B22

237 41 34
                                    

       Suasana malam yang sunyi sepi itu dikecohkan dengan suara Alvin dan Hao yang terjerit-jerit kuat. Kyle, Raven dan Ayden masing-masing sudah keluar dari bilik, menuju ke ruang tamu dimana Alvin, Hao serta Lia berkumpul.

"Apahal ni?" soal Kyle dengan sebelah kening diangkat rendah.

Figura Alvin dan Hao yang sedang berdiri sambil mata dan tangan fokus pada game dijeling tajam. Main game pun boleh bising macam nak pecah rumah.

"Eh, what! Rav apa kau buat?!" jerkah Alvin apabila skrin televisyen bertukar gelap secara tiba-tiba. Raven yang berdiri selamba dengan satu tangan di dalam poket dikerling tajam. Suka hati saja lelaki itu mematikan suis televisyen.

"Apasal semua berkumpul dekat sini? Tadi busy sangat buat kerja." Lia menegur sebaik sahaja Kyle melabuh duduk di sebelahnya. Kepala Kyle yang ditekupkan pada bahunya diusap perlahan.

"Hubby penat..." adu Kyle perlahan. Pinggang isterinya dipeluk erat.

"Hurm, siapa suruh layan kerja sangat. Sampai Wifey duduk sebelah pun Hubby tak layan tadi." rajuk Lia. Usapannya pada kepala Kyle dihentikan. Tubuh Kyle pula ditolak kuat sehingga terlerai pelukan lelaki itu.

"Salah Ayd la. Dia bagi banyak sangat kerja kat Hubby. Wifey marahlah Ayd."

"Aik, aku pulak? Kalau tak nak kerja dengan aku, kau dipersilakan berambus. Pintu sentiasa terbuka untuk kau keluar," sampuk Ayd apabila namanya dikaitkan.

Kyle tersengih apabila disindir depan-depan oleh Ayden. "Joke je, Ayd. Tak payah la serius sangat. Bukan salah kau tapi salah budak babun tu. Tak pasal-pasal aku kena cover kerja dia."

"Siapa babun?" soal Hao.

"Alvin la. Siapa je yang Ayd kutip kat zoo kalau bukan budak tu."

Alvin yang sedang bermain Mobile Legend di dalam telefonnya segera mengangkat muka. "Apahal aku pulak?"

"Hahahahahah! Mengaku jelah kau tu babun weh. Muka pun sebijik dah aku tengok." ejek Hao sambil ketawa suka.

"Tak guna! Kau nak mati ke? Meh sini aku bunuh kau!" teriak Alvin, geram. Telefonnya dicampak ke arah sofa.

"Bunuhlah kalau mampu!" Hao turut berteriak lebih kuat dari Alvin.

"Kau! Aku shoot– sakitlah, hanat!" marah Alvin lagi apabila sebiji bantal mini selamat mendarat di wajahnya. Tawa Hao juga terhenti kerana sebiji lagi mengenai kepalanya. Bukan perlahan, laju macam bullet.

"Memekak sangat. Sakit telinga aku." Selamba Lia memberi alasan. Kyle sudah tersenyum bangga. Ayden pula mengangkat satu ibu jarinya, memuji tindakan gadis itu.

"Ayd, malam ni mission start pukul berapa?" Suara Raven menarik perhatian seluruh penghuni ruang tamu itu. Mata kini tertumpu pada Ayden yang masih memegang telefon.

"Hurm, tengah malam la baru gerak. Budak-budak semua dah ready, kan?" jawab Ayden.

"Dah. Aku bawak satu group je hari ni."

"Baguslah, aku rimas ramai-ramai."

"Kejap! Kenapa aku tak tahu pun malam ni ada mission." Alvin menyoal pelik.

"Sebab kau tak penting." bidas Kyle. Bibirnya terukir senyuman sinis yang sengaja ingin membuatkan Alvin geram.

Alvin mencebik.

"Wifey nak join tak malam ni?" soal Kyle pada Lia yang bersandar pada dadanya.

"Boleh ke?" Lia memandang Ayd, meminta jawapan memandangkan lelaki itu adalah ketua. Ayd pula pantas mengangguk ringkas.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now