B21

209 41 31
                                    

"Tepilah kau! Pergi duduk jauh sana!" tengking Sarah apabila Lia menarik kerusi di sebelah kanan Kyle. Tanpa rasa bersalah, kerusi itu diduduki pantas oleh Sarah.

Lia jeling menyampah ke arah figura Sarah yang merenung tajam padanya. Malas nak berbalah, kerusi di sebelah kiri Kyle ditarik lalu duduk dilabuhkan.

"Wifey, marah ke?" bisik Kyle apabila wajah Lia hanya cemberut malah langsung tiada kata yang keluar dari mulut gadis itu.

"Taklah, suka je ni. Rasa nak lompat bangunan sebab seronok sangat." perli Lia sedas.

"Erk!"

Nasi dicedokkan oleh Ivy lalu diagihkan pada setiap orang. Lia hanya menyambut. Baru sahaja pinggan berisi nasi itu ingin diletakkan di depan Kyle, tangan Sarah terus menghalang.

"Nah, ni abang Kyle punya." ujar Sarah dalam nada ceria. Langsung tak rasa serba salah selepas menolak pinggan yang dipegang Lia.

Lia mengetap giginya geram. Nafas ditarik dalam lalu pinggan tadi diletakkan di depannya. 'Sabar, Lia. Sabar.'

Kyle yang perasan wajah tegang Lia sudah berasa tidak senang duduk. Tengkuknya diusap perlahan. Lauk dicedok lalu diletakkan ke dalam pinggan Lia. "Wifey makan eh. Tak nak marah-marah."

"Hmm..."

Wajah kelat ditayang apabila Lia tidak bereaksi.

"Abang nak ayam or daging? Biar Sarah ambilkan." sampuk Sarah. Panas hatinya melihat Kyle hanya fokus pada Lia.

Tangan Sarah yang baru ingin menyendukkan lauk untuknya terus ditahan oleh Kyle. Wajahnya jelas nampak serabut. "Sarah, ambil untuk kau je. Aku ambil sendiri."

Sudu dirampas lalu beberapa ketul daging diletakkan pada pinggannya. Sayur pula dicedok, sekaligus diletakkan ke dalam pinggannya dan Lia.

Sarah menggigit bibirnya geram. Terasa tebal kulit mukanya apabila ditolak sebegitu rupa oleh Kyle.

"Uhuk, Hao. Kau nak daging ke ayam? Meh aku amikkan." Alvin tiba-tiba bersuara sekaligus memecahkan kesunyian. Tangannya sudah bersedia untuk mencapai lauk.

Hao menayangkan muka peliknya. "Kau dah kenapa? Gila?"

"Mana ada. Aku cuma nak jadi pasangan mithali je, cedokkan lauk untuk kau. So, kau nak yang mana?" ujar Alvin dalam nada perli. Meskipun dia tak dapat menerima Lia, tapi dia masih hormat Lia sebagai isteri Kyle. Naik berbulu pulak matanya melihat Sarah menggedik pada Kyle.

"Alvin, rasanya Hao nak dua-dualah. Maklumlah, bila pasangan mithali yang cedokkan semua jadi sedap." Lia turut menyampuk seraya menjeling tajam pada Sarah.

Sarah pula sekadar menunduk. Malu apabila disindir depan-depan sebegitu.

"Oh, macam tu eh? Jap, nah Hao, nah! Makan banyak-banyak untuk tenaga kau. Kalau nak beristeri dua, tenaga kena banyak tau."

Kyle tersedak manakala Lia pula tergelak kecil. Nice shot, Alvin!

"Abang nak air?"

Sarah pantas menghulurkan airnya untuk Kyle namun tak bersambut. Sebaliknya air Lia yang berbaki separuh dicapai lalu diteguk rakus.

"Eh, itu air Wifey la. Minumlah air Hubby sendiri." kata Lia lalu gelasnya yang sudah kosong dirampas dari tangan Kyle.

"Dengan Hubby pun nak kedekut eh." usik Kyle.

"Haah, memang kedekut pun. Tu bakal isteri nombor dua Hubby kan pemurah. Minum je la air dia."

"Setepek!" sampuk Alvin sekaligus mendapat jelingan tajam dari Ayden dan Raven.

Árulás [Betrayal] Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora