini tidak, hapus ingatan tapi perasaan masih ada. Saja apa Diane ni?

Diane mengangguk kepala dengan malas sewaktu tunduk memandang pinggan yang masih penuh terisi dengan makanan lewat malamnya.

"Tapi kenapa?Ke sebab kejadian Luisa serang kita berdua dan culik untuk hapuskan kau malam tu?Atau kau tak sukakan Frost?"soal Kaiser lagi kerana tak puas hati.

Diane menjungkit bahu tiada mood. Dia angkat mata lalu memandang Kaiser dengan renungan redup. Otaknya kosong tiada fikiran. Hatinya pula lali seperti tidak berfungsi.

"Tak tahu....aku cuma nak semua masalah ni selesai. Aku tak nak ada kaitan dengan sesiapa dekat sini lagi. Aku dah tak nak ada sesiapa tahu tentang aku atau perihal kewujudan aku dekat sini. Sebabnya...sesiapa saja yang ada di sisi aku, akhirnya terpaksa tinggalkan aku atau berpisah dari aku..."ujarnya.

Kaiser melentokkan kepala sedikit saat bersandar pada dengan tangan disilangkan ke dada. Dia pandang lama wajah Diane yang tidak bersemangat itu. Dia ikut simpati. Apa yang Diane katakan adalah kenyataannya. Sebab dia sendiri tak pasti berapa lama dia boleh berada di sisi Diane.

1 tahun?

5 tahun?

10 tahun?

Ajal dan maut ni tak siapa boleh agak bila, dekat mana, hari apa, sebab apa....no one know!

Jadi dia tak boleh nak janji pada Diane untuk berada di sisi gadis ini. Sebab itu dia layan Diane acuh tak acuh. Tak nak bagi harapan sangat pada Diane walaupun hati dia menjerit-jerit mahukan Diane.

"Kau dah putus asa ke?"soal Kaiser tak lama lepas tu.

Diane tidak bersuara, dia tundukkan mata ke bawah buat seketika. Renungan sugul terarah pada garfu yang dikuis-kuis ke kentang lecek di pinggannya.

Lama Kaiser perhatikan Diane. Tapi gadis itu sikit pun tak berkata apa-apa lagi. Sehingga la beberapa saat kemudian.

"Jom la...Kita pergi dari sini. Sekarang..." sambil berkata Diane mengangkat kepala, memandang Kaiser.

Kaiser lepaskan hela nafas pendek, bahu jatuh hilang semangat lepas dengar. Bukan dia tak suka atau gembira , malah ini la yang dia nak dengar dari Diane selama ni. Dia tak nak paksa, tapi tak sangka pula bila Diane dengan rela mahu pergi dari sini, hati dia pula rasa berat hati. Dia tahu Diane pasti akan bersedih lepas pergi dari sini. Sebab itu la.

"Kau serius ke ni?"tanya Kaiser dengan nada perlahan.

Diane pandang tak berkedip ke Kaiser lalu mengangguk kepala.

"Tapi dia orang semua belum kumpul sepenuhnya dekat koloni kita..."ujar Kaiser lagi.

"Tak perlu tunggu...kita yang sepatutnya sambut mereka datang ke situ..."balas Diane sebelum tersenyum nipis.

Kaiser memberi renungan dalam ke arah Diane. Lalu mengangguk kepala. "Ya sudah. Kalau itu yang kau minta, aku ikutkan."balasnya sebelum kembali menyambung makan.

Diane kemudiannya melemparkan pandangan ke luar kaca yang menjadi dinding kedai makan disebelahnua itu. Dia pandang ke luar jalan. Melihat orang lalu lalang di depan laluan pejalan kaki di situ sambil menopang dagu di meja dengan tangan kirinya.

Kaiser yang sedang mengunyah memandang wajah itu, cuba membaca fikiran Diane. Namun tiada apa-apa yang dia dapat. Difikiran gadis itu tiada apa-apa kerana Diane tidak memikirkan apa-apa walau satu pun perkara.

"Kau dah berputus asa nampaknya Diane."ujar Kaiser sewaktu tunduk memandang hidangannya, lalu menyuap seketul brokoli kecil ke dalam mulut.

Diane yang dengar memalingkan kepala semula sebelum jatuhkan tangan ke meja itu sambil.menjungkit kening dengan tinggi.

"Apa kau cakap tadi?Aku tak dengar..." katanya dengan perlahan.

"Kau....fikiran kau tu kosong. Nampaknya kau dah betul-betul berserah. Apa nak jadi jadilah. itu yang kau tengah rasa sekarang." kata Kaiser.

Tersenyum nipis Diane lepas dengar. Perlahan-lahan dia dah terbiasa dengan kenyataan yang Kaiser boleh baca fikiran dia. First-fisrt memang la marah dan jengkel. Lama-lama lepaa tu dia selesa. Sebab akhirnya ada jugak yang faham dia tanpa tunggu dia beritahu.

"Aku tak boleh cakap apa-apa dah kalau macam tu....sebab kau sendiri boleh tahu apa yang aku fikirkan..."katanya.

Kaiser menjungkit bahu. Membuat muka bangga sebaik mendengarnya. "Well...biasa."ujarnya.

Diane ketawa kecil sambil geleng kepala melihat entik. Pantang sungguh di puji." Ada-ada je lah."

Kaiser melepaskan hela nafas panjang seeaktu meletakkan garfunya ke pinggan sebelum pandang Diane dengan wajah serius.

"Kalau kau nak pergi dari sini. Aku akan bawa kau esok. Lepas semua benda dah selesai. Kau pun kena kemas barang. Bila masa sampai kita gerak."pesannya.

Diane yang dengar mengangguk kepala patuh. "Okay."balasnya lepas tu.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now