B41

164 28 38
                                    

TANGAN yang berpeluh dingin, diusap berkali-kali. Nafas berat dihembus keluar sebelum kepalanya diusap kasar. Serabut! Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia berasa tidak sedap hati.

Telefon dicapai lalu aplikasi Instagram dibuka. Sengaja dia men'scroll laman itu sebagai satu usaha melekakan diri namun tidak berjaya. Sejak beberapa hari lepas dirinya berasa tidak tenang bagaikan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Sehinggakan tidurnya pun turut terganggu.

"Sarah, kau ni dah kenapa?" soal Ivy, bingung. Dari tadi dia perasan gadis itu asyik bergerak tanpa hala tuju.

Sarah mengangkat kepalanya lalu wajah Ivy ditenung kosong. Telefon diletakkan kembali ke atas meja. "Entahlah. Aku rasa tak sedap hati."

"Tak sedap hati?" soal Ivy, risau. Selalunya pasti ada sesuatu yang buruk akan terjadi apabila gadis bernama Sarah itu berasa tidak sedap hati. Tapi apa pula kali ini? Serangan musuh?

"Babe, jom pergi rumah Ayden. Aku rasa nak jumpa Kyle la. Mana tahu boleh tenangkan hati kan." ajak Sarah. Dia terus bangun lalu jaket disarung ke tubuh.

Ivy pula sudah menjulingkan mata ke atas melihat Sarah yang mula merapikan rambut. Tubuh disandarkan ke sofa lalu tangannya disilang. "Tenangkan hati ke terukkan hati? Nanti kau jugak yang jealous tengok Kyle bersweet dengan Lia."

"Biarlah! Ish, kau ni, jomlah pergi. Pasal minah tak cukup otak tu lantak dialah!"

"Dia tak cukup otak ke kau yang tak cukup otak? Dah setahun lebih diorang kahwin, dah ada anak pun. Sampai bila kau nak simpan perasaan kat Kyle?" bebel Ivy, menyampah. Meskipun Sarah itu kawan baiknya, dia masih tidak suka gadis itu mengacau rumah tangga orang. Perkara yang salah, tidak kiralah siapa pelakunya, tetap perlu dihalang.

"Cakaplah apa pun, Ivy. Aku tetap akan dapatkan Kyle." ujar Sarah selamba. Rambut hitamnya yang separas pinggang itu diikat membentuk gaya pony tail. Lalu cap disarungkan ke kepala. "Kau nak ikut atau tak? Kalau tak nak, aku boleh pergi sendiri."

"Ergh, fine! Aku ikut." jawab Ivy. Laptopnya ditutup lalu pantas dia keluar dari bilik Sarah.

Sarah hanya mengerling pantulan Ivy dari cermin. Sedikit sebanyak dia terasa dengan kata-kata Ivy.

.
.
.
.
.
.

  "JADINYA, Ryan tu spy Reaper? Berita yang adik hilang sejak umur dua tahun tu, tipu? And Rizz selama ni tinggal dengan ayah Lia?"

"Ya." Angguk Encik Haze. "Sejak umur 2 tahun, Rizz tinggal dengan nenek kat kampung. Tapi lepas nenek meninggal, uncle yang jaga dia. Papa dan mama tak dapat fokus jaga Rizz, lagi-lagi Rizz perlukan rawatan untuk gagap. Kalau hidup dengan papa dan mama, mesti Rizz akan jadi target Reaper. Kami semua dah sedar Reaper berniat jahat sejak daddy dan mummy Evelyn masih hidup, jadi kami bertiga dah rancang semuanya. Tak sangka pulak dia tetap cuba rampas kuasa dari papa kamu."

"Oh..." Anna mengangguk faham. Matanya melekat pada Rizz yang hanya menunduk di sebelah Encik Haze. Kenapa duduk jauh sangat lahai budak ni. Family kau kat sini dik, bukan kat sana. "Rizz! Sini ah, kau duduk sebelah Lia buat apa."

"Err..." Rizz serba salah. Kepalanya digaru perlahan sambil matanya tunak memandang Encik Haze. Sebaik sahaja menerima anggukan dari lelaki itu, Rizz mula bangun mendekati keluarga kandungnya. Kekok dia melabuh duduk di sebelah Anna.

"Back to the story..." Evel menarik perhatian yang lain semula. "Lepas kematian parents aku, kitorang tiga beradik terpaksa berpisah. Aku dijaga oleh mama dan papa. Alex dijaga oleh Uncle Haze dan Scarlet dijaga oleh Reaper. Dia pergunakan Scarlet untuk kepentingan sendiri."

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now