Episode 8

2.2K 195 0
                                    

Cuaca pagi itu cerah tidak seperti kebiasaannya.

Matahari terang memancar seluruh kawasan laman akademi yang bersaiz beratus hektar itu.

Jelas kehijauan dan warna warni dari bunga-bungaan yang menghiasi seluruh laman dan tanaman renek di situ.

Pengamal alam dan cuaca sendiri boleh rasakan hari itu indah dan mempunyai vibe positif yang kuat. Hingga buatkan rambut mereka yang biasanya kelabu asap tidak bermaya, bertukar menjadi warna hitam berkilat yang sihat. Memberitahu mereka bahawa cuaca hari ini amat la memberi kelebihan pada mereka.

Sementara itu...

Pelajar Akademi Nova Cosmos mulai memenuhi bilik umum setelah selesai sarapan pagi di dewan makan. Biasanya kalau mereka nak tunggu kelas bermula, bilik umum la tempat mereka lepak. Sama ada belajar atau tidur dan beriadah.

Bilik umum Utama ini adalah hot spot buat semua orang dalam akademi ini. Sebabnya dalam bilik umum ni semuanya ada. Dari perapian yang besar, rak buku yang penuh dengan bahan rujukan. Set kerusi pelbagai jenis, ruang untuk bertapa mengumpulkan kuasa menta dan sebagainya.

Sambil menunggu masa untuk masuk kelas masing-masing. Ada yang sibuk mengulang kaji. Ada juga yang sedang menyiapkan esei panjang berbelas muka surat dekat meja Panjang di situ. Dan tak lepas ada juga yang sedang tidur.

Atau lebih dikatakan bermalam sebenarnya dekat situ.

Tubuh yang berselimut dengan mantel hitam itu bergerak-gerak kerana terkutik sebelum mantel tersebut perlahan-lahan jatuh melurut ke bawah lantas jatuh ke lantai. Sebaik mantel itu terjatuh, ia mendedahkan tubuh orang yang terselimut tadi.

Seorang dari mereka memakai dress labuh lengan pendek warna merah jambu bunga sakura. Rambut panjang yang mengurai itu bertukar warna dari hitam ke biru gelap, dari biru gelap ke merah merun lalu kembali hitam dan seterusnya kitaran yang sama memberi orang yang sedang terlena ini benar-benar nyenyak dan berasa selamat.

Mereka yang ada di sekitar kerusi panjang itu kejap-kejap melirik ke arah dua orang yang tidak sedarkan diri itu. Hairan kenapa dua orang ini boleh berada di sini. Memakai pakaian casual pula tu?

Seperti tahu-tahu sedang di perhatikan, tiba-tiba seorang dari mereka bergerak hendak mengiring sebelum jatuh bergolek dari sofa tesebut dan mencium lantai kerana saiz sofa itu yang tidak cukup luas untuk bergolek-golek di situ.

KEDEBUK!

"Ah!"aduhnya serta merta apabila terasa sakit di bahagian kepala. Rambut yang jatuh menutupi wajahnya dikuak ke belakang dengan payah sambil berkerut kening memegang bekas terhantuknya. "What the hell."keluh Diane sewaktu berusaha membuka matanya dalam keadaan meniarapnya. Sejak bila katil dia kecil macam ni?

Perlahan-lahan mengangkat kepala, Diane pun memandang sekeliling dengan wajah bingung. Dia yang bangun dari meniarapnya sebelum duduk bersimpuh di lantai dengan perasaan devastated yang amat taktala terkejut setelah menyedari ada mata yang sedang memandang ke arahnya.

What the heck!

Apa semua ni?

Macam mana dia boleh ada di sini?

Dan dia dekat mana?

Kenapa ramai orang pandang ke arah dia?

Mata Diane gerak kanan dan kiri dengan cemas kerana ingin tahu apa yang berlaku.

Casia yang baring di sofa menghadap Diane terpisat-pisat tak lama selepas itu bangun sebelum celik mata. Sama seperti Diane, dia turut Memandang sekeliling dengan kening berkerut lalu terpandang Diane dekat situ. "Wei kau dah bangun?"tanya Casia dengan suara bangun tidur. Rambut gadis itu sudah kusut. "Peningnya kepala aku"sungut Casia semasa bangun dari baring dan duduk memegang kepala.

Sekali tu mata Diane bertentang mata dengan beberapa pasang mata sebelum dia terkedu sendiri lepas sedar apa yang berlaku.

Holly molly!

Dia ada dalam bilik umum akademi?

What the fudge!

Berasa malu dengan situasi itu, Diane cuba bangun namun dia terduduk di sofa itu semula kerana terasa pening. Tertunduk dia sambil memegang kepala cuba nak soberkan diri dari kesan malam tadi. Lepas ni dia kena take note dalam otak supaya lain kali jangan buat hal ni lagi!"Urgh! Peningnya kepala aku."matanya di pejam rapat seketika sebelum di buka luas.

Masa itu jugak la suara jeritan kedengaran.

"Argh!"jerit Casia yang baru sahaja sedar sepenuhnya. Gadis itu dengan pantas menekup mulut apabila menyedari semua mata terarah padanya setelah jeritan keluar dari mulutnya tanpa disengajakan. Ianya reflex kerana terkejutnya. What the fish! dia pandang sekelilingnya dengan mata terbutang luas. Diane.apa yang berlaku?Kenapa kita ada dekat sini?tanya Casia semasa mendapatkan Diane. Dia memegang lengan Diane. Memimpin rakannya bangun dari situ. Gila apa nak lama-lama dekat sini!

Sambil bangun dari situ, Diane menggeleng kepala sewaktu berkerut kening menahan pening yang dirasai. "Aku tak ingat."jawabnya dengan jujur. Sumpah, dia memang tak ingat apa-apa.

"Ya sudah, kita kena pergi dari sini malu wei! Habis semua orang nampak kita tidur.."bisik Casia yang sudah panas telinga gara-gara malu. Kepalanya di tundukkan ke bawah dan membiarkan rambutnya jadi langsir untuk tutup muka bangun tidurnya.

Diane yang mulanya hendak melangkah terhenti apabila kakinya terpijak sesuatu di kaki. Dia tunduk pandang ke bawah kaki sebelum nampak sehelai mantel berhood warna hitam tergeletak di bawah kakinya. Sambil buat muka tak faham, dia pun kutip mantel tu. Seingatnya, tak ada pulak dia bawa mana-mana mantel bersama malam tadi?

Tapi macam mana boleh ada dekat sini?

"Apa lagi tu dahlah jom"gesa Casia sewajtu menarik Diane sama-sama untuk beredar dari bilik umum itu.

Sambil dia di heret tu, Diane tunduk memandang mantel di tangannya kebingungan. Memangnya malam tadi apa yang dah berlaku?Macam mana dia dan Casia boleh berakhir di sini? Gadis itu menoleh ke belakang, melihat sofa tempat dia dan Casia berada tadi.

Apa semua ni?

18. The KingdomWhere stories live. Discover now