B38

162 23 60
                                    

MUKA gadis di seat belakang kereta itu masam mencuka walaupun dua lelaki yang duduk di bahagian hadapan rancak berborak. Sesekali terdengar bunyi tawa dari bibir dua lelaki itu.

Si gadis mendengus geram, "Asal korang angkut aku sekali? Malas ah! Aku baru nak layan anime."

"Shushh, diam Anna. Dari tadi kau rungut benda sama. Cuba redha sikit, dah dalam kereta pun kan." tegur Hao. Dia yang memandu kereta, akibat dipaksa oleh Alex hanya mampu membebel.

"Dan dari tadi kau tak jawab kenapa aku kena ikut." bidas Anna semula.

Alvin tersengih melihat gadis yang duduk di sebelahnya itu. Sebenarnya dia yang paksa Anna ikut sekali. "Kenalah ikut, aku kan tak boleh berjauhan dengan kau. Nanti rindu..."

"Hotak dia!"

Alex yang sekadar memerhati naik pelik. Sebelah keningnya dijungkit naik, "Uish, garang. Macam manalah kau boleh suka kat perempuan macam ni, Vin? Nak kata cantik, cantik lagi awek aku. Perangai pun tahap-tahap nazak je aku tengok. Apa–"

"Woi, jangan nak mengata crush aku eh! Aku tendang kau keluar kereta ni karang." ugut Alvin. Alang-alang dia duduk di belakang Alex, kepala lelaki itu spontan diketuk kuat.

"Alex, sejak bila kau ada awek? Kau kan single forever." Anna mengejek Alex kembali, sekaligus membuatkan lelaki itu insaf selama seminit.

"Aku single yang bahagia. Kopetauu!"

"Bukan kau on crush kat Ivy ke?" sampuk Hao tanpa rasa bersalah membocorkan rahsia yang sekian lama tersimpan antara dia dan Alex. Bibirnya tersungging senyuman sinis.

"Eh, bukan Sarah ke?" Alvin pula menyampuk.

"Diamlah, bodo! Hak alah mamat bangla dua ekor ni tak padan single!"

"Seriuslah, Alex?! Weh, jangan curi orang punya ah. Dua-dua dah ada pemilik tu!" Anna sengaja membuat reaksi terkejut berlebih-lebihan. Lengan lelaki itu digoncang kuat dan sekali-sekala dipukul pula. Dramatik Anna.

"Aku tak nak dua-dualah!"

"Ek eleh. Mamat ni senang jatuh cinta rupanya. Jiwang eh jiwang, HAHAHAHAHAHAHA!" ejek Anna lagi. Semakin galak dia ketawa apabila wajah Alex bertukar cemberut.

"Dah sampai." Hao menghentikan kereta sebaik sahaja sampai di satu bangunan setinggi empat tingkat. Kereta diparkir betul-betul di kotak parkir yang khas untuk tetamu khas bangunan tersebut.

"Apak ah kau, Hao. Sejak bila kita datang jadi macam tuan pulak? Kita kan tetamu je." ujar Anna.

"Tetamu yang akan akhiri nyawa dorang semua. Fuh, cepat ah aku exited ni!" sampuk Alvin teruja. Tanpa menunggu balasan yang lain, selamba dia menarik tangan Anna lalu mereka berdua berjalan mendekati bangunan dahulu, meninggalkan yang lain.

"Woi, gun aku masih dalam kereta la! Bodoh apa? Nak aku mati awal?!" marah Anna. Melihatkan Hao yang sudah melambaikan pistol bercorak galaksinya dari jauh itu membuatkan Anna mengeluh berat. Bibir dicebik, menyampah dengan Alvin yang tidak reti bersabar.

Alvin pula pantas berpaling pada Anna. Dahinya berkerut melihatkan gadis itu yang langsung tidak bersenjata. "Pedang kau mana?"

"Dalam kereta jugaklah, bahlol! Aduh mamat ni aku bunuh jap lagi kan naya je." balas Anna, geram.

Alvin pula terus mencebik. "Lahai, lembablah kau ni. Ni, ambik aku punya. Kau nak pistol ke pedang?"

"Dah tu kau nak guna apa?"

"Heh! Cintaku padamu dah cukup nak pertahankan diri aku."

Anna yang mendengar terus meremang bulu roma. "Bodoh! Bangang! Anjing punya ahli neraka! Geli bodo!"

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now