Episode 1

7.8K 314 1
                                    

Matahari tegak memancar dekat atas kepala.

Masa sepatutnya orang duduk dekat dalam dan di bawah kipas yang dingin, dua orang itu berjemur dekat bawah matahari dengan pakaian tebal masing-masing sedang mengutip sampah.

Bersama keluhan letih, peluh yang merintik di sekitar dahinya di seka dengan lengan baju yang patutnya dipakai semasa musim sejuk itu.

Gosh!

Sumpah!

Berlecak dah ketiak dia sekarang ni!

Orang lain seronok berteduh dekat tempat redup dan nikmati makan tengah hari dalam dewan makan. Dia dekat sini berjemur semata nak kutip sampah!

Rasa macam nak maki je sekarang ni!

Ada ke patut!

Peluh yang merintik di dahi di seka dengan hujung lengan baju.

Berkeringat dibuat pakaian yang dipaksa pakai pada waktu panas macam ni.

Matahari tengah hari terik memancar ke atas dua orang pelajar perempuan yang didenda untuk memakai uniform musim sejuk kerana telah dituduh melakukan kesalahan yang bukan mereka yang mulakan dulu!

Rambut depannya yang asyik jatuh ke mata di selak kebelakang telinga dengan rimas saat dia tunduk mencucuk daun kering untuk di masukkan ke dalam plastik sampah yang di pegangnya. Tak guna punya ahli sihir! Gara-gara orang lain dia yang jadi mangsa! Terus dia tunduk hendak mengutip botol plastik dari atas tanah itu sebelum sepasang kaki tiba-tiba saja muncul lalu menginjak botol tu dengan kasar.

SRAP!

Bersama kerutan di kening, dia pun berdiri tegak untuk menghadap gerangan empunya kaki yang menyibuk masa dia tengah jengkel ni. Cari pasal apa!

Pelajar perempuan toncang sebelah kanan berdiri dengan tangan bersilang di dada di pandang olehnya dengan renungan tak berminat. Betina tak guna ni rupanya! Ingatkan siapa tadi!

Sambil memandang mengejek ke arahnya, Luisa berseloroh. "Seronok buat kerja kebajikan ni?"tanya Luisa dengan senyum sinis kepada Diane. "Kalau kau nak, aku boleh je offer kan kau kerja dekat rumah agam aku sekali mana la tahu dapat tajamkan lagi kemahiran mengutip sampah kau ni?"ejeknya.

Diane pandang Luisa dengan renungan tak puas hati. Tengok la siapa yang kacau siapa sekarang ni. Tak puas lagi ke nak sakitkan hati dia! Kalau bukan disebabkan Luisa ini la, tak adanya dia ada di sini!

"Kau nak apa lagi ni Luisa hah?Blah lah sana." keluh Diane sambil beralih ke kanan lantas bongkok mengutip dahan dan di masukkan ke dalam plastik sampah. Malas nak hiraukan Luisa. Nanti balik-balik dia jugak yang kena gara-gara perempuan sewel ni!

Luisa berpaling ke arah Diane. Dia ikut pergerakkan Diane dengan muka bengang. Dia masih tak puas hati lagi! Dia nak Diane sakit dan kesusahan lebih teruk dari ni. Tapi Diane masih lagi boleh berlagak tenang dan seperti tak terkesan dengan semua tindakan dia. Ini yang menambahkan lagi sakit hati dia!

"Itulah aku dah cakap jangan nak besar kepala sangat. Sepatutnya kau ikut jer apa aku suruh tak adalah kena hukum macam ni..ya tak..."agahnya lagi sengaja nak cucuk Diane supaya sakit hati lalu sakiti dia atau apa saja supaya dia ada alasan untuk hapuskan Diane dari sini!

Berasa jengkel dengan kata-kata itu, Diane mengetap gigi menahan sabar,lantas dia hadapkan badannya ke Luisa lalu sumbat sampah yang dia kutip tadi dengan kasar ke dalam plastik sambil memandang Luisa. Kalau bukan disebabkan kesan luka di pipinya masih kemerahan kerana bercakaran dengan Luisa masih sakit lagi lama dah dia rentap rambut tu sampai tertanggal dari kulit kepala! Dasar mulut longkang!

"Baik kau berhambus sebelum aku buatkan kau mencicit macam cencorot dekat sini!" arahnya dari balik ketapan gigi. Cuba menahan diri dari naik hantu.

Luisa yang dengar terus menarik nafas terkejut membuat reaksi ketakutan yang disengajakan.

"Hah!Takutnya...tolong jangan sumpah saya." ejek Luisa sebelum ketawa terbahak-bahak. "Cuba la kalau kau berani. Kau fikir aku takut ke...ahahaha...kelakar!"

Grrr!

Diane kepal penumbuknya kuat-kuat sambil pandang ke Luisa dengan kening mencerun. Perempuan ni kan!!

Perlahan-lahan rambut yang berwarna hitam Diane mula bertukar warna menjadi merah keorenan seperti api serta merta.

"Aku cakap berHAMBUS!!"deram Diane dari nada rendah kepada tinggi.

Ketika itulah seseorang berlari mendekati Diane dari belakang lalu memegang lengan tersebut dengan cemas. "Apa yang dah berlaku ni?"tanya dia sambil pandang silih ganti ke Luisa dan Diane.

Luisa tarik sengih puas kerana dapat buatkan Diane naik angin. Tunggu apa lagi. Lontarkan la tantrum!

"Dian...berhenti. Kalau Master Loui nampak, kau kena hukum lagi."minta Casia sambil tarik perlahan tangan Diane. "Tolong la.."pujuknya lagi.

Renggusan kasar di lepaskan oleh Diane.

"Lepaskan aku"Diane rentap lengannya dari cengkaman Casia. Dia tidak menghiraukan amaran rakannya itu. Apa yang Diane tahu, perempuan tak guna dan perangai macam betina gila ni terima bayaran untuk apa yang dah buat pada dia dan juga Casia!

Luisa tarik senyuman jahat meleretnya semasa balas renungan gelap Diane.

Diane kemudiannya maju ke depan dengan plastik yang penuh dengan sampah itu. Nak rasa sangat amarah dari dia kan. Nah...amik ni! Rasakan! Tanpa berlengah, dia terbalikkan plastik sampah tu lalu di tuang ke atas kepala Luisa.

Spraa!

Tergamam tak sempat hendak berbuat apa-apa, Luisa hanya berdiri di situ sewaktu segala pasir dan sampah yang dikutip Diane tadi tumpah dan berkumpul di atas kepala, rambut dan pakaiannya.

Diane ikut tersengih jahat. Padan muka! Heh!
"Kalau dah sampah tu, pandang macam mana sekali pun tetap sampah."getus Diane dengan sengih mengejeknya pada Luisa.

Luisa termangu, dia kaku berdiri saat mengangkat kepala memandang depan buat seketika. Sebelum matanya perlahan-lahan gerak memandang Diane.

What the f*uck!

"YAArgh!! Perempuan s*alan! Kau memang menyakitkan hati tahu tak!!!"teriak Luisa semasa menerkam Diane. Dia kemudiannya cekik leher tu sebelum Diane sempat hendak pertahankan diri. Tapak tangan Luisa kemerahan sejurus tak lama kemudian sebelum ia mengeluarkan haba aura hitam saat mencengkam kuat batang leher itu. "MATI KAU!MATIII!!!!!"jerit Luisa sambil salurkan tenaganya ke dalam tangannya.

Diane terus pegang tangan Luisa. Cuba leraikan cengkaman tersebut sekuat hati. Tapi tangan itu tidak berganjak! Nafasnya tersekat, urat nadinya berdenyut kuat seakan mahu meletup!

Tanpa membuang masa, Casia terus memegang lengan Luisa dan cuba tolak Luisa jauh dari rakannya. "Luisa!Hentikannya!"jerit Casia dengan kuat sewaktu mengerling ke Diane yang sudah memejam mata menahan sakit.

"Tolonglah berhenti...aku mohon...hentikannya!"rayu Casia dengan terdesak. Ikutkan hati mahu saja dia gunakan kuasanya, tapi tak boleh. Sebab menggunakan kuasa yang dimiliki ke atas pelajar lain adalah satu larangan. Dan sekiranya dia lakukannya jugak, dirinya bakal di hukum.

18. The KingdomWhere stories live. Discover now