B14

252 57 29
                                    

______________

True friendship is not being inseparable. It's being separated and nothing changes.

______________

"Aku tak tahu apa yang lain~
Dari mu hari ini~
Apa itu karena sepatu flatmu~
Atau wajah ketatmu yang langsung nggak mau senyum~" Anna tersengih-sengih ke arah Evel lalu nyanyian sumbangnya diteruskan.

"Pernahkah kau bertanya~
Seperti apa aku stress melihat wajahmu~
Pernahkah kau mengira~
Seperti apa–"

"Kau pehal? Tinggal tiga jumaat eh?" Potong Evel, dingin. Pandangannya masih melekat pada skrin laptop tanpa sedikit pun menoleh ke arah Anna.

Anna yang awalnya duduk di kerusi kerja Evel, mula melangkah mendekati katil. Duduk dilabuh ke sebelah gadis itu bersama wajahnya yang masih tersenyum sumbing.

"Kau buat apa tu? Layanlah aku weh. Aku bosan ni." Anna cuba mengintai ke arah skrin laptop Evel malangnya gadis itu lebih pantas menutup laptopnya.

"Takde apa pun. "

"Aik? Hari-hari aku tengok kau hadap laptop dengan muka cam nak makan orang. Pastu kau kata takde apa? Something fishing, hurm." Anna mengusap perlahan bawah dagunya tanda curiga terhadap Evel.

"Fishing? Kau nak memancing ke?" Evel cuba berlawak, malangnya,

"Ha. Ha. Ha. Kelakar banget sih." Perli Anna.

Evel pula hanya tenang menunjukkan riak kosong. Laptop diletak ke tepi lalu Evel membaringkan badannya. Matanya tunak memandang syiling bilik.

Sebaik sahaja Evel selesa, Anna pula meniarap di sebelah gadis itu. Tangan ditongkatkan ke dagu sambil matanya tak lepas memandang Evel. Evel yang mula rimas terus membuka mulut.

"Kau kenapa, bengong? Rimas ah."

"Takde lah. Akhir-akhir ni kau makin busy aku tengok. Kau buat apa, babe? Rini je nampak free sikit." Terang Anna.

Risau jugak dia tengok leader dia sekor ni macam tak rehat. Kadang-kala sampai pukul 4 atau 5 pagi pun dia perasan Evel masih belum tidur. Bila siang, biasanya Evel hilang tanpa jejak.

"Adalah kerja sikit."

"Kerja apa? Kerja kita sama tau. Asal kau busy lain macam sedangkan aku free je. Siap dapat pergi shopping lagi semalam." Bantah Anna, masih tidak mahu kalah. Jarinya dimainkan di rambut hitam bersinar milik Evel.

Lembut!

"Hurm."

"Apa yang 'hurm' nya?!" Anna yang mula bengang terus menarik sedikit kuat rambut Evel yang dalam genggamannya.

"Sakitlah, anat! Nak gaduh ke, hah?!" Marah Evel lalu kepalanya dijauhkan dari tangan Anna.

Kalau dibiar, boleh botak Evel esok.

Anna memusingkan bola matanya lalu dia turut sama berbaring di sebelah Evel. Lengan Evel dipeluk erat lalu kepalanya diletakkan ke bahu gadis itu.

Note : Bukan lesby, okey!

"Evelyn Helena..." Seru Anna perlahan.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now