B50

179 27 37
                                    

"BIY, nak suap hiks..." ujar Ivy, manja. Meskipun sedang berpakaian pesakit dan terlantar di atas katil, masih sahaja gadis itu tersenyum ceria. Tangannya memegang erat jari-jemari si suami.

Si suami hanya tersenyum manis, lantas menyuakan sesudu bubur di hadapan wajah Ivy.

Ivy mencebik, "Tak nak bubur. Tak sedap..."

"Gediknya kau. Nak termuntah aku tengok." komen Kyle, meluat. Matanya dijulingkan memandang aktiviti terlebih gula Ivy sejak setengah jam yang lepas.

"Hak alah, kau! Kalau jealous, pergilah manja-manja dengan bini sendiri." balas Ivy lalu bibirnya dijelirkan apabila melihat air muka Kyle yang bertukar keruh.

Mentang-mentang Lia dah pergi melawat Evel, boleh pulak Ivy menganjing dia kat sini. Mata dikalihkan pada suami Ivy yang setia duduk menemani isterinya itu, "Bro, macam manalah kau boleh jatuh suka kat minah ni? Perangai mintak tampar je tiap saat!"

"Hahaha! Comellah! Kan sayang?" Pipi Ivy dicuit lembut, membuatkan Ivy melebarkan lagi senyumannya.

Krekk!

Pantas ketiga-tiga mereka mengalih pandang pada pintu yang dibuka dari luar. Terjengul wajah polos Hao yang silih memandang mereka.

"Mana Ayden?" soal Hao apabila sedar Ayden hilang sejak tadi.

Kyle, Ivy dan Andrew iaitu suami kepada Ivy, saling berpandangan sebelum kepala digelengkan ringkas.

"Lepas aku bangun, dia terus keluar." jawab Ivy.

Hao sekadar mengangguk lalu melangkah masuk. Katil pesakut didekati. Pelik dia tengok muka Ivy ni, pucat-pucat pun happy.

"Tahniah, bro." Tangan dihulur pada Andrew dan disambut baik oleh lelaki itu. "Aku pun tak tahu nak kata tahniah ke takziah sebenarnya. Auch- sakitlah! Kasar betul kau, ingat sikit sekarang kau dah jadi bini orang."

Hao menggosok lembut bahunya yang ditampar kuat oleh Ivy sebentar tadi. Ivy pula sekadar mencebik lalu menempel kembali pada suaminya.

.
.
.
.
.
.

"KAKAKKU sayang! Kenapa kau tak mati lagi?!" Alex menerjah masuk ke wad kakaknya sebaik sahaja pulang dari tandas.

Terhenti pergerakan manusia-manusia di dalam wad itu, termasuklah seorang jururawat yang sedang bertugas. Kepala hanya di gelengkan perlahan melihat perilaku adik kepada pesakit itu.

"Kau nak membangang jangan masuk sini. Aku sakit lagi ni." kata Evel, malas.

"Alah, setakat berbalut sikit-sikit ni apalah sangat. Kata kental en?"

Belum sempat Evel berkata apa-apa, satu bantal sudah melayang tepat mengenai kepala Alex, sekaligus membuatkan lelaki itu terundur beberapa tapak kebelakang. Terkejut punya pasal.

Yang lain sudah tercengang melihat kejadian yang berlaku.

"Siapa baling tadi?!" jerkah Alex, geram. Satu persatu wajah ditelek lama.

"Me! Sini hospital so jangan buat bising. Pesakit perlukan rehat." Selamba sahaja si jururawat tadi menjawab. Sempat bahu Alex dilanggar kuat sebelum dia melangkah keluar.

Alex pula sudah tercengang sendiri. Apak ah, nak mati ke minah ni?!

"Padan muka kau." pendek sahaja komen Scarlet.

Alex pantas mengalihkan kepala ke arah Scarlet. Bibir dicebik geram, "Humph, menyibuk!" Bantal diangkat daripada lantai lantas dibaling ke arah Evel. Bunyi desisan sakit dari kakaknya diabaikan sahaja.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now