Episode 4

2.9K 231 0
                                    

Seperti ada gelombang yang menyelimuti tubuh itu, seluruh wajah, dari rambut sehingga la kulit itu mengeluarkan cahaya putih. Dan dari cahaya itu bunyi dengung yang lembut dapat di dengar sekiranya berada hampir dengan tubuh itu.

Dan jari jemari itu erat memegang tangan itu menyalurkan tenaga ke dalam badan itu.

Masa itu la mata yang telah terpejam buat sekian hari mula bergerak-gerak mahu terbuka.

Sentuhan hangat yang terasa di kepala dan tangan membuatkan lenanya terjaga. Dia tak tahu kenapa, tapi ada sesuatu buatkan diri dia tersentak dalam lenanya. Dengan berat matanya pun dibuka luas.

Tidak ambil masa untuk jelaskan pandangannya, Diane memandang sekeliling dengan kening berkerut sebelum terpandang wajah itu di sebelahnya.

Orang beruniform serba hijau lumut itu tersenyum saat memandangnya. Sampaikan dia yang tengok terus jungkitkan kening sebab terkejut. "Casia?"sebut dia dengan suara bangun tidurnya.

Sambil ketawa kecil, Casia mengangguk kepala. "Morning sleepy head..."sapanya dengan senyuman lebar di bibir. Syukur la Diane dah sedar.

"Pukul berapa ni?"tanya Diane sewaktu bangun dari baringnya. Dia bawa tangannya naik ke leher kerana berasa janggal dan kekok di situ. Entah kenapa rasa sakitnya sudah tiada lagi. Memangnya berapa lama dia terlantar dekat sini?

"12 tengah hari."bantu Casia yang menyandarkan Diane pada bantal yang diletakkannya untuk berikan keselesaan untuk Diane bersandar di katil tu.

Diane mengurut kepalanya perlahan sebelum melihat pakaiannya."Dah berapa lama aku dekat sini?" Diane menilik jubah tidur biru langit ada di badannya. Kali terakhir dia ingat, dia kenakan uniform musim sejuknya yang tebal lagikan panas tu.

Casia lepaskan hela nafas panjang sambil pandang muka Diane dengan renungan simpati dan serba salah. "Dah dua hari tapi nak masuk tiga hari. Kau macam mana?Rasa sakit dekat mana-mana lagi ke? Sesak dada?Rasa kuasa kau hilang ke?Apa ke?"tanya Casia bertubi-tubi selepas itu.

Diane yang dengar buat muka rimas, macam mak-mak betul. Bising! Terus di tekup mulut itu dengan tangannya.

"Umph!"kening Casia terangkat tinggi lepas mulutnya di tekup. "Ummp umph?"tanya dia dari balik tangan tu.

Diane yang faham akan maksud bunyi itu pun menjawab dengan muka penat dia. "Shhh.bising lah kau ni. Aku okay lah. Tak nampak ke...jadi berhenti tanya soalan."tangannya kemudiannya di turunkan dari mulut tu sebelum bersandar semula ke bantal di belakangnya.

Tak peduli dengan arahan itu, dia kembali bersuara."Mesti la aku tanya...mana tahu kau sakit lagi ke apa ke?Kan?"Casia naik ke katil lalu duduk bersila di sisi Diane. "Sini...."dia capai tangan kanan Diane dengan lembut untuk menyalurkan tenaganya kepada Diane agar rakannya tidak kelihatan pucat sangat. Takut la dia tengok muka Diane yang tak ubah macam vampire.

Diane yang masih lemah itu memandang penat ke Casia. Apa lagi kawan dia nak buat ni?Boleh tak duduk diam-diam tak buat apa-apa. Penat tahu tak dia perhatikan. Apa yang kau cuba buat ni?tanya dia perlahan, tidak larat hendak bersuara. Badannya masih perlukan masa untuk pulih kepada keadaan sediakala. Susah betul la semua ni!

Sambil tersengih, Casia pandang Diane dengan kening terangkat main-main. "Test sebab hari ni aku ada kelas macam mana nak salurkan tenaga kepada seseorang." jawabnya sambil tu.

Diane yang dengar membutang mata terkejut.

Apa?!

Dia cuba tarik tangannya agar tidak di pegang kerana tidak mahu susahkan Casia tetapi gagal kerana tidak cukup kuat untuk melawan tenaga orang yang lebih sihat darinya. Tak payahlahkalau Casia berikan kuasa pada dia, kasihan la kawannya ni nanti. "It okay...aku boleh handle..."

"Shh...it okay...aku tak apa-apa.."arah Casia setelah itu. Tidak menghiraukan kata-kata Diane.

Diane sudah berkerut kening serba salah dan tidak pasti.

Casia pula memejamkan mata, dia menumpukan teras kuasanya iaitu cahaya Bulan Biru ke tangannya. Seketika kemudian tangannya mula bercahaya. Lalu cahaya putih itu mula menjalar di bawah kulit Diane seakan urat belirat tak lama lepas tu.

Impak dari tenaga itu, Diane melepaskan nafas lega tanpa sengaja apabila tenaga itu menjalar di seluruh badannya seperti air panas yang hangat lagikan menyelesakan. Rasa sakit dan lemahnya tadi ikut perlahan-lahan hilang.

Sambil termenung memandang tangan Casia yang bercahaya itu, dia berkata.Kau tahu kau tak sepatutnya luangkan masa dengan akukalau tak kau sekali akan dibencitak takut ke?Diane pandang ke Casia dengan mata kuyu mengantuknya.

Casia pun membuka mata. Dia melentokkan kepala sedikit semasa membalas renungan itu. Kawannya ni kan...ke situ pulak. "Urm..." jedanya seketika."Tak apa kot. Sebabnya, asalkan aku tak ada kawan yang hipokrit dan cuma fikirkan diri sendiri easanya dah cukup. " jawab dia setelah itu.

Diane berdecit menyampah."Pst!Yalah kau. Acah je. Bukannya semua orang yang hipokrit...ada je. Cakap je la yang kau malas nak cari kawan lain."

"Ahaha...tau tak apa. Jadi jangan di tanya." balas Casia. "Kau tahu kan nak kenal orang dan faham orang ni makan masa yang banyak dan tenaga. Dari aku bazirkan masa dengan orang yang belum tentu lagi boleh jadi kawan yang baik, apa kata fokus dekat apa yang ada di depan mata dulu?"

Ada je la jawapannya. Casia ni nukannya boleh bawak bincang pun. Ada je la jawapannya. Buat oramg menyampah pun ada.

Malas nak balas kata-kata Casia, Diane hanya menjuling mata lalu tersengih sendiri. Nasib la ada Casia ni. Kalau Casia tak ada, tak tahu la apa nasib dia dekat akademi ni.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now