B60

184 18 25
                                    

Kawasan sunyi yang menjadi tempat pilihan untuk melancarkan perang, direnung oleh Evel. Anak-anak buah yang dipinjam dari Ayden sudah bersedia dengan kelengkapan masing-masing. Anna yang sibuk on-call dengan Lia dikerling.

Meroyan minah tu sebab teringin nak ikut. Ni semua salah Ayden yang tiba-tiba nak join war, dah meroyan pulak Lia bila tahu.

"Bila diorang nak datang?"

Satu suara garau yang menegur membuatkan Evel pantas menoleh. Ayden dan Raven.

"Tak tahu. Ada 10 minit lagi sebelum pukul 11 malam. Korang kenapa tak masuk position?" soal Evel semula. Matanya mengerling sniper yang dibawa Ayden. Semua senjata turut ditanggung oleh Ayden.

Mujur sahaja lelaki ini mahu membantu. Jika tidak, mungkin dia terpaksa menyerah nyawa keluarganya tanpa usaha melawan.

"Lama sangat tunggu so aku turun dulu." jawab Ayden.

Raven hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Ayden. Dia dan Ayden ditugaskan sebagai headhunter sahaja. Ini semua permintaan Ayden sendiri dan dia pun sudah malas mahu membantah. Nanti pandai-pandailah dia lindungi Evel.

"Apa-apa je la. Nampak–"

BOOM!

Evel, Ayden dan Raven terpelanting beberapa meter ke belakang hasil ledakan yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri tadi. Beberapa anak buah yang turut berada di situ turut mengalami kecederaan.

Dalam menahan sakit, Evel kembali bangun. Matanya mencerlung melihat dua buah kereta yang mendekati kawasan tersebut. Pasti itu semua kerja Reaper untuk mencabarnya.

Dua buah kereta itu berhenti tidak jauh dari Evel. Ayden sudah kembali ke posisinya mengikut arahan Evel manakala Raven pula tetap di sisi. Enggan bergerak kerana rasa risaunya kini memuncak. Anna juga sudah mendekati mereka, bersedia dengan senjatanya.

Mereka memerhatikan beberapa figura yang melangkah keluar dari dua buah kereta itu. Dimulai dengan David dan Reaper sebelum ahli Silent Flow yang lain. Masing-masing berwajah sugul.

Sempat Raven berbalas pandang dengan Scarlet. Namun, tidak lama terus sahaja Scarlet melarikan matanya.

Evel mengerutkan kening apabila kelibat Dian tidak kelihatan. Dia sudah dapat mengagak apa yang terjadi. Apabila melihat Dian ditarik keluar dari kereta kedua, Evel mengetap kuat giginya. Sempat dia menangkap senyum sinis Dian.

Haih, perempuan sekor ni.

PAK! PAK! PAK!

"How your life, Evelyn? Oh, tak payah jawab. Sekejap lagi kau takkan ada life dah." sinis Reaper, selepas sengaja menepuk kuat tangannya. Sengaja pedang warisan Amonic ditayang pada Evel.

"Jangan sebut nama aku. Kau tak layak." dingin Evel.

"Huh, sempat kau nak bongkak depan aku? Tak sabar nak tengok kematian kau. Aku akan bunuh kau dengan nama bapak kau sendiri." Reaper menggenggam erat pedang itu. Senjata makan tuan? Ya, tapi kali ini senjata ini akan makan tuan dan keturunannya!

"Duh, gila ke orang tua kerepot ni?
Harap muka je handsome, perangai mintak kaki aku!" sempat Anna berbisik ke arah Raven.

Raven pula hanya menggeleng sedikit. Haih, minah ni. Orang tengah serius, dia boleh nilaikan kekacakan musuh.

"Lepaskan Dian." suara Evel sekali lagi kedengaran.

Dian sempat tergelak kecil melihat keadaan itu. Halah, sister! Tak rileks betul. Ingat Reaper senang-senang ke nak lepaskan dia?

"Oh, sayang juga kau pada sepupu kau. Tapi sayang, aku takkan lepaskan seorang pun dari korang. Aku akan hapuskan Amonic sampai debu pun tak tertinggal." bidas Reaper. Suaranya bergema kuat, menerobos masuk ke dalam pendengaran semua di situ.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now