Episode 86

1.5K 142 1
                                    

Sesaat kemudian kakinya terangkat seketika dari tanah lalu berpijak ke permukaan bersalji. Udara sejuk dan suhu dingin terus menyapa wajah sebaik mereka tiba di situ.

Diane terus menahan nafas terkejut sebab terpempan dengan perubahan suhu yang mendadak itu. Dia dengan automatic rapat ke badan Kaiser. "Ya ampun...sejuknya! Kita dekat mana ni Kaiser?"gumamnya semasa melihat pemandangan di depannya dengan mata terbutang luas.

Kawasan pergunungan yang terbiar, penuh dengan salji sejuk itu di pandang lama. Tiada satu tumbuhan hijau pun yang kelihatan di situ. Langit pula mendung tidak bercahaya bulan mahupun matahari.

Kelam dan muram seperti angin yang bertiup di situ.

Kaiser letakkan peti pakaian Diane ke bawah sebelum munculkan satu lohong hitam di sebelah tangannya lalu menarik sehelai mantel tebal berbulu di bahagian leher keluar dari situ. "Sekarang kita tiba di Pergunungan Blue Moon. tempat tinggal asal puak cahaya kristal biru yang lama terbiar kerana tiada sumber teras yang dapat menghidupkan tempat ni.."jawabnya sambil memakaikan mantel tu ke badan Diane.

"Apa?ini kerajaan ayah saya?sejuk dan dingin macam ni?"tanya Diane semasa pandang tak percaya dan terkejut pada masa yang sama ke Kaiser.

Air muka Kaiser jatuh kepada muka sedih lepas dengar. Dia angguk kepala.

Perlahan-lahan, Diane pun palingkan kepala, dia mula melangkah memijak salji di situ selangkah demi selangkah dengan muka tercengang dia. Kenapa macam ni sekali keadaannya?Apa yang telah menimpa pada ahli puaknya yang lain. Sebab ini ke Kaiser mahu dia kembali ke sini?

Kaiser memandang sebak ke sekelilingnya sebelum memerhati langkah Diane yang memijak lantai bersalji di situ. Bekas tapak kaki Diane pijak itu perlahan-lahan berubah menjadi laluan berumput. Hijau dan ada bunga kecil tumbuh di sepanjang laluan setiap kali Diane langkah menjejakinya.

Kaiser yang lihat menjadi kagum dengan kuasa Diane yang sekejap sahaja memberi kesan pada tanah puak itu. Dia tak terkejut sebab masa Master Xavier masih hidup, tempat ini segar dan tidak sedingin seperti ini. Sememangnya Diane adalah pewaris sebenar puak ini. Dan satu-satunya orang yang boleh melanjurkan kelangsungan hidup puak ni dari pupus.

"Ini lah tempatnya."maklum Kaiser semasa jalan mengekori dari belakang dengan tangan dekat belakang badan.

Wap putih keluar dari mulutnya setiap kali dia menghela nafas keluar. Hidung dan telingannya mula rasa kebas dek kedinginan suhu tempat ini. "Sekarang bukan musim sejuk kenapa tempat ni bersalji?"Diane toleh kebelakang sewaktu bertanya.

Kaiser yang tengok kedua-dua pipi DIane kemerahan seperti ketam rebus tersengih kecil kerana terusik dengan muka itu. "Sejak master Xavire sakit, tempat ni perlahan-lahan berubah menjadi kerajaan ais. Sehingga la dia pergi buat selamatnya. tempat ini tidak lagi di huni dengan mana-mana ahli puak sebab tidak sesuai. Dan sejak itu la tempat ni terbiar menjadi pergunungan bersalji."ceritanya.

Tanpa disedari Diane, kakinya terpijak satu batu tunggul licin yang diselaputi ais lalu jatuh tersembam ke tanah yang membuatkan kedua-dua tangan itu melekap pada tanah. Masa itu la, lantai itu bergetar lalu satu ledakan tenaga berangin menyebar ke beberapa meter dari tempat tubuh itu menyentuh permukaan tanah.

Dan ledakan itu buatkan tempat gadis itu terbaring berubah dari lantai bersalji ke pada kawasan rumput yang hijau dan berbunga dengan tiba-tiba.

Kaiser yang lihat tersentak, dia cepat-cepat mendapatkan Diane yang baring meniarap di atas tanah. Terkejut dia bila nampak Diane jatuh macam tu sekali. Mesti sakit! Setiba di sisi Diane, Kaiser mendukung Diane bangun dari situ.

"Kau tak apa-apa?"tanya Kaiser semasa tunduk melihat-lihat Diane.

Diane tunduk memandang ke bawah kakinya dengan muka bingung ketika Kaiser membersihkan pakaian dan rambutnya yang bersalji. What the hell! Mana salji-salji tadi. Asal pulak bertukar jadi rumput dengan bunga pulak?

"Woah...what the heck??"tanya dia sambil selak rambut yang jatuh dekat tepi muka ke belakang telinga dengan bingung. Diane pandang ke Kaiser dengan mata terbeliak macam baru Nampak kepala Kaiser tumbuh lapan dekat depannya.

"Apanya?"tanya Kaiser sewaktu dia memegang bawah dagu Diane yang di sedarinya telah bercalar sedikit dan kemerahan kerana jatuh tadi. Bertuah betul! Nasib baik tak berdarah. "Ini maksud kau?"dia pijak tanah berumput di bawah kakinya setelah itu.

Diane angguk kepala. "Bukan ke salji dekat sini tadi. Kenapa tiba-tiba jadi rumput pulak?" tanya dia sambil kembali tunduk memandang ke kakinya semula.

Kaiser tersenyum nipis. Lalu menurunkan tangannya dari dagu Diane. Comel je. Macam Budak-Budak kecil belajar sesuatu yang baru je. "Sebab kau la, apa lagi"balasnya dengan nada 'duhh...obviously'

"Huh?"kening Diane terangkat. Dia mendongak, memandang Kaiser di sebelahnya.

Kaiser kemudiannya menarik sarung tangan kulit yang berada di tangannya. Susah kalau terangkan secara lisan macam ni. Dia kemudiannya menarik Diane agar bercakung di sebelahnya setelah itu.

"Sini...aku tunjukkan kau..."Kaiser meletakkan tangannya serta tangan Diane di atas tanah. Masa itu la tapak tangan Kaiser dan Diane bercahaya biru dengan serentak sebaik mereka saling bersentuhan.

Bertemu saja tapak tangan Diane ke permukaan tanah itu cahaya di tangan itu menebar seperti alunan api yang seperti tiada penghujungnya.

Seluruh permukaan yang di selimuti dengan salji depan mereka itu bertukar menjadi satu kawasan hijau yang ditumbuhi dengan rumput segar.

Bunga-bunga kecil mula buka kelopak dan mewarnai pemandangan.

Pokok-pokok mula menumbuhkan dedaun dengan lebat.

Cahaya terang dari mereka berdua telah membuatkan seluruh kawasan pergunungan itu terang benderang buat seketika.

Diane yang melihat cahaya terang itu memejamkan mata sambil sorokkan mukanya ke bahu Kaiser yang berada rapat dengannya waktu itu.

Kaiser yang sikit pun tak terusik tak nak lepaskan peluang dari menyaksikan bangunannya koloni Puak Cahaya Biru yang telah lama terkubur di bawah lapisan salji itu. DIa pandang semua perubahan itu dengan mulut ternganga kagum.

Tidak lama selepas itu cahaya terang itu hilang, satu pemandangan pergunungan yang indah dengan tumbuhan dan bunga-bungaan yang berwarna warni menyapa mata.

Masa itu la Diane angkat alihkan kepalanya dari bahu Kaiser dengan perlahan-lahan. "Kaiser..."panggil dia lepas dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena sedang bergelora dalam badannya.

"Ya..."Kaiser palingkan kepala serta merta. Sekali bila dia pandang ke Diane, matanya terbutang luas tak percaya.

Di sebelahnya itu, terduduknya Diane sewaktu seluruh penampilan itu mula mengalami perubahan.

Rambut yang biasanya berwarna hitam, perlahan-lahan bertukar kepada warna merah di bahagian atas rambut, dan kelabu asap di hujung rambut.

Anak mata yang biasanya hitam menjadi kristal biru sapphire.

Tatu atau tanda lahir seperti seekor phoenix terukir di tulang selangka sebelah kanannya.

Perlahan-lahan mata itu pun terkedip-kedip hendak soberkan diri. Dengan bingung Diane memandang sekeliling.

Kaiser yang berada di sisi menarik Diane berdiri. Dia tunduk memandang Diane yang sudah pun melepasi proses fasa dari anak kepada pewaris asal pemerintah puak cahaya. Ini bermakna, Diane secara rasmi ratu Puak Cahaya Biru.

"Macam mana?"tanya Kaiser tanpa melepaskan cengkamannya di jari jemari Diane.

Masih tak dapat proses apa yang berlaku Diane hanya pandang Kaiser silih ganti dengan persekitarannya.

"Dengan adanya kuasa kita berdua, kita boleh jadikan tempat ni macam mana master Xavier inginkan. Iaitu tempat paling selamat untuk ke semua puak kita."ujarnya.

Dengan mata yang berwarna biru itu, Diane kedipkan matanya beberapa kali. Tak pernah dia rasa bertenaga seperti ini. Dan buat pertama kali dalam seumur hidupnya, hati, fikiran serta badannya berasa begitu ringan sekali.

"Itu bermakna aku akan jadi pemerintah tempat ni?"tanya DIane lepas sober dari terkejutnya.

"Ya...betul tu.."angguk Kaiser sewaktu mahu mengangkat tangan dan usap kepala Diane.

Diane baru saja hendak berkata lagi, namun ada suara lain yang menyampuk terlebih dahulu dengan tiba-tiba.

18. The KingdomOnde histórias criam vida. Descubra agora