B54

149 26 27
                                    

SUASANA malam yang sepi ditambah lagi dengan keadaan gelap-gelita di pinggir hutan itu membuatkan darah si gadis berderau laju. Nafasnya tercungap-cungap sambil melangkah penuh susah payah dengan sebelah kaki yang cedera teruk. Darah mengalir laju membasahi seluar hitam yang dipakainya.

Sylvia menoleh lagi ke belakang. Melihatkan jalan kosong dan sepi tanpa satu kenderaan yang melintas membuatkan sedikit sebanyak, dia terasa lega. Penat menahan sakit di kaki, Sylvia menjatuhkan dirinya ke tanah. Perlahan dia mengesot, cuba menyembunyikan diri dalam semak hutan. Matanya sudah berpinar-pinar ingin bertukar gelap. Luka ditekup kuat dengan tangan.

Earpiece dihidupkan, "Fidz? Fidz, mana kau?"

Tiada balasan. Earpiece ditanggalkan dari telinga lalu dibelek. Tidak sampai lima saat, alat itu dicampak kasar ke tanah. Sudah rosak.

Macam mana dia nak hubungi Fidz? Dengan kecederaan sekarang, dia tidak dapat lari jauh. Bila-bila masa sahaja musuh akan muncul.

VROOM!

Sylvia mematungkan diri. Matanya melekat pada jalan yang baru dilalui oleh sebuah kereta. Dia tahu itu musuhnya, mujurlah dia sudah bersembunyi di sebalik semak.

Setelah lebih kurang sepuluh minit menunggu, gadis itu mengambil keputusan untuk keluar. Dia tidak boleh tunggu sehingga pagi, mungkin lebih mudah musuh menangkapnya nanti.

Tangan ditekap pada tanah lalu dengan seluruh tenaga, tubuh ditolak bangun. Dia berdesis perlahan apabila luka di kakinya terasa berdenyut. Rasanya ini bukan tikaman biasa. Pasti ada bahan lain pada bilah pedang tadi. Silent Flow memang suka guna cara paling mudah dan paling cepat untuk membunuh. Sylvia kena cepat dapatkan penawar sebelum semuanya merebak ke organ lain.

Misinya hanya memerhatikan salah satu markas rahsia Reaper. Tapi, tidak sangka pula SF akan muncul malam ini. Tidak pasal-pasal terkantoi.

"Sylvia! Kau dengar tak? Via!"

Sylvia menghentikan langkahnya, pantas menoleh ke sekeliling. Pemandangan gelap hutan dan kekosongan jalan mengisi ruang matanya. Dia pasti dia ada terdengar suara Fidz tadi. Dari mana? Earpiecenya sudah rosak.

Terasa getaran pada poket atas bajunya, gadis itu menunduk. Baru dia teringat alat yang Alex berikan pagi tadi. Alat penghubung berbentuk butang yang dia pakai pada poket atasnya. Bagaimana dia boleh terlupa?

Lega, masih ada jalan dan peluang untuk dia menyelamatkan diri. Butang itu didekatkan pada mulutnya, "Fidz! Kau dapat detect location aku tak? Ambil aku sekarang. Aku tak dapat tahan lama dah."

"Ya, aku dah on the way. Kau jangan gerak pergi mana-mana. Kejap lagi aku sampai." arah Fidz pula.

"Cepat Fidz. Aku rasa aku dah kena racun SF. Mata aku dah mula kabur. Nafas aku pun dah mula sesak. " lapor
Sylvia lagi.

"Via, stay awake! Aku dah nak sampai, tolonglah bertahan!" pujuk Fidz lagi. Jelas suaranya kedengaran terdesak.

"Hmm, no promise. Tapi aku tetap tunggu kau... sampai nafas terakhir aku." Sylvia tersenyum nipis dengan kata-katanya. Tubuhnya kaku di atas tanah. Cahaya dari lampu kenderaan yang menghala tepat ke arahnya ditenung kosong.

Nafasnya yang kian tersekat ditarik dalam lalu dihembus, "Aku sayangkan kau, Fidz. More than friend, and more than brother. See you in hell..."

BUM!

Tubuh Sylvia terpelanting beberapa meter ke belakang hasil hentaman sebuah kereta dari arah bertentangan. Darah tersembur keluar dari mulut gadis itu. Alat hubung antara dia dan Fidz tercampak entah ke mana. Dalam samar pandangannya yang mulai gelap, figura seorang gadis melangkah keluar dari badan kereta itu ditenung.

Árulás [Betrayal] Onde histórias criam vida. Descubra agora