B29

197 34 22
                                    

SUDAH dua hari berlalu. Lia tak habis-habis memujuk Anna yang asyik termenung sendiri. Meskipun Lia tidak tahu apa yang terjadi ketika di dalam tahanan Evel dek dirinya yang pengsan, Kyle sudah menyampaikan berita kematian Ryan.

Terkejut?

Ya, dia sangat terkejut. Dan dendamnya juga semakin membara buat gadis itu. Satu lagi nyawa sudah terbunuh di tangannya. Dia tidak dapat membayangkan betapa teruknya seksaan Evel kepada Ryan. Dengar sahaja cerita Kyle yang mengatakan wajah Ryan sudah tidak sempurna tanpa bola mata ditambah dengan usus yang terkeluar dari badan, dia sudah ternganga.

Evel memang melampau!

"Wifey..." tegur Kyle yang baru melangkah ke arah Anna dan Lia di tepi kolam. Raven turut melangkah di belakang lelaki itu.

Duduk di labuh bersebelahan Lia lalu bahu gadis itu dirangkul erat. Kakinya dilunjurkan ke dalam kolam, sebagaimana yang dilakukan oleh Lia dan Anna.

Raven pula hanya berdiri sambil memasukkan dua tangannya ke dalam poket. Lengan kemeja biru gelap yang dipakai dilipat hingga ke bawah siku. Dua butang kemeja teratas dibiar terbuka.

Raven dan Kyle baru sahaja pulang dari menguruskan pengebumian Ryan. Ayden, Hao dan Alvin pula terus ke pejabat untuk menyiapkan beberapa kerja yang tertangguh. Alex pula berjumpa dengan Ivy dan Sarah di markas mereka. Manakala Lia ditugaskan menjaga Anna di rumah disebabkan gadis itu tidak dapat menerima hakikat bahawa adiknya telah tiada. Walaupun setelah dipaksa, Anna tetap berdegil tidak mahu ikut.

"Anna, kau okay?" soal Kyle, perlahan. Meskipun dia dan Anna masih dalam mode perang tak rasmi akibat Anna yang tidak bersetuju dengan perkahwinannya, gadis itu sudah dianggap keluarga.

Anna hanya mengangguk ringkas. Kepalanya tidak diangkat, sibuk memerhatikan kocakan air yang terhasil apabila hujung kakinya digerakkan pada permukaan air kolam.

"Dah makan? Muka kau nampak pucat." soal Kyle lagi.

Lia pantas menggeleng. Dia tahu Anna takkan membalas. Malah dia sendiri sudah jenuh memaksa Anna makan.

"Wifey ambilkan makanan sikit untuk Anna, boleh?" pinta Kyle. Bahu Lia ditolak sedikit, menyuruh gadis itu bangun. Tanpa banyak bunyi, Lia hanya akur bergerak ke arah dapur.

Sepi.

Hampir dua minit mereka bertiga berdiam diri. Kyle sudah mengeluh apabila Anna bagaikan mahu bangun dari duduknya. Bahu gadis itu ditekan agar kembali duduk.

"Anna, aku nak cakap sikit," mula Kyle. Rambutnya diselak ke belakang, serba salah untuk memulakan bicara apatah lagi dengan kehadiran Raven disitu. "Kau tak boleh terus macam ni. Aku tahu kau sedih, tapi sampai bila? Kau nak biarkan kematian adik kau macam tu je? Lepas tu kau nak tengok siapa pulak mati? Lia? Atau kitorang?"

Melihat tiada respon dari Anna, Kyle terus sahaja meneruskan niatnya. "Aku faham apa yang kau rasa. Adik kau dibunuh, same goes with my brother. Tap–"

"At least not in front of your eyes!" potong Anna keras. "Aku nampak setiap seksaan Evel pada adik aku. Aku nampak macam mana adik aku tahan kesakitan tu. And me, sitting there doing nothing."

Gelak sinis terkeluar dari mulut Anna. Setiap titis darah yang keluar dari badan Ryan bagai menyeksa tangkai hatinya sebagai seorang kakak.

"Aku nampak depan mata aku. How my brother died."

Suara Raven yang tiba-tiba mencantas membuatkan Anna pantas memalingkan mukanya. Kepalanya didongak memandang riak kosong Raven yang hanya merenung tegak ke depan.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now