Episode 61

1.6K 146 5
                                    

Diane berjalan menyusuri laluan koridor itu sebelum menuruni tangga. Keluar saja dari bangunan itu dia kemudiannya menuju ke arah rumah hijau. Melangkah masuk ke dalam tempat itu, Diane jatuhkan beg sandang ke lantai berumput tu dengan malas.

Dia tak ada tenaga langsung sekarang ni. Tidurnya tak lena seperti biasa. Makannya pula tak selera seperti kebiasaannya. Teras kuasa dalam badan dia pula belum sembuh sepenuhnya dari menyembuhkan Kaiser. Tapi mujur la Luisa tak apa-apa. Kaiser hanya lenyapkan tiba-tiba Luisa ke satu tempat jauh dari mereka pada hari itu. Ingatkan Kaiser hapuskan terus perempuan kepala ular tu. Tak ada la dia risau sangat.

Perlahan-lahan Diane melutut dekat rumput yang ada di situ lalu terbaring terlentang dejat bulatan yang di kelilingi pasu bunga dan tumbuhan hijau di situ. Tangannya di bawa ke atas perut, kakinya di rapatkan. Matanya di pejam.

Setelah itu dia tarik dan hela nafas buat beberapa kali untuk dapatkan ketenangan buat seketika.

Dan masa ini la imej-imej segala kejadian yang berlaku selama ini mula bermain dalam fikiran Diane. Tak satu, satu yang muncul. Dah selesai satu, timbul satu lagi. Baru saja dia nak bernafas, masalah menghimpit dia semula.

Sedih betul hidup ni!

Air mata pun turun dari tepi mata pada masa yang sama, satu kucupan hinggap di dahinya.

Berasa terkejut dengan kucupan itu, Diane membuka mata lalu memandang ke atasnya serta merta. Terpandang saja dia, terus tersekat nafas di kerongkongnya sebaik melihat sepasang mata di atasnya.

Frost yang bersila di atas kepala Diane itu tunduk sambil tersenyum pada Diane. "Hai..."sapanya sambil kesat air mata dari tepi mata Diane.

Diane menutup mulut dengan lengannya kerana terkejut melihat Frost di situ. Matanya yang berada di bawah dagu lelaki itu terkebil-kebil. "Frost...Bila awak ada dekat sini?"tanya dia dengan nafas tertahan. Terperanjat dia dibuatnya.

Frost mengangkat kepalanya tinggi sedikit agar dapat melihat Diane. "Sejak kau terbaring tadi."jawabnya.

Kening Diane berkerut tak faham. "Tapi macam mana?"tanya dia lagi.

"Muncul secara tiba-tiba la apa lagi...."Frost ketawa kecil setelah itu. "macam mana lagi...takkan la terbang pulak."selorohnya.

"Memanglah tapi macam mana awak tahu saya ada dekat sini...itu maksud soalan saya."Hairan dia, memangnya badan dia ni ada alat penjejak apa sampaikan Frost boleh tahu dimana keberadaan dia. Mana ada pergi pasti ada lelaki ini, mana dia berada, pasti lelaki ini ada berada dekat dengan dia.

Frost tersenyum senang. Buat seketika dia tenung wajah Diane tanpa berkata apa-apa. Sambil tu ibu jarinya mengusap tepi tulang pipi kanan Diane dengan kasih. Mungkin ini masanya Diane tahu macam mana dia boleh tahu keberadaan Diane sepanjang masa. "Sebab aku boleh dengar"jawabnya tak lama kemudian.

Diane terdiam. Dia yang baring menelentang itu kaku menatap mata Frost. Pergh! Aura Frost ni kan! Buat dia rasa berbahang betul! Berderau naik darah dia dari leher ke telinga lalu muka kemudian naik ke kepala. Lain macam sungguh! Ini yang dia takut bila dekat dengan Frost. Merasai suhu hangat yang di sebabkan rumah hijau ditambahkan lagi dengan kehangatan tangan ni, memang semakin panas dia rasakan.

"Apa ni sentuh-sentuh...boleh tak kalau cakap tu cakap tak payah tangan semua ikut gerak. Berapa kali saya nak beritahu."sungutnya sambil tolak tangan Frost dari pipinya dengan kening berkerut kerimasan.

"Nak buat macam mana, dah aku tak boleh nak kawal diri setiap kali ada dekat dengan kau..."jawab Frost dengan sengih boyish meleretnya.

Diane kemudiannya bangun dari baring. Dia duduk bersila menghadap Frost. "Apa awak nak dari saya ni?Kan saya beritahu jauhkan diri dari saya. Awak tak boleh ke faham?"katanya sambil menyikat rambut dengan menggunakan jarinya.

Frost merangkak mendekati Diane. Duduk bersila dekat dengan Diane. "Kalau aku tak nak jauhkan diri dari kau...apa kau nak buat?"tanya dia sambil pandang muka Diane dengan senyuman di bibir.

Diane berdengus perlahan, lalu gerakkan mata untuk memandang ke sekelilingnya. Tak berani nak bertentang mata dengan Frost. Dia masih takut pada lelaki ni. " Saya bencikan awak. Saya rasa awak tak dengar agaknya.."cepat la berhambus. Tak kuasa la dia duduk lama-lama macam ni!

Frost mengangkat tangan, membuang ranting kecil yang berada di rambut Diane dengan bersahaja. "Dengar.orang tua pernah berkata, kalua benci tu jangan benci sangat, sebab nanti boleh jadi sayang."balasnya."Dan itu yang berlaku dekat aku sekarang. Aku bencikan kau sampai perasaan benci aku tu dah bertukar jadi sayang. Nah...nanti terjadi dekat kau baru tahu."

Berasa tergamam dengan kata-kata itu, Diane palingkan kepala semula menghadap muka Frost. Kening berkerut tak terima. Iya-iya je la. Ingat dia akan terkena ke! Malas nak melayan Diane gerak hendak bangun.

Namun Frost menarik tangan Diane, membuatkan gadis itu terduduk semula.

"Apa ni!"getus Diane selepas dia terduduk semula. Dia pandang Frost dengan muka tak puas hatinya.

"Maafkan aku Diane..."ucap Frost. "Berikan aku peluang sekali lagi."mintanya dengan muka berharap.

Diane memejam mata seketika sebelum melepaskan keluhan panjang. Dia menolak tangan itu jauh darinya sebelum kembali berdiri. Dia tunduk memandang Frost dengan kening mencerun sedih.

"Saya tak boleh Frost. Walaupun saya mahu.saya tak boleh."luah Diane sambil menggeleng kepala dengan perlahan.

Bahu Frost jatuh hilang semangat lalu melepaskan cengkamannya dari jari jemari Diane.

Diane pun berjalan ke arah pintu keluar, tunduk mengambil beg sandang yang ada dekat atas rumput pada masa yang sama sebelum menjauh dari pandangan Frost.

Frost memandang kosong ke arah pintu rumah hijau itu sebelum menguak rambut ke belakang dengan hela nafas mengalahnya. Ini namanya kalua terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan binasa badan.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now