B9

272 58 28
                                    

____
——————
~Love yourself, and I will love you~
————————————
——————

    KYLE meneguk rakus air mineral sejuk itu. Setelah selesai, gelas dibawa ke singki lalu dicuci.

Bunyi loceng secara tiba-tiba menarik perhatian Kyle. Keningnya berkerut memikirkan siapa yang kurang kerja nak bunyikan loceng rumah, sedangkan masing-masing ada kunci pendua untuk rumah Ayden.

Maklumlah, rumah bos buat macam rumah sendiri.

Kyle menghiraukan bunyi loceng, malah dia bergerak ke arah ruang tamu rumah. Televisyen dihidupkan lalu dia selamba duduk di sofa.

Sambil-sambil mencari channel yang dimahukan, tangannya turut sama memegang telefon. Entah apa dia buat.

Bunyi loceng yang semakin lama semakin kerap membuatkan Kyle mengeluh. Beruk mana lupa bawa kunci ni?!

Pintu dituju lalu dibuka kasar.

Sebaik sahaja melihat gerangan di pintu itu, Kyle mencebik. Patutlah bunyi loceng macam bagi amaran rumah terbakar, rupanya minah rimau yang datang.

"Asal kau datang sini?" Soal Kyle sambil memberi ruang untuk gadis itu masuk.

Gadis itu tersengih. "Nak jumpa abang Ayd lah. Mana dia?"

Bola mata dengan iris kehijauan itu melilau ke seluruh pelosok rumah, mencari gerangan yang disebut tadi.

"Kau ni Ivy, takde motif lain en datang sini. Kalau bukan sebab Ayd, memang kau tak jejak dah rumah ni, kan?" Ujar Kyle, meluat. Soalan gadis itu hanya dibiar sahaja.

Alah, si Ayden tu dari pagi sampai ke malam pastu tukar jadi pagi balik pun, dia tetap bertapa dalam bilik. Bosan betul hidup dia. #sendulife

Ivy menjeling sekilas ke arah Kyle. "Nanti, lepas aku kahwin dengan Ayd, tiap-tiap hari aku jejak rumah ni tau. And, masa tu kau boleh berambus hahahahah!" Gurau Ivy.

Kyle sekadar menjelir lidahnya tanda menyampah. Lek ah, dengan Ivy je dia jadi childish. Nak buat macam ni dekat Ayden, mahunya pecah kepala nanti.

"By the way, Kyle..." seru Ivy.

Kyle hanya menjungkit kening, menggantikan sahutan yang patut keluar dari mulutnya.

"Aku datang ni dengan someone." Sambung Ivy.

"Siapa?" Soal Kyle penuh curiga. Matanya dikecilkan, memandang sahaja perilaku gadis cantik itu.

Ivy tersenyum sumbing. Rambutnya yang beralun cantik itu digentel perlahan dengan jari. "Aku bawak Sarah. Hehehe..."

"The heck?! Bodohlah kau, Ivy!"

Kyle terus kelam-kabut mencapai telefonnya di atas sofa. Televisyen turut dimatikan lalu alat kawalan dicampak entah ke mana. Hilang karang, mengamuk Ayden.

Belum sempat Kyle ingin memanjat tangga ke tingkat atas, satu suara feminin menegurnya.

"Hai, abang Kyle!!"

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now