B51

161 23 34
                                    

Ding! Ding!

Bunyi loceng mengisi ruang bilik mewah yang didiami beberapa lelaki yang sedang fokus berbincang. Seorang lelaki pertengahan umur yang duduk di kerusi tengah mengangkat tangan separas bahunya, menyuruh yang lain menghentikan perbincangan. Seketika, bilik itu bertukar sunyi.

Seorang lelaki yang setia di hujung sudut bilik, bergerak ke arah pintu lalu satu butang di tepi pintu itu ditekan. Perlahan-lahan, pintu terbuka menyerlahkan seorang gadis anggun yang berdiri megah. Gadis itu terus berjalan penuh angkuh ke arah si ketua. Sepanjang jalan, matanya mengerling sinis ahli-ahli mesyuarat yang memenuhi bilik itu.

"Kenapa you cari I sampai ke sini?" soal si ketua.

Gadis itu menundukkan sedikit tubuhnya sebelum tersenyum manis, "I ada berita gembira untuk you."

"Penting sangat ke sampai kena ganggu meeting I?" Rengusan geram keluar dari seulas bibir tua itu. Anak mata menikam tajam wajah manis si gadis 20-an di depannya.

"Well, lebih penting dari semua orang bawahan you ni." sinis gadis itu lagi. Wajah-wajah tidak puas hati dari ahli-ahli mesyuarat itu hanya dibalas dengan senyuman sinis. Bukan dia tidak tahu mereka semua amat membenci dirinya, malah tiap saat pasti ada sahaja yang berani mengancam nyawanya.

Hanya disebabkan dia menjalin hubungan dengan si ketua.

"Maaf, yang lain tolong keluar dulu. Kita sambung perbincangan hari lain." putus lelaki itu.

Serentak itu, ahli-ahli mesyuarat mula bangun meninggalkan bilik. Si gadis menjeling tajam pada seorang lelaki yang duduk betul-betul di kiri ketuanya, orang penting kumpulan mereka, juga pembenci utama dirinya.

"Tunggu apa lagi? Keluarlah!" jerkah gadis itu, kuat. Namun sedikit pun tidak mengentarkan si lelaki.

"David, keluar." arah si ketua, mendatar namun cukup tegas.

Si lelaki bernama David itu mendengus kuat. Barang-barangnya dikemas dan dia mula berdiri. "Menyusahkan!" Meja dihentak kuat sebelum dia berlalu pergi.

Si gadis menghantar pemergian David dengan pandangan menyampah. "Kenapalah you simpan orang macam tu? Baik bunuh je."

"You jangan risau okay, nanti I punish dia." pujuk si ketua itu. Tangan si gadis ditarik agar mendekatinya. Apabila sudah cukup dekat, pinggang gadis itu dicengkam lalu tubuhnya diangkat ke atas meja.

Mereka bertentang mata sambil si gadis tersenyum manis.

"So, what is the good news?" soal si ketua.

"Umpan dah mengena. Dia sendiri yang datang pada I." kata si gadis, gembira.

"What do you mean, Jenny? I tak faham."

"Alaa, you ni. Maksud I, Scarlet. Dia setuju nak join kita balik." Si gadis hanya tersengih apabila melihat senyuman sinis mulai menghiasi wajah teman lelakinya.

"I dah agak. Scarlet takkan berubah hanya disebabkan benda bodoh dulu. I dah didik dia sebaik-baiknya." Lelaki itu menyandarkan badannya pada kerusi. Terasa lega dan gembira dengan berita yang baru diterimanya tadi.

"Hmm, tapi dengan satu syarat. Dia nak you lepaskan semua keluarga dia." tambah gadis bernama Jenny itu. Mukanya berubah menyampah bila memikirkan syarat tidak masuk akal yang dipinta bekas temannya.

"Family? Huh, I rasa I dah didik dia baik-baik. I dah jelaskan yang I je family dia. Sekarang dia dah pandai terima family baru ya." sinis lelaki tersebut. Dia mula bangun lalu berjalan mendekati satu almari kaca. Satu pedang yang elok diletakkan dalam almari kaca itu direnung dalam. "Takpe, kita terima dia dulu. Lepastu I akan ajar dia baik-baik, untuk sedar yang dia takde family selain I."

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now