Episode 30

1.7K 182 2
                                    

Itu la...kata di mulut lain yang dibuatnya lain

Last...last...Kaiser belikan jugak makanan untuk Diane lepas habis kelas tu.

Tak nak di ganggu dengan Diane dan diungkit sepanjang masa, Kaiser minta Diane tunggu dekat meja bulat di luar bangunan sementara dia dapatkan makanan dari dewan makan.

Diane ikutkan je. Alang-alang ada yang sudi nak pedulikan dia. Dia tolong bawakan buku untuk Kaiser seperti yang di suruh lelaki tu.

Minat sungguh Kaiser dengan buku ya. Dasar si nerd betul!

Straw dicucuk ke dalam kotak minuman dengan Kaiser. Setelah itu dia capai sebungkus sandwich lalu di buka pembalut plastik tu sedikit sebelum di sua ke depan muka Diane. Namun tidak di sambut kerana gadis itu sedang termenung memandang ke satu arah.

Merinding jengkel dengan keadaan itu, Kaiser merenggus kasar. "Haish...kau ni kan. Ambik la sandwich ni. Menungkan apa lagi..."bebelnya sambil meletakkan sandwish tersebut ke tangan Diane kasar-kasar.

Tidak kisah akan layanan itu, Diane kemudiannya bawa sandwich tersebut ke mulut lalu di gigitnya sedikit tanpa alihkan perhatian dia dari tempat dimana duduknya Casia bersama Sky tidak jauh dari tempat dia sedang duduk.

Lama dah dia tak berborak dengan Casia sejak kejadian tu berlaku. Melihatkan rakannya itu kelihatan senang dan gembira, rasanya keputusan yang dia buat tu tak salah walaupun kejam.

Kaiser lepaskan keluhan panjang lepas Diane tidak hiraukan dia. Dasar perempuan tak reti nak berterima kasih. Nanti kalau Diane merengek merayu dekat dia nak itu nak ini...pelangkung dapatnya! Tanpa berkata apa-apa lagi, dia tunduk menyelak helaian muka surat buku teksnya dengan kasar. Geram punya pasal!

Bunyi selakan kertas itu telah berjaya menarik perhatian Diane. Dia pelik, nak selak buku ke nak koyakkan buku ni. Diane pun pandang. Matanya menilik Kaiser sambil membawa sandwich itu ke mulut lalu di gigit sekali lagi.Tekun sungguh Kaiser belajar. Dia sendiri suka belajar tapi tak adalah macam Kaiser ni sepanjang masa buku je.

"Seronok ke belajar ni?"tanya Diane sambil mengunyah.

Kaiser diam buat beberapa ketika sebelum berkata. "Tak."jawabnya mendatar.

"Tapi kenapa aku tengok kau rajin betul menelaah?"tanya Diane semasa mengunyah dan memandang ke arah sebuah pokok. Dimana sepasang kekasih sedang duduk berdua. Berbual gembira seperti tiada apa-apa telah berlaku.

"Sebab aku tak nak jadi orang tak guna." jawab Kaiser swaktu mengambil helaian kertas baru dari celah buku teks kemudian menyambung tulis eseinya.

Mereka berdua waktu ini berada di meja kecil bawah payung yang diperbuat dari bunga lili luar bangunan. Tempat biasa pelajar akademi melepak kalau kelas dah tamat.

Diane menggigit besar sandwich itu sehingga kembung pipi itu dibuatnya sambil palingkan kepala ke Kaiser.

"Kau maksudkan pasal aku eh?"tanya Diane sambil pandang Kaiser. Perkataan 'tak guna' tu ditujukan pada dia ke?

Kaiser mengangkat kepala. Dia berkerut kening tak suka lepas pandang Diane. "Hei... Kau dah dapat makanan kan...makan je lah. Tak payah banyak cakap! Rimas tahu tak dengar suara kau ni..."getusnya dengan jengkel.

Diane membuat muka, dia kemudiannya makan sehingga sandwich itu habis. Tak lagi bercakap. Nanti kan kalau dia bercakap ada yang menyentap je kerjanya.

Sambil Diane memerhatikan Casia dari jauh sambil tu dia cuba mencapai air kotaknya. Tanpa memandang dia pun memegang sesuatu lalu di bawa ke mulutnya memikirkan apa yang dipegangnya itu air kotak. Namun apabila benda itu menyentuh bibirnya Diane tersentak.

Aik?Sejak bila air kotak dia macam ni! Diane pandang akan apa yang dipegangnya. Sekali tu tangan Kaiser rupanya. Dan jari lelaki tu hampir saja dimasukkan ke dalam mulut.

"Kau nak mati sangat ke?"tanya Kaiser dengan muka tak ada ekpresi tapi beraura gelap seakan mahu membunuh seseorang.

Diane tunduk, dia pandang tangan Kaiser dengan mata terkebil-kebil. Benda yang di pegang bukannya air kotak malahan tangan bersarung tangan kulit tu pulak. Terus dia lepaskan tangan Kaiser.

"Ahaha."ketawanya dengan terpaksa. Nak hilangkan kejanggalan di antara mereka. "Sorry."ucapnya setelah itu.

Sambil bercemberut geram, Kaiser meletakkan tangannya ke bawa meja. Tak nak lagi jadi mangsa Diane. Memangnya Diane ni minat sangat apa dengan tangan dia!Asyik nak di pegang je.

"Ni hah...minuman kau..lain kali pandang-pandang masa pegang tu.."Kaiser letakkan air kotak tadi betul-betul dekat depan Diane.

Diane buat muka menyampah. Alah...itu pun nak marah. Macam la bagus sangat. Menyampah! Dia capai air kotak tu sambil tu lalu menyedut jus oren tersebut dengan marah.

Sedang dia minum, matanya terarah pada tangan Kaiser. Sejak.kali pertama dia temui Kaiser sehingga la sekaramg, lelaki ni tak pernah tak pakai sarung tangan. Hairan dia!

Sebenarnya lama dah nak tanya. Tapi itu la asyik terlupa je.

Alang-alang dah duduk berdua macam ni. Elok jugak kan kalau bertanya.

Hah..ni baru ada peluangnya.

"Kaiser?"panggil Diane buat kesekian kalinya. Conform Kaiser melenting nanti!

Pena bulu pelepah yang ada dalam cengkaman itu terus patah dua taktala Kaiser genggam ia terlalu kuat kerana lepaskan amarahnya pada objek tersebut.

Perlahan-lahan, Kaiser angkat kepala lalu pandang Diane dengan kening mencerlung dan gigi terketap kuat. Perempuan ni kan!

"Apa!"tanya dengan perlahan. "Kau nak apa lagi!"deramnya dengan geram.

Diane tersengih. Hihihi! Tak melenting la. Wow! Impressive.

"Kenapa kau pakai sarung tangan?"tanya dia sambil juih bibir tangan tu.

Kaiser tidak membalas. Dia pandang Diane dengan muka nak naik angin.

"Adakah engkau pemegang sihir Cahaya hitam? tanya Diane lagi. "Aku pernah jumpa seseorang yang mempunyai kuasa seperti ni sewaktu aku kecil. Dia tak boleh sentuh sebarangan sebab hanya orang yang sama unsur dengan dia jer boleh disentuh. Kalau dia sentuh jugak, orang yang tak sama unsur dengan dia tu akan mati." beritahu Diane.

"Bukan urusan kau untuk tahu...uruskan sahaja-"

"...masalah aku sendiri."sambung Diane terlebih dahulu."Ya...ya...aku tahu."sambil lambai tangan tak kisah di tepi mukanya.

Kaiser ketap bibir. Makin menipis dinding kesabaran dia dibuat Diane ni.

"Kau tak nak diamkan..fine. aku yang pergi dari sini.."katanya sambil kemas sepah di situ. Tak tahan nak hadap Diane lama-lama. Buat sakit jiwa!

Terus Diane cepat-cepat pegang buku dan barang Kaiser dekat meja tu. Nak halang lelaki tu dari ke mana-mana lepas dengar kata-kata tersebut. "Eh-eh..nak ke mana. Fine..aku diam. Aku janji aku tak kacau kau lagi...duduk la sini dulu..temankan aku makan."katanya sambil sengih kambing tayang gigi ke Kaiser.

Kaiser kecilkan mata. Dia pandang curiga ke Diane. Boleh percaya ke kata-kata si mulut murai ni. "Betul ni?"

Diane duduk tegak. Kepalanya di angguk laju. Lalu lepaskan barang-barang Kaiser dari hadangannya. "Of course.." jawabnya dengan nada yakin.

Kaiser diam sekejap. Nak test kalau Diane boleh tutup mulut tu atau tidak. Perempuan depannya ni bukan boleh dipercayai sangat pun.

Tak sampai lima saat pun, Diane bertanya lagi. "Tapi kan...betul ke aku cakap tadi kau pemegang Sihir Cahaya Hitam?" kepalanya di lentokkan ke kanan sedikit masa pandang Kaiser dengan renungan ingin tahunya.

Terus tercengang Kaiser setelah itu.

Oh

My

Gosh!

Dia kemudiannua jatuhkan kepala ke atas buku tebalnya dengan keluhan mengalah!

Dah agak dah!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now