Episode 56

1.5K 135 0
                                    

Dalam perjalanan hendak pulang ke asramanya, seorang diri seperti biasa, orang itu jalan menyusuri laluan kecil itu diekori olehnya dari belakang.

"Diane!"panggilnya dengan lantang sewaktu hampir tiba ke orang itu.

Tuan punya nama pun berpaling la.

Sekali tu tak semena, dua tangan menolak kasar tubuhnya ke dinding sebelum menekan kedua-dua belah bahu itu dengan kasar. Terkedip-kedip bingung mata Diane lepas tu.

"Jauhkan diri kau dari Senior Frost! Kau fikir kau siapa!"marah Luisa yang menunjal bahu Diane dengan kasar sambil berkata.

Diane yang dengar memandang jari yang menunjal-nunjal bahunya.Dah kenapa pulak minah sewel ni. Ingatkan dah lupa dia terus. Rupanya tak?Alahai...penat la! Tak boleh ke kalau semua orang sibukkan hal masing-masing dan tak pedulikan akan kewujudan dia dekat sini...letih la!

"Kau dah kenapa!"dia tampar tangan Luisa yang menunjal bahu dia dengan kurang ajar macam tu.

Luisa tolak bahu Diane lalu tunding jari depan hidung tu dengan marah. "Hei! Perempuan jalang! Kau dengar elok-elok ya. Aku nak kau jauhkan diri dari Senior Frost. Jangan kau menggatal dekati dia. Sedar sikit diri kau tu siapa. Berani-berani kau eh...dekati dia macam kau tu layak je hidup dekat muka bumi ni!"marahnya sebengis yang mungkin.

Diane menepis kasar tangan yang berada di depan mukanya sebelum menolak kasar bahu Luisa ke belakang..Amboi! Sedap betul mulut mencaci dia. Dah tak sayang sangat mulut tu ke. Jahit nanti kan! Baru tahu langit tu tinggi ke rendah.

Terundur Luisa selepas itu tidak menyangka Diane akan menolaknya semula.

"Hei! Kau ingat aku peduli ke! Pergi lantaklah aku nak dengan siapa. Rapat dengan siapa! Kau tu siapa nak halang. Untuk pengetahuan kau bukan aku yang nak dekat dengan Frost tapi dia sendiri yang cari aku. Kalau kau hamak sangat dengan dia, jaga la dia. Jangan bagi dia dekati aku. Suka hati panggil aku jalang. Habis kau tu dasar mulut longkang tak ada tapisnya tak fikir pulak!Arah-arah aku untuk jauhkan diri konon!"Diane pula menunjal-nunjal bahu Luisa pula.

Bengang dengan tindakan Diane, Luisa mengetap gigi dia sambil menjegil bulat ke Diane.

"Berani kau ya! Memang nak kena kan dasar perempuan tak guna!"Luisa mengangkat tangan yang ketika itu sudahpun mengeluarkan satu cahaya berwarna hitam berkepal di atas tapak tangannya. "Rasakan!"lalu melemparnya ke arah Diane.

Pada masa itu muncul deru angin yang bertiup lembut depan Diane. Lalu diikuti dengan satu susuk lampai berdiri depan Diane.

Bebola cahaya hitam yang di lemparkan oleh Luisa tadi pun mengenai belakang badan orang itu.

Sama ada Diane mahupun Luisa sendiri, masing-masing membutang mata taktala melihat orang yang berdiri di antara mereka berdua itu.

Luisa sudah menekup mulut menahan nafas terkejut.

Sementara Diane pandang dengan mata terbutang luas apabila melihat Kaiser yang muncul secara tiba-tiba di hadapannya untuk menerima serangan tadi. Macam mana Kaiser boleh tahu dia ada di sini?

Luisa yang ada di situ terpempan.

"Si-siapa kau hah!"tanya Luisa tergagap-gagap kepada lelaki berambut perang coklat kulit kayu tersisir rapi ke tepi. Mendedahkan dahi luas yang kelihatan menarik di pandang itu. Sepasang mata dengan renungan tajam itu membuatkan dia sendiri terpaku.

Kaiser angkat tangan bersarung kulit hitamnya itu. "Kau memang ada masalah ya?Diane kacau kau ke sampai kau nak sakiti dia tanpa henti?"soalnya sambil Tarik strap sarung tangan.

Luisa telan air liur takut. Matanya melirik ke Diane yang berdiri di belakang lelaki beraura gelap dan menakutkan depannya ini, "Bu-bukan urusan kau untuk tahu. Ini hal aku dengan Diane."jawabnya.

Itu la masalahnya. Memang bukan urusan dia. Tapi keselamatan Diane adalah keutamaan dia sekarang ni. " Aku paling benci pada orang yang salah guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri dan tindas orang yang tak bersalah ikut suka macam kau ni"kata Kaiser lagi setelah sarung tangan hitamnya di tanggalkan.

Mata Luisa naik turun meneliti Kaiser dari atas ke bawah dengan cemas. "Apa.apa kau nak buat hah!"tanya dia sambil undur ke belakang.

Menggunakan tangan kanan yang tidak bersarung itu, Kaiser angkat ia lalu talakan tapak tangannya ke Luisa. "Bagi kau rasa apa yang orang lain rasa bila kau sakiti dia orang dengan kuasa kau tu..."sebutnya sebelum empat dinding pentagram muncul di atas, bawah, kanan dan kiri Luisa.

Diane yang lihat terus membutang mata terkejutnya sebelum menerpa belakng Kaiser dan peluk lengan lelaki tu supaya di turunkan. "Kaiser hentikannya! Apa kau cuba buat ni!"tegah Diane dengan cemas.

Luisa pandang kanan dan kirinya dengan takut bila satu gelombang yang berdengung mula bergetar sekeliling badannya dan kepalanya mula berasa pening yang berpusing-pusing.

Kaiser tidak pedulikan akan Diane, dan meneruskan jugak tindakan dia untuk berikan pengajaran pada Luisa. Berani betul perempuan tu sentuh Diane! Tiada siapa boleh sakiti Diane selagi dia ada di sini!

"Reducto!"sebut Kaiser sebelum empat dinding pentagram itu menghimpit Luisa lalu meledakkan cahaya yang terang.

Ledakan itu diikuti dengan jeritan Luisa yang sesaat kemudian lenyap.

Maka senyap sunyi Lorong itu taktala serpihan kepingan cahaya terbang di Udara. Kelibat Luisa tidak lagi kelihatan di mana-mana. Meninggalkan Diane dalam keadaan terpinga-pinga dan kebingungan.

Bersama renungan marahnya, Kaiser pun pusingkan badan menghadap Diane di belakangnya. Dia tak peduli apa yang Diane akan katakan pada dia. Sebab dia tahu apa dia buat itu tak salah. Yang salahnya ialah Luisa sendiri yang suka cari pasal. "Tak boleh ke kau pertahankan diri kau?Perlu ke kau serahkan diri untuk dilukakan dengan orang?"tanya dia dari balik ketapan gigi.

Diane gerakkan mata dia ke Kaiser dengan perlahan-lahan lalu memandang bungkam ke lelaki itu. "Apa kau dah buat pada Luisa?"tanya dia sambil angkat tangan lalu mencengkam kuat kolar kot akademi di badan tu. "Hah! Apa kau dah buat!"teriak dia setelah itu.

Tanpa menjawab pertanyaan itu, Kaiser mencapai tangan Diane sebelum menarik gadis itu beredar dari situ Bersama dengannya.

Diane baru sahaja bergerak hendak melawan Kaiser, namun begitu baru sahaja beberapa langkah mereka berjalan dengan tiba-tiba Kaiser jatuh melutut di situ.

"Kaiser!"panggilnya sejurus itu.

Sambil pegang dadanya, Kaiser pejam mata dia erat-erat menahan sakit yang bertandang. Kuasa Luisa telah memberi kesan pada badannya. Tak sangka kuat jugak kuat perempuan tak guna tu. "Uhuk-uhuk!"batuknya brsama darah keluar dari mulut.

Diane yang terus terduduk mendapatkan Kaiser memeluk belakang badan tu dari tepi lalu tunduk memeriksa keadaan lelaki." Ya tuhan...Kaiser. Kau cedera.."sebutnya dengan muka penuh kengerian lepas Nampak darah merah kehitaman yang keluar dari mulut tu. Tak pasal-pasal betul la. Luisa hilang dibuatkan Kaiser. Dan sekarang Kaiser cedera sebab selamatkan dia. Macam-macam la!

"Kita kena ke bilik rawatan sekarang."katanya sambil bawa lengan Kaiser ke atas bahunya.

"Tak.."geleng Kaiser.

"Apa?Kau gila ke! Kau kena kuasa api hitam. Benda ni berbahaya tahu tak untuk badan. Kalau tak di rawat kau boleh mati.."bebel Diane sambil sokong Kaiser untuk bangun dari situ.

"Jangan...kuasa dia orang tak boleh sembuhkan orang macam aku. Hanya orang yang mempunyai teras yang sama seperti aku je boleh sentuh aku.."jelas Kaiser dengan susah payah.

Diane pandang muka pucat dan basah dengan peluh dingin Kaiser. "Dah tu...kau nak aku buat apa ni?"tanya dia lepas tu. Memangnya Kaiser ni teras apa?

18. The KingdomWhere stories live. Discover now