B48

162 26 17
                                    

PANTULAN dirinya ditatap dengan mata bersinar teruja. Tidak sabar rasanya untuk masuk ke dewan dan melangsungkan perkahwinan sebentar lagi. Meskipun perkahwinan mereka sudah didaftarkan, namun masih sahaja Ivy teruja ingin menunjukkan suaminya kepada orang ramai. Pasti seronok! Akhirnya segala rancangannya berjalan lancar.

"Cik, pengantin lelaki dah tunggu kat luar." ujar pengurus perkahwinan yang setia menemani Ivy sejak tadi. Bibirnya tersungging senyuman manis melihat pengantin perempuan yang sungguh lawa di matanya. Gaun pengantin berwarna biru muda dan  beralun lembut serupa deruan ombak pantai, tampak begitu menyerlah dan anggun digayakan di tubuh ramping itu. Solekan yang tidak terlalu tebal dan masih nampak natural, makin menyerlahkan sepasang mata hijau jade bersinar milik si gadis. Rambutnya pula disanggul tinggi bersama sedikit hiasan rambut elegan bertemakan mutiara.

Setiap yang memandang pasti terpaku. Untung benar pengantin lelaki apabila mendapat gadis secantik ini. Sudahlah lawa, lemah-lembut pula tu.

"Pengantin lelaki? Okay, kejap lagi saya keluar." Ivy tersenyum teruja. Cermin dipandang buat kali terakhir. Rambutnya yang terjuntai ke dahi ditolak sedikit ke tepi telinga. Senyuman lebar setia terukir di bibir. Satu hembusan nafas dilepaskan lalu dengan yakin, Ivy mula berjalan keluar. Sisi gaunnya diangkat sedikit bagi mengelakkan tersangkut ketika berjalan.

Sebaik sahaja melihat Ayden dan Hao di luar pintu, senyumannya makin melebar. Kepala dilarikan ke kiri dan kanan, melihat beberapa lelaki yang turut berada di situ.

.
.
.
.
.
.
.

    Sebaik sahaja Scarlet melabuh duduk di kerusi sebelahnya, Evel pantas mengangkat wajah. Riak kosong adiknya dibalas dengan satu senyuman nipis. "Lamanya kau pergi tandas."

"Ceh, macam tak kenal aku. Aku malas nak duduk sini, bingit!" balas Scarlet. Ini pun dia masuk kerana Anna sudah mencarinya di tandas, lalu diheret masuk ke dewan bersama.

Kepala ditegakkan memandang depan, dimana Alvin dan Raven sedang berbual. Bibirnya mencebik geram melihat Alvin yang beriak selamba sahaja, sedangkan Anna tampak sangat masih kecewa. Pandangannya jatuh pula pada Raven. Seperti biasa, renungannya akan melekat pada sepasang anak mata kelabu milik Raven. Terasa lega dan hilang sedikit kekosongan hatinya yang ditinggalkan oleh Steven. Jujur dia masih tidak dapat lupakan lelaki itu.

Evel pula memandang tepat ke depan tengah dewan, dimana terletaknya satu kek empat tingkat megah menjadi tatapan para tetamu. Cantik, dan pasti lebih cantik apabila Ivy dan Ayden memotong kek itu sekejap lagi. Memikirkan hal itu, Evel tersenyum tawar. Kenapalah dia masih tidak dapat membuang perasaan pada Ayden ini. Meskipun sudah elok disembunyikan daripada orang lain, tapi dia tidak dapat menipu diri sendiri. Katakanlah berjuta kali pun bahawa dia telah redha, tapi sejujurnya hatinya masih sakit. Meskipun harapan itu sudah hancur, meskipun dia tidak menjangkakan kebahagiaan untuk dirinya, namun perasaan itu masih kekal di dalam hati. Dan setiap saat, hanya menghancurkan lagi dirinya.

"Kau okay? Nak balik ke?" soal Scarlet tiba-tiba. Bahu Evel disentuh lembut.

Pantas Evel menggeleng perlahan. Senyuman manis diukir, "Aku okay je. Asal?"

"Huh, suka sangat menipu. Macamlah aku tak kenal kau." bidas Scarlet sekaligus membuatkan senyuman Evel pudar.

Ya, dia penipu. Dan sejak dulu lagi dia menipu diri sendiri. Sentiasa menjangkakan kebahagiaan sedangkan dia sendiri tahu, pada akhirnya dia tetap akan terkorban. Satu hari nanti, setelah Reaper berjaya dikalahkan, nyawanya tetap akan melayang. Jadi, apa lagi makna kebahagiaan untuknya? Tiada!

Maka, setakat secubit perasaan buat Ayden ini, biarlah terkubur bersama jasad tanpa nyawanya suatu hari nanti.

"PARA HADIRIN DIMINTA MENGAMBIL TEMPAT DUDUK MASING-MASING DAN BERTENANG. SEKARANG, TIBALAH MASANYA KITA MENJEMPUT PASANGAN PENGANTIN KE DALAM DEWAN! DIPERSILAKAN, MR. DAN MRS. REIVAN!"

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now