B61

211 25 33
                                    

Alex mengabaikan situasi tegang dua kakaknya itu. Melalui arah tembakan tadi, dia dapat mengagak dari mana datangnya serangan. Laju sahaja kakinya melangkah ke bangunan tersebut. Sepanjang lariannya, jelas dia melihat Raven kini turut menjadi mangsa tembakan.

"Anna!" teriak Alex sebaik melihatkan Anna yang sedang bersusah payah melawan tiga orang lelaki gagah. Matanya mengerling sekilas seorang lelaki yang sedang mengacu sniper dan seorang lagi selamba berdiri memandang ke bawah. Reaper!

BANG! BANG!

Tembakan Alex tepat mengenai kepala si headhunter malangnya tembakan keduanya tersasar dari mengenai Reaper apabila lelaki itu pantas mengelak. Malah satu tembakan mengenai lengan Alex membuatkan pistol ditangan terlepas. Alex mengeluh berat apabila Reaper terus bersembunyi di sebalik tangki besar.

Tanpa menunggu, pantas serangan diatur pada salah seorang lelaki yang berlawan dengan Anna. Alex melompat tinggi lalu kaki kanannya dilepaskan tepat ke sisi kepala lelaki sasa itu. Tumbukan dilepaskan mengenai bawah rusuk dan dada lelaki itu bertalu-talu sebelum tangan kirinya ditangkap lalu dipulas ke belakang badan.

Alex mengerang sakit. Kepalanya dihayun kuat ke belakang, tepat mengenai dahi lelaki itu. Lelaki itu menekap kuat dahinya yang kian memerah. Pandangannya yang mulai terasa berpusing  membuatkan dia tidak dapat mengelak tendangan Alex pada lututnya.

Lelaki itu jatuh ke lantai. Kakinya yang terasa sakit membuatkan dia tidak mampu bergerak. Alex pantas mengambil peluang mengelar leher lelaki itu.

Seterusnya, mata jatuh pada Anna yang sudah cedera teruk di lantai. Dua orang lelaki gagah yang mengerjakan gadis itu masih tidak puas memukulnya.

Alex menderam geram. Pisau ditangannya dibaling tepat mengenai belakang dada salah seorang lelaki. Darah tersembur keluar dari mulut lelaki itu membuatkan kawannya pantas menoleh.

Belum sempat si rakan bertindak, satu tumbukan kuat mengenai pipinya. Lelaki itu melibas kasar pedang ditangannya menyebabkan satu luka panjang terhasil di peha Alex. Tidak menghiraukan lukanya, Alex terus sahaja menendang tangan lelaki itu membuatkan pegangannya pada pedang melonggar.

Pedang dirampas oleh Alex lalu terus dilibas laju pada lelaki itu. Darah memercik ke sekeliling apabila berkali-kali pedang dilibas meskipun mangsanya sudah tidak bernyawa.

BANG!

KTANG!

Nafas berat dihela. Mujur sahaja dia sempat mengelak peluru dari Reaper itu. Kaki laju diatur ke tempat persembunyian Reaper. Tembakan bertalu-talu dari lelaki itu dielak.

Sebaik ternampak kelibat Reaper, Alex membaling deras pedang ditangannya. Pedang itu tertusuk tepat bersebelahan Reaper. Tangki air yang menjadi mangsa tusukan itu mula membuakkan isinya.

Reaper tersenyum sinis. Niatnya untuk melarikan diri dimatikan. Jika dia lari, pasti bertemu Evel pula. Bertemu dua beast dalam satu masa, bukan pilihan bijak. Mungkin dia boleh uruskan jika satu persatu?

"Hola, Alexander!"

"Kau dah tembak kakak aku! Kau! Kau dah bunuh Dian, tak guna!" Hembur Alex, marah. Pantas kakinya berlari ke arah Reaper lalu tumbukan sekuat hati dilepaskan di dada lelaki itu.

Tumbukan keduanya tidak mengena apabila Reaper pantas menepis dengan tumbukannya pula. Alex mengundur beberapa tapak sebelum maju semula dan cuba menyenteng kaki Reaper.

Reaper pantas melompat dan melepaskan tendangannya di pinggang Alex. Satu tumbukan dihala ke arah pipi anak buahnya, malangnya Alex lebih laju menunduk sebelum berpusing 360 darjah dan menendang kuat kepala Reaper.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now