Episode 42

1.7K 153 2
                                    

Cahaya biru menari-nari di udara, orang di sebelahnya sedang menghadapi masalah untuk letuskan cahaya itu walau banyak mana sekalipun dia mengedip mata.

Paling menarik ada yang menghasilkan tiga bebola cahaya berwarna merah jambu yang menjugil dengan teratur seperti ada badut sedang menjugil buah.

Ada yang menghasilkan cahaya berwarna ungu, membuatkan cahaya itu melantun ke sana sini tidak tentu arah. Melanggar dinding, kepala orang, helaian kertas hingga berterbangan.

Tiba-tiba cahaya ungu itu meluncur laju ke arah Diane yang duduk menopang dagu. Sesaat cahaya ungu itu hendak melanggar dua pasang matanya, bebola cahaya ungu itu berhenti tepat di depan hidung Diane.

Dengan muka tak berminat, Jari telunjuk Diane kemudiannya menyentuh bebola cahaya ungu tersebut sebelum ia bertukar menjadi warna biru.

Pemilik cahaya itu marah lepas nampak. "Hei apa ni. Aku punya tu tahu tak lama aku nak hasilkan cahaya tu..."sungut pelajar lelaki itu kepada Diane.

Diane pandang menyampah. Kalau susah dah kenapa talakan cahaya ni kepada dia. Nampak sangat la sengaja nak cari pasal dengan dia. Ingat dia ni lembab sangat ke!"Oops! Sorry. Sengaja. Nah ambil balik."menggunakan hujung jarinya, Diane jentik cahaya biru itu ke pelajar lelaki yang sama.

Lelaki itu kalut saat melihat bebola cahaya biru itu menuju ke arahnya, dia memikirkan benda itu akan meletup dan menyakitinya namun tiba-tiba sahaja bebola cahaya itu bertukar menjadi ungu semula dan statik di depan hidungnya.

Mereka yang lain dalam kelas sibuk dengan urusan sendiri. Sikit pun tidak kelihatan susah hati seperti yang dirasai oleh Diane.

Yalah, dalam akademi ni, semua orang langsung tak ingat siapa Daniel. Mereka semua sudah dihapuskan ingatan mengenai kejadian yang menimpa Daniel tempoh hari. Jadi hanya Diane saja yang kelihatan sugul di situ kerana masih terkesan dengan kejadian yang menimpa rakannya itu.

Diane mengerling ke arah meja yang kosong itu dengan hati yang hiba. Tidak kira apa sekalipun dia fikir, bayang Daniel sedang duduk di situ. Ketawa dan bergurau bersama yang lain bermain di depan mata. Dan kelibat Master Oddyn pun berjalan masuk ke dalam kelas tak lama kemudian. Dia yang Nampak tak bergerak dari menopang dagunya.Dia hanya duduk macam tu sehingga la orang tua itu berdiri menghadap mereka semua dan mula bersuara.

"Baik kelas. di minta bertenang dan duduk dalam keadaan tertib..beri perhatian"ujar suara malas Master Oddyn yang berupakan seorang kerdil. Badan kecil dan tiada leher. Berjalan mendaki tangga untuk berdiri sama tahap dengan pelajarnya yang lain.

Mereka semua duduk tegak dan memberi perhatian kepada Master Oddyn tak lama lepas dengar arahan tu. Kecuali DIane. Dia yang memangnya tak suka akan kelas ini hanya buat muka acuh tak acuh dengan arahan itu.

Master Oddyn tunduk pandang buku yang telah di buku dekat atas podium kecilnya lalu di tenung buat beberapa saat sambil berkata. "Baik hari ni kita akan belajar macam mana nak gunakan cahaya teras kita sebagai penawar atau tenaga alih sementara bagi menyelamatkan nyawa seseorang."dia pandang para pelajarnya setelah itu. "Mula-mula, kumpulkan seluruh tenaga kita ke teras dan fokus sepenuhnya pada orang yang kita cuba selamatkan. Contohnya kalau orang itu cedera parah dan kehilangan banyak darah, tumpukan di bahagian jantung dia. Kalau ada yang patah atau luka, fokus kan pada bahagian itu sahaja."jelas Master Oddyn dengan suara malas meleret-leret.

Selepas penerangan 20 minit lelaki itu meminta pelajarnya untuk menunjukkan demostrasi di depan kelas.

"Baik...sekarang dipersilakan pelajar terbaik kelas kita. Cik Diane sebagai pengubatnya sementara siapa yang akan menjadi mangsa keadaan pula?"Pertanyaan itu membuatkan seluruh kelas terdiam. Mereka semua dengan serentak jeling ke Diane. Ramai-ramai orang anak pembunuh ni jugak yang jadi pengubatnya.

Risau dan khuatir mereka bila fikirkan balik sekiranya orang itu mungkin akan membunuh mereka di situ.

"Orang lain tak boleh ke master?Macam mana kalau dia bunuh kami nanti?"tanya mereka.

Master Oddyn tidak melayan pertanyaan itu. Dia melihat pelajar baru yang duduk mendiamkan diri di hujung kelas. "Baik kamu,budak baru"juih Master Oddyn ke arah Kaiser.

Diane dan Kaiser dengan serentak palingkan kepala ke arah antara satu sama lain lepas tu. Diane pandang Kaiser tapi tak lama lepas tu dia talakan mata ke buku di mejanya sambil gigit bawah bibir.

Haih!Asyik Kaiser je. Mesti Kaiser fikir dia ni menyusahkan. Balik-balik dia je yang Kaiser kena hadap. Sah-sah la Kaiser takkan setuju.

Sementara Kaiser tidak mengalihkan matanya dari Diane.

Diane pun angkat kepala. Dia pandang Master Oddyn dengan muka tak pasti."Tak apa la Master. Pilih saja orang la-"

"Baik."sambut Kaiser dengan patuh setelah itu.

Diane yang dengar pandang terkejut ke lelaki tu. Kaiser tak kisah?Lelaki tu tak marah? Tak kisah ke kalau dia yang lakukan sihir ni? Orang lain bukan main lagi beria tak mahukan dia. Kaiser dengan selamba terima macam tu je?

"Baikla kalau begitu kamu berfua boleh mulakan simulasi itu."aju MasterOddyn sambil tunjukkan ke tengah kelas.

18. The KingdomМесто, где живут истории. Откройте их для себя