Episode 82

1.5K 136 2
                                    

Berjalan keluar Diane dari tandas akademi sambil tuck in kemeja ke dalam skirtnya. Lalu dia belok ke kanan koridor untuk keluar laman berumput akademi menemui Kaiser yang sedang lepak dekat bawah pokok tempat biasa mereka duduk.

Namun sebaik saja Diane belok ke kanan koridor dia yang baru angkat kepala pandang ke depan terus berhenti dari berjalan dengan mendadak.

Dia terkejut sebab dekat depan koridor tu berjalannya Casia.

Tak tahu nak buat apa Diane berdiri tegak dekat situ seperti patung tanpa alihkan matanya dari Casia sehingga la rakan baiknya itu berdiri di depannya beberapa ketika kemudian.

Apa yang Casia mahukan dari dia pula ni!?

Casia berdiri depan Diane lalu dia bersuara. "Ada sesuatu yang saya nak katakan pada awak."

Diane mengangkat kedua-dua keningnya dengan tinggi. "Apanya?"soal dia dengan perlahan.

"Apa yang kau dah buat masa putuskan persahabatan kita sampai aku tak ingat satu perkara pun mengenai kita?"soal Casia dengan serius.

Diane memandang kosong ke Casia. Oh-oh! Someone in a big trouble now! Apa yang Sky dah buat ni! Macam mana la boleh kantoi pulak ni! "Aku tak tahu apa yang kau tengah tanyakan ni..."jawabnya.

Casia buat muka tak suka bila dengar respon Diane. "Aku dah tahu segalanya, jadi beritahu aku. Aku tak marahkan kau sebab aku tahu kau buat semua ni sebab Sky."arahnya dengan nada jengkel.

Diane berpaling dari situ, namun Casia menghadang depannya. Mendepa tangan menghalang laluannya.

"Kau takkan ke mana-mana selagi tak beritahu aku segalanya apa yang telah terjadi..."tegas Casia lagi dengan kening mencerlung.

Diane melepaskan hela nafas panjang. Letih la! Tak boleh ke move on. Benda dah berlaku. Dia tak boleh nak ubah balik semunya kepada asal apa lagi kembali kepada keadaan asal. Semua ni demi kebaikan Casia sendiri. Tak boleh ke rakannya ini faham."Casia, aku betul-betul tak tahu, okay. Can you cut it off?" soal dia sedaya upaya untuk kendengaran menjengkelkan supaya Casia bencikan dia atau putus asa untuk ambil tahu mengenai isu ji.

Casia memegang rantai yang ada di lehernya. "Kalau macam tu macam mana dengan rantai ni?Adakah kau yang memberikannya kepada aku?:

Kening Diane terangkat sebelah. Lalu dia menggeleng kepala.

"Saya tak tahu."nafinya lagi

"Diane....kita adalah kawan baik sebelum ni berlaku...takkkan kau tak tahu apa-apa?"soal Casia lagi dengan kening berkerut tak faham. Takkan la ingatan Diane turut telah di hapuskan.

Wajah orang di depannya di pandang lama dengan perasaan sedih oleh Diane.

"Casia....aku betul-betul tak tahu apa kau cakapkan ni."dalih Diane yang merenung wajah Casia dengan lama. Perasaan sedih yang selama ini dia rasai sudahpun menebal dalam hatinya. Membuatkan dia berasa lali dengan rasa terkilan dan kecewa.

Casia memegang lengan Diane. Menarik kawan baiknya ke dalam pelukan.

"Diane...maafkan aku kalau aku buat salah. Tapi janganlah kau buat aku macam ni...aku betul-betul bingung Diane. Aku rasa macam ada yang hilang dalam diri aku selama ni. Di sebabkan aku tak tahu apa sebabnya, aku biarkannya. Tapi setiap kali aku lihat kau ia buat aku rasa senang."luah Casia dengan terdesak sekali.

Diane melepaskan keluhan. Tak boleh jadi ni. Kalau Sky nampak, lelaki tu mesti akan marah. Sebelum dia yang sakit hati, baik dia selesaikan semua ni cepat-cepat. Dia pun tolak dirinya jauh dari pelukan Casia lalu memandang wajah itu. "Kalau ya kau nak buat apa? Aku yang putuskan persahabatan kita. Sebab aku tak nak orang yang sayangkan kau tinggalkan kau. Kau tak pernah rasa macam mana sakit bila di tinggalkan..."luahnya perlahan.

Kening Casia mencerlung. "Apa? Jadi betullah apa yang Sky katakan dan sebab yang buat aku lupa semua perkara mengenai kau?"

"Ya....aku yang lupakan ingatan kau."angguk Diane.

"Atas alasan apa?"soal Casia dumbfounded.

Tangannya yang di pegang Casia di tolak lemah. Tidak larat hendak meneruskan perbualan ini lagi.

"Cukuplah Casia....kadang-kadang perkara yang kita tak pernah tahu lebih baik dari kita tahu..."lafaznya dengan lirih semasa memandang mata Casia.

Casia terkesima. Dia pandang tak percaya. Lidahnya kelu tak terkata.

'Apa yang lepas biarlah lepas. Mungkin baiknya kita tak pernah ada apa-apa. Dan aku tak pernah menyesal hilangkan ingatan kau tentang aku. Sampai sini jer lah perkenalan kita."ucap Diane sebelum meneruskan langkahnya beredar pergi dari situ.

Casia yang di tinggalkan hanya menahan diri dari menangis sehingga merah wajahnya.

Sebaik saja tiba di hujung koridor tu,Diane membelok ke kiri serta merta sebelum bersandar pada dinding. Air mata yang ditahan sejak tadi di tahan sedaya upaya agar tidak mengalir. Menahan diri dari menangis walaupun dia sedang bersedih.

Dan baru saja dia cuba nak tenangkan dirinya, ketika itu matanya terlihat Frost sedang jalan berdua dengan Luisa di sisi. Berbual dengan gembira seperti tiada apa-apa pernah berlaku.

Kedua-duanya melintasi depannya waktu itu.

Diane ingatkan dirinya tidak akan di lihat, sekali bila Frost dan Luisa beberapa langkah jauh dari dia, lelaki tu berhenti dari melangkah.

Luisa bertanya sesuatu lepas tu, tapi tak dipedulikan. Malah Frost toleh ke belakang bahu dimana Diane berada.

Sementara Diane yang elok bersandar dekat dinding tu terus tolak dirinya dari situ dengan muka cuak!

Oh sh*t!

Baru lepas satu!

Muncul satu lagi!

Arghh! Penat betul la nak larikan diri.

"Kenapa ni senior Frost?"tanya Luisa sambil pegang lengan lelaki tu.

"Kita borak lagi nanti..."kata Frost sambil tolak tangan Luisa turun dari lengannya sewaktu memandang Diane.

Diane yang berasa alert dengan situasi itu telan air liur gemuruhnya sebelum larikan diri dari situ. Memang tak la dia nak biarkan diri dia diasak dengan soalan lagi! Baik dia lari!

Sesaat kemudian Diane pun pecut ke arah bertentangan  sepantas mungkin.

"Hei!Tunggu!"panggil Frost sambil mengejar langkah Diane dan meninggalkan Luisa dekat belakang begitu saja.

Luisa yang nampak akan hal itu perhatikan sekejap dengan renungan kosong sebelum menyambung langkahnya untuk ke dewan makan. Tak ada sebab untuk dia rasa cemburu lagi sebab Diane yang bagi dia peluang untuk hidup. Jadi dia dah give up untuk masuk campur urusan mereka berdua tu. Apa nak jadi, jadi la.

18. The KingdomWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu