Episode 21

1.7K 159 0
                                    

Syarahan Master yang berada di depan kelas langsung tidak masuk ke dalam kepalanya. Satu patah haram jadah perkataan pun tak didengarnya.

Hanya keluhan demi keluhan saja yang keluar dari mulut tu.

Sambil menopang pipi dengan tangan kanan kerana malas, tangan kirinya mengores-gores permukaan meja kayu menggunakan hujung mata penyucuk sanggulnya. Entah apa yang digores pun tak tahu. Tak ada rupa langsung. Hanya bentuk random tiada makna.

Krit!

Krit!

Krit!

Bunyi goresan tu.

Sementara orang yang duduk dekat sebelah sejak tadi dengar mula merinding jengkel. Mana tidaknya, dia cuba fokus pada kelas dan syarahan Master Vena dekat depan, minah sebelahnya ini boleh pulak buat benda merepek macam dalam kelas ni cuma minah ni je yang duduk. Kalau tak nak belajar berhambus la sana. menyemak dekat sini jugak kenapa!

Dengan kasar, dia singgul tepi lengan tu.

Tersentak Diane dari lamunannya. Dia turunkan tangannya ke bawah lalu duduk tegak memaling kepala ke Kaiser. Orang sebelahnya sejak beberapa hari lepas. Budak nerd berkaca mata yang pelik lagikan misteri.

"Apa?"soal Diane dengan nada tiada mood.

"Aku tahu la kau tak ada mood, Kalau ya boleh tak kau jangan nak rosakkan mood orang lain sekali?Orang lain pun ada life jugak."bisik Kaiser dengan perlahan. Tidak mahu menganggu kelas.

Diane berdengus, dia dekatkan muka depan Kaiser. "Kalau aku tak nak kau nak buat apa?"cabarnya saja nak cari pasal. Dia tertekan dan bosan sekarang ni. So di sebabkan tiada teman untuk bergurau dan berborak, cari pasal la ubatnya.

Kaiser buat muka. Kalau jantina perempuan memang tak reti nak mengalah kan. Ada je la bunyinya nak melawan dan membahas. Malas nak panjangkan perbualan mereka, Kaiser hanya menjuling mata menyampah lalu kembali memandang Master Vena yang sedang menunjukkan tulisan yang ada di papan hitam. Menceritakan teori bagaimana nak gunakan sihir sewaktu mulut dan tangan tak boleh di gunakan sebagai trigger kuasa. Langsung tidak mempedulikan Diane.

Melihat reaksi Kaiser yang acuh tak acuh dengannya, Diane pun mengetap garis nipis di bibir sambil buat muka toya menyampahnya. Dasar si pelik! Sendiri tegur sendiri sentap! Kan dia tanya, Rrasanya susah sangat agaknya nak jawab. Menjegil bulat mata Diane ke tepi muka tu. "Budak nerd."getusnya di dalam hati. Memangnya Kaiser ni psikik apa boleh tahu apa dia rasa dan teka mood dia okay ke tak. Menyampah pulak rasa. Terus dia sandarkan badan ke kerusi lalu kembali menggores permukaan mejanya dengan muka grumpy.

Kaiser yang dengar berasa jengkel sekali lagi. Dia toleh ke sisinya semula. Tepi muka tu di tatap dengan kening mencerlung tak puas hati. Nanti silap masa ada yang kena jugak dengan dia nanti ni kan! Tanpa berkata apa-apa, penyucuk sanggul itu di tarik dari cengkaman Diane dan di letakkan semula ke meja dengan geram.

Diane pandang ke Kaiser lepas sanggulnya di rampas. Sikit pun tak terkejut.

Bersama dada naik turun hendak hilang sabar Kaiser pun bertanya. "Kau ni dah kenapa?Nak apa sebenarnya?" Serabut la kepala dia macam ni. Rasa nak pindah je tempat duduk. Tapi mahu ke Budak-Budak kelas ni nak tukar tempat dengan dia!

"Kau tahu siapa aku kan?"tanya Diane masa topang kepala dia memandang Kaiser.

Kaiser kerling ke Master Vena sekejap nak pastikan wanita itu tidak tahu mereka sedang berborak. Lepas dia nampak Master Vena sibuk sendiri melakukan sesuatu, Kaiser kembali memandang Diane. "Memangnya perlu ke aku tahu siapa kau?Penting?"bisik dia sejurus itu.

"Aku tanya je kan...kalau tahu jawab je la tahu, kalau tak jawab la tak...nak menyentap kenapa."cebik Diane dengan muka merajuknya.

Keluhan Panjang lepas dari bibir Kaiser lepas tu. DI layan salah, tak di pedulikan salah. Mana satu sebenarnya Diane nak ni. "Fine...ya. Aku tahu siapa kau dan semua cerita pasal kau. So?"jawabnya dengan nada mengalah.

"Kalau macam tu, kau rasa aku ni jahat macam ayah aku ke?Jahat. Pembunuh. Kejam. Tak ada hati perut."tanya Diane dengan nada sugul. Air mukanya menjadi muram. Dia termenung memandang sanggul di mejanya. "Kau rasa aku ni tak layak untuk hidup macam mana kau orang hidup dekat sini ke?"tanya dia lagi.

Bukan dia mintak untuk di lahirkan sebagai anak kepada pembunuh yang semua orang sibuk katakan. Malah belum tentu lagi yang ayah dia betul-betul bersalah. Entah-entah ayah dia cuma mangsa. Dan selama ni khabar angin ni tak betul pun. Tapi disebabkan dia tiada bukti yang kukuh, tiada apa-apa yang dia dapat lakukan mengenai cerita ni.

"Aku tak tahu. Bukan urusan aku. Siapa kau. Apa kau buat. Bukan masalah aku. So berhenti ganggu aku dan diam."jawab Kaiser lepas tu.

Diane buat muka. Dia pandang Kaiser macam lelaki depannya ini muka mintak kena pijak dengan kasut saiz 7 dia. "Fine. Kalau macam tu beritahu aku. Kenapa kau pindah ke sini. Banyak-banyak akademi, kenapa dekat sini jugak kau bertapak?"Diane meletakkan kepala di atas meja. Memandang wajah Kaiser yang kelihatan biasa namun ada sesuatu yang tidak dapat dijelaskan membuatkan dia banyak tertanya tentang lelaki ini. Something off...something yang dia tak boleh nak jelaskan melalui kata-kata.

Kaiser tunduk memandang Diane yang meletakkan kepala ke meja itu dengan renungan dalam. Rambut depan yang menutupi dahi membuatkan lelaki itu kelihatan tidak menarik, ditambahkan lagi pemakaiannya yang sedikit pun tidak segak membuatkan ramai pelajar ejek lelaki ini budak kampung.

"Apa urusannya dengan kau? Diri aku. Suka aku la."balas Kaiser semasa tunduk ke depan muka Diane.

Mata Diane terkedip bila Kaiser tiba-tiba rapat dengannya macam tu. Tapi tak terkutik. Dia hanya diam dengan keadaan yang sama. "Saja tanya. Aku cuma terfikir."katanya sambil mengentel-gentel tali yang ada di hujung lengan baju Kaiser. "Sebabnya aku tengok kau ni macam bukan orang kebiasaan yang aku pernah jumpa dekat sini, dan berdasarkan aura yang ada dekat badan kau ni."dia lalukan jari dengan malas ke Udara, merujuk badan Kaiser sambil tu.

Kaiser memandang jari Diane yang sedang mengentel tali lengan bajunya. Dekat beberapa saat lepas tu, dia kemudiannya menarik tangannya dan di bawa ke bawah meja. "Uruskan hal kau sendiri. Tak payah susahkan diri untuk sibuk pasal orang lain."jawabnya sebelum memandang ke depan.

Pena bulu pelepahnya di capai lalu kembali mencatat apa yang tertera dengan papan hitam. menyambung catatan notanya yang terhenti gara-gara Diane tadi.

Diane lepaskan keluhan panjang, dia kemudiannya pejamkan mata untuk lelapkan diri. Nampaknya suka atau tidak, terpaksa la dia buat keputusan ni jugak. Keputusan dimana dia akan putuskan persahabatannya dengan Casia.

Hanya memikirkan keputusannya saja sudah buatkan dia susah hati dan kesedihan. Entah apa la nasibnya lepas ni. Sudah la kasihan bertambah kasihan lah hidup dia lepas tiada sesiapa di sisi lagi. Hmm..nasib...nasib kenapa la kau macam ni!

Senyap-senyap Kaiser curi tengok Diane lepas perasan gadis itu senyap tidak berkata apa-apa. dan lepas dia kerling, mata yang terpejam itu jadi tatapan pertama matanya selepas itu.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now