Episode 33

1.6K 149 0
                                    

Suara teriakan demi teriakan kedengaran dalam bilik rawatan.

Habis tercemar suasana ruang tersebut dengannya.

Orang lain pun berduka jugak. Tapi tak adalah sampai meraung nak pecahkan gendang telinga orang lain.

"Tidak! Daniel! Arghhh!!!!Kenapa semua ni berlaku!!!!"nangis seorang pelajar perempuan yang memeluk tubuh lelaki yang terkujur kaki di atas katil itu. "Arghh....."ratapnya dengan sedih sebelum sembam wajahnya ke dada itu. Betapa retaknya hatinya saat ini. Satu-satunya insan yang di cintai telah meninggalkan dunia ni tanpa sempat mengucap selamat tinggal!

"Sarah.....sudah la tu...bawa bertenang."pujuk Lady Jane sambil gosok belakang badan pelajar perempuan tu.

Sarah mengangkat kepala dari dada itu lalu menggeleng kepala. DIa menafikan semua ini. Dia tak boleh terima! Dia tak terima!!!

"Tak.bukan Daniel yang sepatutnya mati. Diane punca semua ni! Salah perempuan malang tu!Salah dia Daniel tinggalkan saya!!!"raung Sarah,dia begitu sedih dengan permergian teman lelakinya yang mati kerana keracunan.

Doktor Abiel perhatikan Sarah sepanjang masa itu. Dia yang saksikan kejadian ini kebingungan sendiri. Kenapa semua ni boleh terjadi?Kenapa Diane selalu saja berkaitan dengan semua masalah yang timbul?

Ketika itulah pintu bilik rawatan terbuka. Master Vena muncul bersama dengan Diane di sisi. Kedua-duanya itu berjalan masuk ke dalam mendekati katil dimana Daniel terbaring.

Namun tidak sempat hendak mendekat atau lihat muka tu, Sarah mengangkat kepala lantas dia terpandang Diane. Tanpa berlengah, Sarah pun turun dari katil tu dan jalan laju mendekati Diane dengan muka bengis nak membunuh.

Diane yang Nampak terpinga-pinga sekejap. Tak sempat dia nak buka mulut, Sarah terlebih dahulu bersuara.

"Perempuan s*al!Kau memang tak guna tahu tak!"bentak Sarah sambil mendekati Diane lalu selajunya menampar pipi Diane sekuat hati sehingga membuatkan Diane jatuh terduduk dekat lantai sebab hilang keseimbangan. "Tengok apa kau dah buat pada teman lelaki aku! Sebab kau dia mati! Kembalikan dia pada aku semula!"Setelah itu Sarah ikut terduduk dekat situ sebab sedih sangat sampai tak kuat nak berdri.

Diane terkesima. Dia pandang tak berkedip ke Sarah.

Apa yang dia baru dengar tadi?

Daniel...mati?

Sementara Master Vena yang sudah gelabah berlari ke arah katil lalu tunduk mendapatkan Daniel. Wajah kebiruan lelaki tu di pegangnya dengan muka cemas dan sedih. Terpejam rapat mata dan mulut itu. Dia yang pandang kemudiannya palingkan kepala ke Lady Jane dan Doktor Abiel.

"Apa yang telah berlaku pada Daniel?Racun apa yang telah dia minum?"

"Racun Black Rose, nampaknya racun ni serta merta beri kesannya sebabnya tidak lama Daniel sampai ke sini kami tak sempat buat apa-apa dia."jelas Abiel dengan nada perlahan.

Master Vena berkerut kening sebelum termenung memandang muka Daniel buat seketika sebelum berpaling mendapatkan Diane. Dia mencakung depan Diane. Bahu itu kemudiannya di pegang dengan terdesak. Anak orang jadi mangsa ni! Dia jugak yang kena bertanggungjawab!

"Diane..."bahu Diane di goncang."Beritahu saya...apa yang telah berlaku sebenarnya?Adakah benar kamu cuba meracun seseorang?"tanya Master Vena dengan nada tergesa-gesanya. "Beritahu saya Diane...jelaskannya!"

Sambil termenung memandang ke lantai dan berasa begitu devastated, Diane menggeleg kepala dengan lemah. Dia pun nak tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya. Kalau dia tiada jawapannya, macam mana dia nak jawab soalan tu. "Saya tak tahu"jawabnya sambil teringatkan Frost. Senyuman lelaki tu. Layanan lelaki tu terhadap dia. Harapan palsu yang diberikan kepada dia.... "saya tak ada niat hendak bunuh sesiapa sebab Daniel sendiri yang ambil botol minuman tu dari saya sendiri...bukan saya yang berikannya."

"Botol minuman?"tanya Master Vena dengan kening mencerun. "Dari mana kamu dapat botol minuman tu?"

Diane menggerakkan matanya ke Master Vena tanpa menggerakkan anggota badannya. Dia tenung wajah tu dengan perasaan teragak-agaknya. "Senior Frost. Dia yang berikannya kepada saya. Sekembalinya saya ke kelas, Daniel mengambilnya tanpa kebenaran saya lalu meminumnya..."cerita dia sebenar-benarnya. Lengan tu kemudiannya di pegangnya dengan perlahan. "Master...saya tak ada niat nak sakiti sesiapa apa lagi membunuh orang...percaya la.."rayunya dengan sedih.

Master Vena pandang Diane buat seketika sebelum bangun dari situ dan memandang Doktor Abiel dan Lady Jane dengan muka serius. "Minta tolong uruskan Daniel dan maklumkan kepada keluarga tentang hal yang terjadi pada anak mereka. Kemudian bawakan Sarah pulang ke biliknya sehinga saha uruskan hal ini."pesannya setelah itu.

Lady Jane mengangguk kepala patuh.

Doktor Abiel hanya pandang ke Diane dengan renungan risau dan ambil beratnya.

"Ayuh Diane. Ikut saya"ajak Master Vena sambil menarik Diane bangun dari situ.

Diane pun bangun dari situ dengan kepala tertunduk ke bawah tiada semangat. Dia jalan mengikut langkah Master Vena sebelum kakinya terapung seketika di udara taktala mereka lenyap secara tiba-tiba dan mendarat di dalam sebuah kelas.

Semua yang ada di situkemudian memandang terkejut di depan kelas itu dimana Master Vena dan Diane sedang berdiri. "Di mana Frost Stone?"tanya Master Vena.

Terkebil-kebil bingung tidak faham apa yang sedang berlaku, pelajar dalam kelas itu saling berpandangan antara satu sama lain buat seketika sehingga la Master yang mengajar kelas itu yang bersuara.

"Dia tak masuk kelas hari ni,kenapa ni Vena?"tanya Master Eden yang sedang mengajar kelas dari puak Api itu.

Master Vena tidak menghiraukan pertanyaan itu. Sebab fokusnya hanya satu saja. "Kalau ada sesiapa yang jumpa atau lihat Frost Stone bawa dia berjumpa dengan saya."arah Master Vena sebelum lenyap secara tiba-tiba bersama Diane sekali lagi.

18. The KingdomKde žijí příběhy. Začni objevovat