B25

237 32 27
                                    



ANNA duduk termenung memandang kolam ikan di depannya. Sejak dia sampai ke rumah Ayden dua hari lalu, sampailah sekarang, sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya. Dia hanya diam, termenung, mendengar dan berfikir. Tapi semua yang berlaku langsung tidak masuk akal bagi dirinya.

Masakan betul, Evel adalah pengkhianat? Mustahil selama ini Evel merancang pembunuhannya dan Lia. Dan kalau benar sekalipun, pasti sudah lama dia dan Lia mati. Selama 18 tahun dia mengenali gadis itu, tiada satu pun perbuatan Evel nampak jahat di matanya.

Evelyn Helena,

Gadis lemah lembut, ceria, manja dan penyayang. Sama macam gadis-gadis lain. Namun, kisah hitam dan ancaman hidup memaksa gadis itu berubah untuk melindungi orang tersayang dan diri sendiri. Dan, Anna cukup faham dengan semua kesukaran yang Evel hadapi.

Kekejaman gadis itu hanya pada musuh, bukan keluarga sendiri. Selama ini Evel yang melindunginya dan Lia. Mustahil dia berniat ingin membunuh mereka.

Tetapi...

Kejadian dua hari lepas di kediaman Evel kembali terlayar dalam mindanya.

"Anna... " tegur Lia sebaik sahaja pintu pagar dibuka oleh Anna. Raut wajahnya yang keruh dan tergesa-gesa menimbulkan kecurigaan pada mata Anna.

"Kenapa tiba-tiba kau ada kat sini? Mana laki kau?" soal Anna, pelik.

"Ergh, Kyle dalam kereta."

Sebuah kenderaan Vellfire hitam yang diparkir tidak jauh dari pagar dikerling sekilas oleh Anna. Keningnya terjungkit sedikit apabila kelibat ketua The Exfire turut kelihatan. Itulah kali kedua raut wajah dingin ketua mafia itu menyapa pandangannya.

"Kenapa datang sini? Rindu eh..." usik Anna. Bibirnya mengukir senyum nakal. "Tapi kau salah time ah. Evel takde kat rumah hari ni."

Lia menarik nafas lega. "Fuh, nasib baik. Aku memang tak nak jumpa Evel pun."

Serentak itu Lia laju menarik tangan Anna agar memasuki rumah tersebut. Pintu ditutup rapat lalu dia segera menarik Anna ke bilik tidur pula. Sebuah bagasi ditarik keluar dari almari.

"Nah! Kemas semua barang kau dalam ni. Ambik yang penting je. Aku ada kerja kejap. Pastikan aku datang nanti kau dah siap!" arah Lia lalu laju menghilang ke arah bilik sibernya.

Anna pula terkedu seketika. 'Apahal minah ni?'

Tanpa banyak bunyi, dia terus memasukkan barang-barangnya ke dalam bagasi. Selepas kira-kira sepuluh minit, kelibat Lia kembali muncul dengan sebuah beg hitam sederhana besar yang digalas.

"Dah siap belum? Kita takde masa ni, Anna!" geram Lia apabila Anna masih lambat-lambat memasukkan barangnya. Laci meja dibuka lalu dua pucuk pistol khas milik Anna dimasukkan ke dalam beg yang digalas tadi. Baju-baju Anna pula terus disumbat ke dalam bagasi.

"Dah, cepat ikut aku!" arah Lia keras.

Anna hanya menurut meskipun agak keliru dengan reaksi Lia. Baru sahaja kaki mereka mencecah anak tangga terakhir, kedengaran beberapa das tembakan dari luar rumah. Lia berdecit geram lalu mengintai dari tingkap rumah.

Kelihatan kelibat Evel, Fidz dan Sylvia sedang berbalas tembakan dengan Ayden dan Kyle. Dah agak! Evel mesti letakkan CCTV dalam rumah ni. Sebab itulah dia dapat kesan kehadiran mereka.

"As... Asal diorang shoot Evel?! Gila ke!" marah Anna. Baru sahaja dia ingin keluar dari rumah untuk menjadi back up Evel, tangannya direntap kuat oleh Lia.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now