B18

248 54 42
                                    


"Argh!" Kepala yang terasa sakit ditekan kuat di bahagian pelipis. Berkerut-kerut dahi Lia menahan sakit.

"Eh, kau dah bangun? Jap, aku panggil Kyle."

Kedengaran satu suara lelaki menegur namun matanya bagai terlalu berat untuk dibuka. Selepas itu kedengaran pula pintu bilik dibuka dan ditutup kembali.

Selepas beberapa saat, matanya dibuka perlahan-lahan. Berkerut dahi gadis itu apabila matanya menjamah pemandangan yang cukup asing. Bilik bertemakan warna kelabu itu ditelek sekilas lalu.

Hairan, sejak bila dia ada di sini?

'Krekk~'

Mata terus difokuskan ke arah pintu yang baru dibuka. Membulat mata gadis itu apabila kelibat 'Steven' menjamah pandangannya.

"Fairy..." Sapa Kyle. Katil tempat Lia berbaring didekati.

Lia pula dah 10 kali ganda lebih terkejut mendengar panggilan lelaki itu terhadapnya tadi. Terketar-ketar mulutnya ingin bertanya seribu satu soalan yang bermain di kepala.

"Ff... Fai... Ry?"

"Ya, Fairy. Kau dah kenapa hilang ingatan pulak ke? Kau hidu cecair kloroform je tadi. Tak tahu pulak kalau cecair kloroform boleh bagi effect sampingan." Kyle melabuh duduk di birai katil. Serentak itu, Lia terlompat sedikit ke belakang dek terkejut dengan Kyle yang tiba-tiba melabuh duduk.

'Dah kenapa budak ni? Buang tebiat ke apa?' getus hati Kyle.

Dahi Lia ditekup dengan belakang tapak tangannya, cuba memeriksa suhu gadis itu. Hurm, normal je.

"Kau ada sakit kat mana-mana tak?" Soal Kyle lagi.

Lia tidak menjawab pertanyaan Kyle sebaliknya sibuk mengusyar wajah kacak lelaki itu. Takjub dia memerhati kening lebat lelaki itu diikuti hidung mancung dan bibir merahnya yang kebasahan. Rambut Kyle pula sedikit basah, menambahkan lagi imej hot lelaki itu.

Aww, cair titew!

"Fairy?" Soal Kyle, pelik apabila Lia hanya menatap wajahnya tanpa berkelip. Seram, macam nak diterkam rasanya.

"Eh, ya?" Lia yang baru tersedar terus memberi respon dengan wajah blurnya. Mulutnya yang sedikit ternganga membuatkan Kyle tergelak kecil di dalam hati.

"Aku tanya, kau-"

"Eh jap!" Lia memotong percakapan Kyle seraya matanya mencerlung tajam ke arah lelaki itu. "Kau panggil aku Fairy? Why?!"

"Asal? Sedap apa nama tu. Fairyna Fathylia, and I'll call you Fairy. 'Cause you're a fairy in my eyes." Sebelah mata dikenyitkan penuh menggoda ke arah gadis itu dengan niat mengusik. Terhambur tawa Kyle apabila Lia seakan kejung mendengar pickupline taraf pasar ikannya tadi.

Hurm, tak reti pickupline sebenarnya.

"Macam mana... kau tahu? Wait! Nama aku, aku-"

"Hye, relaks." Kyle memegang kejap kedua bahu gadis itu lalu tubuh si dia dihadapkan padanya. Dagu Lia dinaikkan sedikit agar mereka dapat bertentangan mata. Anak mata koko milik Kyle menikam lembut wajah gadis itu yang kelihatan jelas masih terkejut.

"Okay, Fairy, hear me. Aku dah lama tahu pasal nama kau. Aku tahu Cecillia bukan nama sebenar kau, but Fairyna is the real one. Relaks, okay. Aku tak kisah pun pasal nama kau. Cecillia or Fairyna, you are the same person after all." Pujuk Kyle lembut. Entah kenapa dia terasa kasihan melihatkan wajah Lia yang bagaikan hilang arah.

Lia bagaikan terpujuk dengan kata-kata Kyle. Bahunya yang menegang tadi perlahan-lahan mengendur semula. Ya, Cecillia atau Fairyna, dia tetap orang yang sama. Tapi, bukan itu masalahnya. Masalahnya adalah identiti gelapnya, bukan nama sahaja!

Árulás [Betrayal] Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon