Episode 95

1.6K 136 0
                                    

Hela nafas panjang di lepaskan saat dia termenung memandang keluar bar di mana penduduk pekan lalu lalang melalui jalan itu, ada yang membawa beg di tangan, ada yang sibuk berbual, dan ada juga sedang berbalah akan sesuatu dengan pasangan mereka.

Diane kemudiannya pandang ke kerusi kosong di depannya pula. Walaupun sudah 10 tahun berlalu, bar tempat dia selalu pergi Bersama Kaiser sama sekali tiada perubahannya. Sikit pun tiada. Semuanya sama seperti keadaan asal. Tiada beza dengan keadaan kali terakhir dia singgah ke sini. Mengenangkan semua itu buatkan dia tersenyum sendiri.

Kalau la Kaiser ada Bersama dengan dia sekarang, pasti lelaki itu akan sibuk mengungkit kisah lama.

"Terima kasih kerana menunggu. Ini pesanannya."seorang pelayan wanita menghidangkan atu pinggan set stik bersama kentang lecek dan asparagus panggang. Satu piala wain anggur berbusa di depan Diane tidak lama selepas itu. "Selamat menjamu selera"ujarnya seusai dia aturkan meja untuk Diane makan.

"Terima kasih.."ucap Diane sambil beri tundukkan kecil.

Pelayan itu kemudiannya beredar dari situ.

Dekat beberapa minit selepas Diane nikmati makanannya, pada masa itu jugak la pintu bar terbuka, sepasang suami isteri berjalan masuk ke dalam diner itu. Si lelaki sedang mendukung anak yang seakan berusia tiga tahun di samping si wanita yang sedang memegang beg berisi barangan dapur.

Diane yang duduk membelakangkan pintu masuk diner hanya diam menikmati makanannya. Sehingga dia terdengar suara keluarga itu.

"Nak duduk dekat mana?"tanya si isteri sambil melihat-lihat sekeliling sebelum ternampak sebuah meja kosong bersebelahan dengan meja Diane sedang duduk. "Hah..situ..ada kosong."ajaknya sambal menarik tangan suaminya.

Mereka pun dekati meja tu tanpa berlengah.

Sebaik sahaja si suami duduk, anak kecil yang berada di dalam pelukan itu bergerak-gerak ke kanan sambal hulur tangannya sekali. Seakan mahukan sesuatu.

Si ayah yang dukung memandang pelik. "Kenapa ni?"tanya si ayah sambil memandang ke kanan sebelum matanya bertembung dengan sepasang mata beranak mata biru itu. Terus termangu dibuatnya seketika sebelum membuka mulut.

"Diane..."sebutnya dengan nada tergamam.

Diane yang perasan sejak pasangan suami isteri itu duduk di meja sebelahnya hanya beri renungan kosong. "Hai Sky.."sapanya sewaktu lelaki itu pegun memandangnya.

"Ada apa?"tanya si isteri berambut toncang sebelah kanan pada masa yang sama lepas dengar suaminya bersuara. Dia ikut palingkan kepala ke sisi mejanya sebelum Nampak Diane. "Abang kenal ke siapa dia?"soalnya sewaktu pandang ke Sky pula.

Diane mengerling ke arah wanita yang sememangnya dia tidak kenal itu. Tertanya dia mengapa Sky bersama dengan wanita ini. Kenapa bukan Bersama Casia.

Anak kecil dalam pelukan itu mahukan Diane, dia mula merengek-rengek menggapai tangan mencapai wanita itu. Sementara Diane hanya duduk diam di situ tidak memberi sebarang reaksi.

"Hai. Lama tak jumpa ya?"sapa Diane sambil meletakkan garfu dan pisaunya ke tepi pinggan. Lalu tangannya di rehatkan atas riba.

"Betul ke ini kau Diane?"tanya Sky hendak pastikan dia bukan berkhayal.

"Ya...ini aku."balas Diane dengan angguk kecil.

Wanita di depan Sky itu memandang terkejut ke arah Diane. Matanya bulat menjegil. "Oh my god. Diane Elaine? Kawan Kak Casia?"soalnya dengan terkejut.

Kening Diane berkerut apabila mendengar kata-kata wanita itu. Dah kenapa nak terkejut sangat.

" Abang.....ini ke yang Kak Casia-"wanita itu memandang terkejut ke Sky.

Diane yang kehairanan memandang sekejap ke arah wanita itu. Abang?Kak Casia?Jadi wanita ini bukan isteri Sky?Itu bermakna

"Ya...dia orangnya." Sky bersuara.

"Mama...."panggil anak kecil itu saat mengapai tangan hendakkan Diane.

Sky yang dengar terkejut, dia terus menepuk-nepuk belakang badan anaknya. "Shh..sayang. itu bukan mama..."anak kecil itu bergelut hendak lepaskan diri sambil merengek dalam pelukan Sky.

Diane memandang wajah anak kecil itu dengan lama. Tak mungkin...Casia dia tak mungkin! Perlahan-lahan Diane menggeleng kepala. Mahu menafikan apa yang dia sedang fikirkan sekarang ni. Mata itu berkaca. Dia melirik ke arah Sky. Air mata mulai bergenangan. Lantas dia tersenyum. Selera makannya serta merta hilang.

"Mama..."anak kecil itu mendepakan tangan ke Diane.

Sementara Sky dan wanita di depan lelaki itu cuba memujuk anak kecil itu supaya bertenang.

Diane pula hanya pandang ke arah anak kecil itu dengan hati yang hiba.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now