Episode 27

1.7K 162 0
                                    

Pulang saja dari bilik rawatan, Diane atur langkah ke koridor di mana lokar berada. Dia hendak dapatkan posyen yang boleh kurangkan sakit dekat badannya. Disebabkan dia tak boleh gunakan kuasa sendiri untuk sembuhkan sakit dia, terpaksa la dia guna inisiatif lain.

Memang la ada perawat dalam akademi ni.

Nak ke mereka tolong sembuhkan dia kalau dia mintak?

Obviously sah-sah la mereka tak nak.

KLAK!

Kunci lokar dipulas sebelum pintu lokar di tarik buka olehnya. Namun sebaik dia berbuat begitu, sehelai kerta ikut melayah jatuh dari dalam lokar ke bawah kakinya.

Kepalanya serta merta tunduk memandang ke bawah ingin tahu. Sambil selak rambut ke belakang telinga, Diane tunduk mengutip kertas tersebut lalu di bacanya sewaktu berdiri tegak semula setelah itu. Di atas kertas itu tertulis begini;

Jangan libatkan sesiapa lagi dalam hidup kau atau mereka turut akan berakhir seperti rakan kau Casia. Ini baru permulaan. Aku takkan benarkan hidup kau tenang sampai kau mati dan lenyap! Hutang Darah Dibayar Darah!

Kepala Diane tersentak laju memandang sekelilingnya sebaik selesai membaca butiran di dalam kertas itu. Keningnya berkerut risau. Siapa pulak yang berikan surat layang kepadanya ni? Tiada satu kelibat orang pun yang kelihatan di situ. Lalu dia kembali pandang kertas itu dan diulang baca buat beberapa kali.

Dah, apa pulak lagi masalah yang datang cari dia sekarang ni?

Zrap!

Kertas itu direnyukkan serta merta dengannya.

Malas nak hiraukan semua ni. Lantak situ. Masalah yang ada pun belum settle. Nak tambah lagi!

Diane kembali menyelongkar lokarnya semula untuk mencari botol posyen penyembuhnya. Dia selongkar dan selongkar. Segala benda yang ada dalam lokarnya di geledah. Namun tak kelihatan. Rasanya hari tu ada dua botol. Entah mana pulak benda alah ni lesap!

"Cari sesuatu ke?"tegur suara tu dengan tiba-tiba hingga membuatkan Diane melompat terkejut dekat situ.

Diane berpaling, dia pandang ke sisi dengan mata terbutang lantas bertemu muka dengan lelaki yang berdiri di depannya, tersenyum kepadanya dengan lebar. Hak'alah.lelaki ni pun satu. Suka sangat la muncul mengejut macam ni. Nasib baik dia tak ada penyakit lemah jantung. Kalau ya, lama dah kena heart attack dekat sini.

"Frost! Terkejut saya. Ingatkan siapa tadi."ujarnya dengan perlahan sambil tekap tangan ke dada untuk hilangkan rasa degupan cemas di dadanya itu. Kertas tadi disorokkan lekas-lekas ke belakang badan dengan tangan satu lagi. Lalu Diane tarik senyuman paksa di bibir.

Frost beri renungan serba salahnya. "Maaf. Saya tak ada niat hendak kejutkan awak."ucapnya sambil mematai Diane dari atas ke bawah. "Saya dengar ada kekecohan berlaku di bilik rawatan tadi. Katanya Casia serang awak. Awak tak apa-apa?"tanya dia setelah melihat kesan Lebam di sekitar leher Diane.

Selfconcius dengan keadaan dirinya yang mungkin kelihatan serabai dek serangan Casia tadi, secara automatik Diane bawa tangannya naik membetulkan rambutnya sebolehnya. "Ah-Ya.saya tak apa-apa. Terima kasih kerana bertanya."balasnya.

Frost dekatkan wajahnya ke Diane sambil pegang lembut lengan atas Diane. "Awak pasti?Sebab apa saya lihat awak lebih dari tak apa-apa ni"katanya bernada ambil berat. "Awak perlukan rawatan ni.."

Diane memegang lehernya lalu menggeleng kepala sambil tersenyum kekok.

"Betul ni...saya tak apa-apa. Awak tak perlu risau. Saya boleh uruskannya."tolak dia kerana berasa kekok dan janggal dengan situasi ini. Maybe gadis lain akan rasa tersentuh atau suka. Tapi tidak dia. Bukannya apa, dia sebenarnya tak pernah terima layanan baik dari mana-mana lelaki. Kebanyakan lelaki yang pernah Diane jumpa semua bencikan dia kerana sejarah hidup lama keluarganya. Jadi bila ada yang beri layanan baik pada dia serta ambil berat tentang dirinya. Semua itu agak pelik dan cringey.

Frost cengkam lengan kurus Diane itu lalu ditarik rapat kepadanya.

Nafas Diane tertahan kerana gesture itu. Dia dongak memandang wajah Frost dengan mata terbutang.

"Mari ikut saya"ajak Frost sewaktu tunduk memandang Diane sambil tersenyum handsome.

Diane yang menengok ibarat melihat wajah kacak itu bersinar dengan cahaya berkerlipan. Melonjak teruja sekejap lepas dengar ajakan tu. "Nak ke mana?"tanya dia dengan perlahan.

Tanpa berkata apa-apa, Frost lingkarkan tangan ke sekeliling pinggang Diane lalu tersenyum meleret. "Awak akan tahu nanti."katanya sambil menggunakan sihir munculkan diri secara tiba-tibanya.

Berdesup seperti angin lalu, sesaat kemudian mereka berdua bertukar destinasi. Dari lantai berjubin kepada tanah berumput hijau.

Frost lepaskan pelukkannya dari pinggang Diane lalu cengkam jari jemari tu dengan kemas.

Dengan mulut ternganga sedikit, Diane pandang sekelilingnya dengan kening terangkat kerana terkejut. Lalu dia palingkan kepala ke Frost semua. "Kenapa kita ada dekat sini?"tanya dia semasa di tarik oleh Frost ke satu arah.

Sambil toleh ke belakang memandang Diane, Frost berkata. "Untuk rawat luka awak"katanya sebelum pandang ke depan semula.

Kepala Diane gerak kanan dan kiri. Dia pandang penuh minat akan tumbuhan dan persekitaran rumah hijau tersebut. Sekali tengok je dah tahu, tempat ini penuh dengan aura positif yang menghangatkan seluruh jiwa dan raga sesiapa saja yang jejak kaki ke dalam tempat ini.

Frost kemudiannya mendudukkan Diane di bangku kayu di tengah-tengah ruang itu.

Pohon bunga dan tumbuhan mengelilingi rumah hijau itu membuatkan Diane berasa takjub dan kagum. Buat sekian lamanya belajar dalam akademi ini, dia tidak pernah ke sini sebab terlalu sibuk! Diane tersengih sendiri tanpa sedar, tangannya naik menyentuh tumbuhan yang ada di sekitar.

"Macam mana awak nak rawat saya?"tanya dia sambil palingkan kepala ke Frost. Muka tu dipandangnya dengan minat.

Frost seluk tangan ke dalam poket seluar sewaktu membalas renungan Diane. Dia tersenyum nipis taktala melihat bibir tu mengukir senyuman.

"Bukan saya....tanpa mereka."katanya sebelum menjuih bibir ke bunga-bunga di situ.

Diane ikut pandang ke arah yang ditunjukkan Frost selepas itu. Pandang saja dia, bunga-bunga dekat kanannya mula bergerak-gerak. Mulanya dia ingatkan rama-rama. Sekali bila bunga tu terapung, baru la dia sedar sebenarnya ianya bukan bunga terapung. Sebab bunga mana ada kepala, tangan, badan, tangan dan mata.

Kejung Diane sejurus itu.

"Kenalkan, Pari-pari Penyembuh atau nama magisnya Pixlliot Forestthompson"sebut Frost sambil memerhati pari-pari kecil bersayap kelopak bunga itu mengelilingi Diane seperti rama-rama mengerumun bunga. "Mereka mempunyai kuasa penyembuh yang sangat kuat. Satu sentuhan akan pulihkan semua luka awak"jelasnya.

Pari-pari itu terbang, ia bergesel lembut pada Diane pipi, ada juga yang bermain dengan rambut Diane sebelum gerak sekitar lengan dan leher Diane setelah itu..

Diane ketawa kecil apabila kelopak bunga itu bergesel menyentuh pipinya, terus tersenyum lebar dia. Terus lupa mengenai masalah yang dia hadapi sekejap. Sedang pari-pari bunga itu terbang sekelilingnya menerbangkan debunga atau magis padanya, dia kerling ke Frost.

Dan Frost perasan akan renungan itu.

Berasa malu dengan tindakan sendiri, Diane cepat-cepat larikan pandangannya ke arah lain.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now