B52

157 28 17
                                    

Sudah dua minggu berlalu. Segalanya baik-baik sahaja. Tiada ancaman dari Reaper dan Evel cepat sahaja beransur pulih. Meskipun masih tidak dibenarkan melakukan aktiviti lasak, gadis itu sudah dibenarkan pulang.

Dan hari ini, mereka semua berkumpul bagi menyambut perkahwinan Ivy dan Andrew. Katanya, bagi menggantikan majlis mereka yang hancur hari tu.

"Jangan makan dulu! Evel, kau kebulur sangat ke?!" Anna memarahi Evel yang selamba mencapai beberapa potong tembikai merah yang baru disusun ke dalam mangkuk. Tangan gadis itu diketuk dengan senduk yang kotor dengan kesan sambal.

Tanpa menghiraukan Anna, Evel terus sahaja mencapai sepotong lagi tembikai dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Setelah itu, tangan yang terpalit dengan sambal dilapkan pada belakang baju Anna.

"Hell, kau gila ke!"

Evel sekadar tergelak suka lalu terus melarikan diri ke ruang tamu rumah Ivy. Anna pula sudah memusing-musingkan kepalanya, cuba melihat kesan sambal yang dilap pada belakang baju. Hampa, leher dia terlampau pendek.

"Apa hal la minah ni? Tersampuk setan ke tiba-tiba jadi hyper." rungut Anna sambil menutup api dapur. Sambal yang sudah siap dimasak, dimasukkan ke dalam mangkuk. "Doktor takde salah bagi makan ubat ke?"

Scarlet yang sedar soalan itu ditujukan padanya, lantas mengangkat muka. Kening dijungkit sebelah sebelum dia menggeleng ringkas. "Entah, balik dari hospital terus jadi gila. Bukan kau ke yang nak sangat dia jadi gila macam tu?"

Anna terdiam. Memanglah dulu dia ada mintak Evel jadi Lyn yang hyper dan terlebih ceria. Tapi sekarang rasa macam menyesal pula. "Aku harap dia jadi dingin balik."

"Apa? Apa? Dingin tu natang apa?" Evel yang kembali melangkah ke dapur terus sahaja menanya sambil wajah acah polos ditayang. Duduk dilabuh pada kerusi berdepan dengan Scarlet yang masih memotong buah di kitchen island. Mulutnya dinganga lalu Scarlet terus menyuapkan sepotong besar tembikai ke dalam mulut kakak kembarnya.

"Sedap!" ujar Evel, gembira.

"Terencat." Lia yang dari tadi berdiam diri, tiba-tiba sahaja bersuara. Wajah jengkel ditayang ke arah Evel yang sudah menjelir lidah.

"Scarlet, diorang jealous." adu Evel.

Scarlet pula hanya mengangguk lalu meneruskan kerjanya. Malas nak layan Evel yang mula buat perangai kanak-kanak tidak matang. Dah muak dia hadap hari-hari. Kalau dibantah, makin sahaja Evel meroyan. Jadi, lebih baik setuju dengan semua lalutan gadis itu.

"Korang tak penat ke masak dari tadi?" Evel bersuara lagi, sekaligus memecah kesunyian antara mereka. Pandangannya sekejap jatuh pada Lia, sekejap lagi pada Anna. Scarlet tak apa, sebab dia pun baru masuk dapur setengah jam lepas. Tapi Anna dan Lia pula sudah ke dapur sejak awal pagi lagi.

"Penat. Tapi kalau nak harapkan kau, terbakar dapur Ivy ni karang." balas Anna. Sempat dia menyindir Evel yang tidak reti masak. Tapi apa nak kisah? Evel tak malu pun bila tak reti masak.

"Ha, Ivy ni mana? Asal dari tadi kita je yang masak? Kan ini majlis dia." Lia pula bersuara. Baru dia sedar gadis itu tidak muncul-muncul. Semalam kata nak mintak diorang tolong masak, tapi takkanlah tuan badan tak muncul.

"Dia kata majlis ni nak sambut dia, so dia tak nak buat kerja." jawab Scarlet. Sampah dimasukkan ke dalam tong sampah lalu tangannya dibasuh.

Anna pantas mengangkat wajah. "Hotak dia! Evel, pergi panggilkan minah tak guna tu!"

"Asal aku?"

"Sebab aku gojes. Gojes malas." selamba sahaja Anna menjawab.

Evel merengus perlahan. Mahu tak mahu, terpaksa juga dia lakukan. "IVIANNE! IVY! IVY!! ANNA PANGGIL!"

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now