Episode 66

1.5K 139 1
                                    

Sambil keringkan muka dengan tuala, pintu bilik air belakangnya di tutup sebelum dia gerak ke tenpat penyangkut tuala. Tuala lap.muka itu kemudiannya di gantung ke situ.

Satu hari ni kelas dia padat dengan pelbagai rutin. Jadi dia rasa penat dan mengantuk yang amat, sampaikan kakinya di atur dengan malas ke katil seperti zombie.

Tap!

Tap!

Tap!

Kakinya melangkah sebelum dia mendaki naik ke atas katil. Sambil dia tarik selimut naik ke atas badan, sambil tu dia gerak menutup suis lampu di sebelah katil.

Tak tunggu lama-lama, Diane jatuhkan kepalanya ke bantal dalam keadaan mengiring sambil melepaskan keluhan panjang.

Akhirnya, dapat jugak dia baring lepas seharian duduk dan berjalan ke sana sini melakukan itu dan ini tanpa rehat.

Sedabg dia baring nak lelapkan mata, Diane ubah kedudukan dia kepada telentang. Dekat lima minit lepas tu, dia mengiring ke kiri pula. Kemudian dia ngiring ke kanan semula. Lepas tu dia telentang balik sebelum dengan bengang membuka mata kerana rimas.

"Haih...asal pulak susah sangat nak tidur ni.." keluhnya dengan kening berkerut.Entah kenapa kepenatan yang dia rasa buatkan badan dia rasa sangat tak selesa.

Jadi Diane pun cuba mengosongkan fikirannya dengan menghitung kambing biri-biri lompat pagar.

1 kambing biri-biri.

2 kambing biri-biri

3 kambing biri-biri

Setelah beberapa ketika barulah matanya terasa berat dan dia mahu terlelap.

Namun tidak lama dia hampir nak masuk alam mimpi, tidak semena masa itu jugak la bunyi pintu terbuka kedengaran.

Tersangat la peka dengan persekitaran sejak ke belakangan ni, Diane yang dengar memasang telinga. Memastikan apa yang di dengarnya itu memang betul bukan khayalan semata.

Dup!Dap!Dup!Dap!

Jantung dalam dada dah berdegup bagai nak rak!

Dah!Apa pulak ni!

Siapa yang masuk bilik dia malam-malam macam ni!

Jangan cakap orang kena rasuk macam Casia hari tu lagi sudah!

Bersama semangat seperti tikus jumpa kucing Diane cengkam kain selimutnya kuat-kuat lalu membuka mata dia luas-luas!

Fine!

Siapa pun penceroboh tu! Mari la! Dia tak takut!

Tanpa membuang waktu Diane terus bangun dan menghidupkan lampu tepi katilnya lekas-lekas.

Terus terbias cahaya lampu itu lantas menerangi sebahagian tempat di sisi katilnya. Pandangannya di depan masih gelap.

Dengan mata di kecilkan Diane memandang lama ke dalam kegelapan itu. Memang la ikut logik, patutnya dia jerit atau lakukan sesuatu. Tapi itu la, jadi manusia pengecut seperti dia ni memang tak boleh nak tolong selain bertanya soalan...

"Siapa tu?"tanya Diane dengan perlahan sebelum diam. Dia tunggu sesiapa menyahut sapaannya.

Saat demi saat berlalu. Tiada yang menyahut.

"Ada sesiapa ke dekat situ?"tanya dia lagi bersama dadanya naik turun ketakutan.

Senyap sunyi sahaja penjuru biliknya yang gelap itu bila di pandangnya. Sekali lepas beberapa ketika ditenungnya perlahan-lahan satu susuk berjalan keluar dari ke gelapan tersebut.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now