B45

139 22 6
                                    

"EVEL, jomlah masuk. Aku malu ni. Babe, please temankan aku masuk..." Mata dibulatkan lalu dikelip-kelip gedik beberapa kali. Tangan kanan Evel yang dipeluknya sejak tadi, digoyang-goyangkan manja. Bibirnya terjuih serupa itik yang sedang merayu kepada si tuan.

"Sejak bila kau reti malu?" soal Evel dengan riak sarkastik. Matanya mencerun memandang Anna yang melekapkan wajah pada bahunya.

Buat sekian kalinya, Anna menggoyangkan lagi lengan Evel. "Alaaa babe, kau tak sayang aku ke? Huwarghh, temanlah aku."

"Masuk jelah sendiri, kat dalam tu ada Lia kan. Lagipun kalau aku masuk, confirm kena halau." arah Evel lalu tubuh Anna ditolak menjauh dari dirinya. Matanya meliar melihat rumah agam yang tersergam indah seperti biasa.

Sunyi.

Mungkin sebahagian dari mereka sedang bekerja.

"Tapi, aku malu."

"Then, kau expect aku third-wheeler kau dengan Alvin ke nanti? Lagi satu, kau pasti ke dia ada kat rumah? Hari ni office day." soal Evel bertubi-tubi. Jelas dilihat riak muka Anna mula berubah.

"Erm, aku lupa. Hohoho, kita pergi office dia nak?" usul Anna pula. Bukan senang dia nak yakinkan diri untuk datang hari ni. Alang-alang dah pergi, dia tak nak pulang dengan tangan kosong. Come on, ni gojes lah! Gojes tak mudah mengalah!

"Hotak kau! Tak nak ah aku." tolak Evel, mentah-mentah.

"Alaa, babe. Pwish–"

TOK, TOK, TOK!

Evel dan Anna pantas memandang tingkap dimana datangnya bunyi tadi. Dua figura yang berdiri disitu menyapa mata, sekaligus membuatkan dua gadis tadi terdiam. Seketika, mereka saling berbalas pandang sebelum Evel menurunkan cermin tingkapnya.

Sepi.

Dua figura itu sekadar bertentang mata tanpa sebarang kata keluar dari mulut masing-masing. Seorang dengan wajah kosong tanpa reaksi dan seorang lagi setia dengan senyum sinis dibibir.

"Well, nak duduk kat luar je ke?" Kyle memecahkan sunyi. Kepalanya ditundukkan memandang wajah Evel dan Anna yang masih didalam kereta.

Evel pula pantas berdehem lalu memutuskan renungannya dengan Ayden sebentar tadi. Kepala dipalingkan ke arah Anna, seraya isyarat dihantar agar gadis itu segera menyiapkan urusannya.

"Ha, kitorang nak masuklah ni. Kan Evel, kan." ajak Anna lagi.

"Kau masuk la sendiri, aku ada kerja." tolak Evel. Tahu sangat Anna masih tidak berputus asa mengajaknya masuk ke dalam.

"Just come in, Evelyn. Tak lama pun." Ayden pula bersuara.

Evel merenung keliru pada Ayden. Dah kenapa bakal pembunuh dia ni baik sangat ajak masuk rumah?

"Masuk jelah, Evel. Lia pun dah rindu kat kau tu. Jenuh aku layan dia meroyan hari-hari macam mak nenek." sampuk Kyle.

"Eh, dasar adik ipar! Kau mengata adik aku eh!" Anna yang sudah keluar dari kereta, pantas meluku kuat kepala Kyle. Lama juga dia tak berjumpa dengan lelaki ini.

"Aku cakap fakta je!"

Anna yang sedang menjeling, tiba-tiba mengelipkan matanya berkali-kali. Wajah polos ditayang, "Well, faktanya kau pun perangai atuk-atuk. Sesuai sangat korang kahwin."

Tanpa mereka berdua sedari, Evel yang masih di dalam kereta perlahan-lahan menaikkan kembali tingkapnya. Baru sahaja enjin ingin dihidupkan, pintu terbuka. Evel ternganga seraya memalingkan kepala memandang Ayden yang sudah memegang kejap lengannya. Liur ditelan kasar, dia lupa nak kunci pintu ke tadi?

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now