B3

384 70 23
                                    

"Fay!"

'BANG! '

"Arghh!"

Lia membuka matanya luas. Perkara pertama yang dia nampak adalah seorang lelaki di sisinya yang sibuk mengacu pistol ke arah depan. Baru dia perasan sebelah tangan lelaki itu melingkari pinggangnya.

Lia mengecilkan mata, cuba melihat wajah lelaki itu. Malangnya topeng muka penuh yang dipakai lelaki itu menghadkan pandangannya.
Bau maskulin yang agak kuat menerobos ke lubang hidungnya.

"Focus, little girl. Kau nak mati malam ni ke?" Ujar lelaki itu tenang.

Lia yang bagaikan tersedar terus memandang sekeliling. Ramai konco-konco Zech sudah memenuhi kawasan itu. Ada yang sudah bergelimpangan mati.

Beberapa orang lelaki turut menentang konco Zech. Mudah sahaja Lia membuat kesimpulan lelaki disebelahnya dan lelaki-lelaki yang sedang bertarung itu berada di pihaknya.

Tak jauh dari mereka, Evel sedang bertungkus-lumus berlawan tanpa senjata. Lebih kurang lapan orang lelaki menyerang serentak. Pistol Evel yang tercampak di jalan tar dipandang tajam. Mudah sahaja dia mengenali pistol merah putih milik Evel.

Pistol dipinggang ditarik keluar. Musuh-musuh yang mendekat ditembak tepat. Ada yang terus mati apabila tembakannya mengenai kepala dan jantung.

Lia pantas bangun lalu dia berlari laju ke arah pistol Evel. Sambil itu, lelaki tadi menjadi back-up nya. Setiap musuh yang cuba menyerang Lia ditembak mati.

Tepat dikepala.

Pistol Evel dicapai. "Hell! Sambut!"

Lemparan pistol itu diterima mudah. Evel mula bertarung menggunakan pistolnya. Lia pula melarikan diri ke hujung lorong.

Lia menunduk di sebalik dinding. Poket yang tersembunyi di sebalik hoodienya dibuka. Sebuah plat berwarna perak dikeluarkan lalu plat itu diubah suai. Sekejap sahaja, ia membentuk sebuah kereta kecil.

Lia tersengih.

"Now, kita uji."

Telefon pintarnya dibuka. Sejenis aplikasi yang terpapar gambaran anak panah ditekan selamba. Kereta kecil itu mula bergerak.

Mata Lia fokus pada kedudukan musuhnya, Zech. Kereta kecil itu laju bergerak ke arah Zech yang sedang bertarung dengan seorang lelaki.

Lia menyasarkan pada kaki Zech. Punat berwarna merah pada skrin telefon pintarnya ditekan.

Serentak itu, kereta kecil itu mengeluarkan sejenis jarum halus yang menikam kaki Zech. Tak sampai sesaat, Zech terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan tar.

"Yes! Menjadi pun kali ni!" Sorak Lia sendiri.

Kereta kecil itu cuba dipandu semula ke arahnya namun sedikit pun tidak bergerak di skrin telefon. Lia mengerut kening, pelik dengan situasi itu.

Tak tunggu lama, dia keluar dari tempat persembunyiannya lalu memasuki kawasan pertarungan. Setiap serangan musuhnya dielak. Matanya tajam memerhati sekeliling, cuba menjejaki kedudukan kereta kecilnya itu.

Langkah Lia terhenti. Dia memandang tepat pada lelaki bertubuh tegap yang berdiri di hadapannya. Tangan kanan lelaki itu naik, menunjukkan kereta kecil yang dicari sedari tadi.

"Kau punya?" soal lelaki itu.

Lia berundur setapak. Aura dingin yang dikeluarkan oleh lelaki itu serta-merta membuat dia gerun.

"Ss.. Siapa kau?" Soalnya perlahan.

Lelaki itu menjungkit kening. "Kau tak kenal aku? Sure?"

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now