Episode 40

1.7K 162 4
                                    

Sebulan kemudian..

Di dewan makan....

Sandwich tuna bersama ham itu di capainya sebelum ada tangan lain mencapainya terlebih dahulu. Lalu dengan serentak mereka berdua berakhir pegamg sandwich yang sama.

Terkejut dengan hal itu, Diane menoleh ke kiri dan memandang tuan punya tangan itu dengan kening terangkat tinggi lantas cepat-cepat menarik tangan setelah sedar siapakah orang itu.

"Maaf...awak ambil la kalau nak..."ucap Casia yang lalu beralih hendak mengambil sekotak pizza pula.

Diane telan air liur gemuruhnya lalu mengeleng kepala. "Tak apa, ambilah..."ujarnya sambil menyua sandwich itu kepada Casia.

Casia tunduk memandang sandwich itu buat seketika. Makanan ini merupakan makanan kegemarannya. Dan entah kenapa tapi dia sukakannya. Disaat tangannya hendak mencapai sandwich tersebut, tiba-tiba namanya di panggil dari belakang.

"Casia."panggil Sky.

Diane tersentak dengan takut. Dia turunkan tangannya ke sisi sebelum pandang ke belakang Casia.

Setiba Sky di sisi Casia, lelaki tu rangkul bahu tu sambil menjegil mata memberi amaran kepada Diane seakan beritahu 'Jangan dekati Casia.'

"Awak dah beli makanan ke?" tanya dia dengan mesra masa pandang ke Casia.

"Belum...saya baru nak beli."senyum Casia dengan senang semasa dongak memandang Sky.

Diane yang berdiri dekat depan dua orang itu ketap gigi menahan perasaan sedih. Tak nak menangis depan Casia. Nanti apa pulak Casia fikir.

"Kalau macam tu, apa kata awak pergi duduk. Biar saya yang belikan untuk awak..." aju Sky sewaktu mengambil dulang dari tangan Casia.

Casia pandang Diane seakan teragak-agak lalu mengangguk kepala ke Sky seketika kemudian. "Oh-okay. Saya tunggu awak dekat sana." balasnya. Tidak terlupa, dia beri anggukan kecil pamit diri pada Diane lalu beredar dari situ.

Sky perhatikan langkah teman wanitanya sehingga gadis itu menjauh.

Sebaik Casia menjauh, lelaki itu menjeling ke Diane. Lantas lengan tu di cengkam kuat dan di tarik Diane ke dalam kerumunan orang dekat situ.

"Kau nak apa lagi?Bukan ke alu dah beritahu kau. Tak faham bahasa ke!"desis lelaki itu depan muka Diane. "Jauhkan diri kau dari dia! Kalau tak aku takkan teragak-agak untuk mengasari kau!"terus dia renggut tangan Diane dengan kasar masa lepaskan ia.

Sambil usap kesan sakit pada lengannya Diane berkerut kening tak puas hati. "Aku tak buat apa-apa pun. Yang kau nak berlebih sangat kenapa? Tak nampak ke kau sendiri yang buat keadaan jadi lebih rumit?"balasnya. Berasa jengkel dengan sikap Sky. Tak habis-habis! Kalaulah lelaki ni tahu apa yang berlaku pada Casia yang hampir bunuh dia pasti lelaki ini tidak akan bersikap kasar padanya.

"Aku tak peduli. Apa aku tahu kau..."ditunjal bahu tu dengan jari telunjuknya. "Jangan dekati Casia, atau bercakap dengan dia atau sentuh atau pandang dia..."sekuatnya Sky tunjal bahu Diane.

HDiane menolak tangan itu jauh dari wajahnya dengan kasar. "Cakap tu cakap je la. Tak payah la sentuh aku!"renggusnya dengan kasar.

Sky berdengus benci. "Peduli pulak aku dasar anak pembunuh.."getusnya depan muka Diane.

Berasa cukup dengan sikap tak guna Sky,makanan yang ada di tangan di letakkan ke kaunter dengan kasar sebelum dia berjalan keluar dari situ . Terus hilang selera dia.
Tak boleh ke bagi dia kenyang sekejap. Kenapa la ornag suka sangat matikan selera dia setiap kali dia nak rasa senang sekejap. Tanpa sedar air matanya mengalir di pipi kerana tidak dapat menahan diri dari berasa sedih lagi.

Diane berlari laju melintasi koridor, tidak mahu ada yang nampak dia menangis.

Gadis itu melintasi seseorang yang sedang dalam perjalanan hendak ke dewan makan itu.
Dia kerling sekejap ke orang itu sambil seka air mata dengan belakang tangan.

Kaiser berpaling saat melihat Diane berlari melintasinya. Tapi tidak menghalang walaupun dia nampak jelas-jelas yang Diane sedamg menangis.

Oleh kerana ingin tahu, Kaiser, dia kemudiannya menyambung langkahnya masuk ke dewan. Masuk saja dalam tu, dia ternampak seseorang yang mungkin menjadi penyebab kenapa Diane berlari keluar dari situ.

Sky.

Tanpa mendekati lelaki tu, Kaiser berdiiri dekat situ perhatikan Sky dari jauh mencapai piala berisi air dan sepinggan makanan lalu di letakkan ke dalam dulang.

Masa itu la batu Kaiser mendekat ke kaunter bufet tu. Sambil mendekat, dia tenung makanan dan piala minuman di dulang Sky buat seketika. Lantas matanya bertukar warna kepada merah kehitaman taktala dia mengenakan sihirnya.

Lantas piala air yang ada di depan Sky itu serta makanan dalam pinggan tu meledak alan isinya mengenai wajah dan pakaian lelaki tu. Habis kotor wajah, rambut serta kemeja putih yang dikenakan dekat badan tu.

Kaiser yang lihat berpaling ke kaunter sebelum ternampak ada sandwich tertinggal di atas kaunter bersama air kotak dekat situ. Melihatkan makanan itu, wajah Diane terus muncul dalam fikirannya.

Haih...memang nasib malang apa la yang dia dapat sejak temui Diane ni!

18. The KingdomWhere stories live. Discover now