B23

204 38 48
                                    

Sebaik sahaja kereta yang dipandunya selamat memasuki kotak parkir, handbrake kereta ditarik. Enjin dimatikan lalu beg galas mini yang dibawanya dicapai. Beberapa helaian kertas dan fail turut digenggam kemas.

Pantulan dirinya pada cermin pandang belakang kereta, ditelek. Cukup hanya memakai bedak tipis dan lip gloss. Pakaiannya pula hanyalah seluar jeans hitam dipadankan dengan t-shirt putih dan kardigan labuh berwarna coklat. Sneaker putih bercorak line hitam dan merah pula menjadi pilihannya. Sekali pandang, langsung tidak sesuai untuk melangkah masuk ke dalam pejabat Kyle sebentar lagi.

Lia melangkah keluar dari keretanya. Perlahan langkah diatur ke arah lif di bahagian parkir bawah tanah itu. Tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati. Pantas kepalanya dipusingkan ingin mencari sebarang figura atau fenomena aneh, namun tiada.

'Perasaan je kut.' getus hati gadis itu. Langkah dilajukan ke arah lif yang masih 10 meter jauh di hadapannya.

BANG! KTANG!

Mata Lia membulat apabila jelas salah sebuah kereta di situ mempunyai kesan tembakan. Tanpa menoleh, pantas dia berlari je arah salah sebuah kereta lalu menunduk.

"Siapa pulak kejar aku sampai ke sini ni? Haishh, menyusahkan betul!" Beg galas mininya dibuka lalu sepucuk pistol dikeluarkan. Barang-barang yang dibawanya diletakkan ke lantai.

Sambil menunduk, Lia berjalan di celah-celah kereta. Matanya tajam memerhati keadaan sekeliling. Sebaik sahaja matanya mengesan sebuah kereta yang mencurigakan, langkah terus dihentikan. Kelihatan dua figura manusia yang samar-samar di dalam kereta itu. Tingkap bahagian penumpang depan kelihatan terbuka dan seorang gadis bertopeng jelas kelihatan. Figura disebelahnya pula kelihatan seperti seorang lelaki.

Picu ditarik, lalu dihalakan ke arah lelaki itu. Ruang yang sempit membataskan pergerakannya apatah lagi ingin menyasarkan dengan tepat. Dia bukanlah penembak handal sebaliknya hanya seorang hacker yang suka berkurung didalam bilik teknologinya.

Haish, terpaksalah mintak Kyle ajar dia fight selepas ni. Itu pun kalau masih hidup la.

BANG!

Tembakannya mengena pada lengan gadis itu. Kelihatan gadis tersebut mengaduh sakit sebelum tingkap kereta pantas ditutup.

"Jangan cuba nak lari," bisik Lia pada diri sendiri. Pistolnya dihalakan pada tayar kereta itu. Sekurang-kurangnya dia perlu hentikan pergerakan mereka.

BANG!

"Tak guna! Kena rim buat apa!"

BANG!

Sekali lagi tembakannya tersasar. Malah semakin jauh dari target. Alahai Lia, kau patut ikut latihan menembak selalu. Ni tak, asyik ponteng je kan dah bodoh menembak.

PRANG!

Mata Lia membulat apabila tingkap kereta bahagian pemandu pecah secara tiba-tiba. Rasanya dia tiada lepaskan sebarang tembakan, macam mana boleh pecah?

"Shit, ada orang lain ke kat sini?"

Tiba-tiba sahaja bunyi deruman enjin dari kereta itu kedengaran sekali gus menarik perhatiannya. Lia mengangkat kepalanya untuk menyasarkan tayar sekali lagi namun belum sempat tembakan dilepaskan, pistolnya terjatuh dari tangan. Matanya membulat, tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dilihat.

Lelaki yang memandu itu...

"Fidz?"

.

.

.

.

.

.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now