B32

214 35 84
                                    

TEGANG.

Hanya perkataan itu yang sesuai untuk menggambarkan keadaan mereka tika ini. Dua puak mafia saling berhadapan antara satu sama lain. Di sebelah kanan, dimana Evel mengetuai kumpulan Amonic. Manakala di sebelah kiri pula, Ayden yang mengetuai kumpulan The Exfire berdiri megah di hadapan anak buahnya.

Permintaan Evel untuk berperang secara terus diterima baik oleh kumpulan The Exfire. Malah, mereka lebih berpuas hati dengan cara tersebut. Lebih adil dan jelas menunjukkan kekuatan kumpulan itu.

"Mana Lia dan Anna?" soal Evel apabila kelibat dua gadis itu tidak kelihatan.

"Pahal nak cari adik-adik aku? Ada masalah?" soal Ayden kembali. Sengaja perkataan adik itu ditekankan ingin menyindir gadis itu. Dan ternyata sindirannya berkesan apabila riak wajah Evel bertukar kelat.

"Aku nak perlawanan yang adil, Hell. Tapi kau pun tahu anak-anak buah kau tak mungkin dapat kalahkan kumpulan aku. So, aku bagi kau pilihan. Serah diri dan biarkan legasi Amonic diteruskan oleh orang lain. Atau, berperang and you know..." Kening dijungkit bersama riak wajah sinisnya.

"It's the end of Amonic."

Raven, Hao, Alvin dan Kyle yang berada di belakang Ayden terkedu. Ini bukan sebahagian dari rancangan asal mereka.

"Ayd–" Kata-kata Kyle terhenti apabila Ayden merenungnya tajam sebagai amaran.

"Aku pilih yang kedua. Amonic masih bermaruah untuk bertarung. Dan jangan yakin sangat kau akan menang." balas Evel, berani. Matanya yang hanya sipi-sipi kelihatan dek tertutup dengan kepala hoodie itu merenung tajam wajah si ketua The Exfire.

Ayden menjungkitkan keningnya, takjub. Tak sangka setamak ini seorang Evelyn Helena. Berbanding keselamatan dan kelangsungan kumpulan, gadis itu lebih takut kehilangan kuasa. Sudah tentulah dia tidak akan menyerah dan menurunkan kuasanya pada orang lain.

"Aku tak faham, Helena. Kenapa kau nak sangat kuasa Amonic?" Ayden meluahkan rasa kesalnya. Kesal dengan sikap tamak Evel. Kesal dengan kekejaman gadis itu. Kesal kerana mata gadis itu sudah dikaburi dengan pangkat. Dan, kesal kerana dia masih menyimpan perasaan buat gadis itu.

Evel menjeling tajam tanda menyampah. "Kau tak perlu faham dan kau takkan faham!"

Dingin suara gadis itu hanya sipi-sipi menyapa telinga Ayden apabila satu tembakan turut dilepaskan oleh Evel dalam masa yang sama. Ayden cekap mengelak, malangnya tembakan tadi mengenai lengan Hao yang berdiri di belakangnya. Serentak itu juga kumpulan Amonic maju menyerang The Exfire.

Alvin pantas menarik Hao agar berdiri di belakangnya, cuba melindungi lelaki itu.

"Kau boleh fight tak?" tanya Alvin sambil badannya cekap membelasah sesiapa sahaja yang mendekati mereka. Seorang ahli Amonic yang cuba menyerang Hao, ditarik agar menjauhi sahabatnya. Kakainya laju menendang dada lelaki itu sehingga di dia terundur beberapa tapak ke belakang. Tengkuk lelaki itu disiku kuat sehingga jatuh terduduk lalu kakinya menyepak tepat di hidung lelaki tersebut.

"Aku boleh lagi." jawab Hao sambil cuba menahan sakit.

"Nice. Wanna play a game?" tawar Alvin. Meskipun sedang sibuk berlawan, mereka berdua masih mampu berbual. Malah pernafasan mereka juga masih lancar.

"Which one? Siapa kill paling banyak ke?" Hao menyoal kembali. Matanya cekap mengesan seorang lelaki yang cuba melepaskan tembakan ke arah mereka, lantas tubuh Alvin ditarik kuat hingga keduanya jatuh tergolek di tanah.

Hao mengerang apabila lengannya yang terkena tembakan tadi ditindih oleh Alvin. "Berat, bodoh!"

"Sorry weh. Manalah aku perasan."

Baru sahaja mereka ingin bangun, dua butir peluru betul-betul melalui ruang sempit diantara mereka, membuatkan kedua-duanya terkaku. Serentak itu bunyi hentaman tanah kedengaran di sebelah kiri. Satu tubuh jatuh terbaring sambil mengerang sakit apabila kedua kakinya terkena tembakan.

Hao memandang Kyle yang jelas melepaskan tembakan itu. Manakala Alvin pula terus menikam dada lelaki tadi hingga tidak bernyawa.

"Aku nak join game korang. Bunuh paling banyak without using bullet. How?" Suara Kyle yang kedengaran dari earpiece membuatkan Hao dan Alvin saling berpandangan.

"Well, aku nak tengok juga macam mana Mr. Headhunter membunuh tanpa peluru." Hao menjawab bersetuju.

Lantas mereka bertiga mencampakkan pistol masing-masing dan berlawan menggunakan skill pertahanan diri.

Sementara itu, Evel berusaha menyembunyikan dirinya disebalik lautan manusia. Sedaya upaya dia mengelak dari bertembung dengan mana-mana ahli atasan The Exfire. Dia tahu mereka ingin menangkapnya hidup-hidup, tapi dia takkan tertangkap sekarang. Rancangannya tidak boleh gagal!

Sedang dia cuba melarikan diri ke hujung kawasan peperangan, satu bilah parang melibas laju ke arah kepalanya. Mata Evel membulat melihat kelajuan pedang itu.

Bunyi mengilukan kedengaran apabila muncul sebilah pedang berlaga dengan parang tadi. Dengan tangan sebelah lagi, pemilik pedang itu menghunus perut si pemegang parang menggunakan bilah pedang keduanya. Darah terpercik hingga mengenai Evel dan lelaki itu.

"Kau tak boleh mati sekarang." pesan pemilik pedang itu, namun suaranya jelas kedengaran kosong dan dingin.

Mengabaikan lelaki itu, Evel pantas menjauhinya dan menyembunyikan diri. Perlawanan antara Amonic dan The Exfire diperhatikan dengan penuh debaran. Setelah hampir satu jam, hanya suku ahli kumpulan Amonic yang tinggal. Giginya diketap kuat.

Tiba-tiba terasa satu besi dingin dan tajam menyentuh lehernya. Evel terkaku. Badannya menegang bersama rahang yang diketap sehingga mengeluarkan bunyi gigi berlaga. Berdebar, risau dan takut, semuanya bersatu.

"Coward, huh?" tegur Lia, sinis.

Evel terkejut mendengar suara itu. Lantas kepalanya dipalingkan menghadap dua gadis yang berdiri megah di hadapannya sambil menghalakan senjata. Anna dengan sepucuk pistol, dan Lia yang meletakkan pedangnya kemas di leher Evel.

"Se.. Sejak bila korang ada..." tergagap-gagap suaranya keluar. Matanya membulat, benar-benar terkejut melihat dua susuk tubuh itu di depan mata.

Senyuman Lia bertambah sinis. Pedang itu ditekan sedikit ke leher Evel, menghasilkan luka sekitar tiga sentimeter yang laju mengalirkan darah. "Kitorang bukan pengecut macam kau. Menyorok waktu peperangan. Bermaruah konon, heh!"

"Kau dah nampak sekarang, Evel. Kau kalah dan kitorang menang. Anak buah kau, seorang pun tak tersisa." Giliran Anna pula bersuara.

Evel pantas menoleh ke belakang kembali. Matanya terketar-ketar apabila melihat mayat anak-anak buahnya bergelimpangan dengan darah yang membasahi tanah. Lidahnya kelu, matanya panas bagaikan ingin menangis.

Inikah penghujungnya? 

Penghujung perjuangannya selama bertahun-tahun selepas kematian ibu bapanya.

Ayden, Kyle, Hao dan Alvin datang mendekati mereka bertiga. Masing-masing hanya menayangkan wajah beku tanpa perasaan.

"Bawa dia balik dan kurung dia. Aku nak dia rasa... Semua seksaan yang dah dia berikan pada kita semua." arah Ayden. Matanya dilarikan dari memandang gadis itu.

Kecewa.

Dia terlampau kecewa! Hatinya hancur. Fikirnya selama ini, mungkin dia masih berpeluang mengubah Hell menjadi lebih baik dan menguburkan sahaja niat buruknya. Tetapi, nampaknya Evel terlalu keras dan kejam untuk diubah. Maka, dia terpaksa menelan kenyataan bahawa perasaannya pada gadis tersebut harus dikuburkan.

Tubuh Evel diheret ke dalam kereta oleh Kyle sebaik sahaja memastikan tangan gadis itu diikat. Sepucuk pistol setia dihala ke arah kepala gadis itu.

Sempat Evel bertukar pandang dengan Raven yang hanya memerhati dari jauh. Riak kosong lelaki itu membuatkannya tersenyum kerana mata lelaki itu tidak menipu. Mata yang penuh dengan dendam dan kekeliruan. Dia pasti fikiran lelaki itu masih dipenuhi dengan persoalan tentang Steven.

_____________________

~24/02/21~
Erm tareti scene fight.
Bye bye!


Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now