B47

156 32 48
                                    

"WAJIB ke kita pergi? Malaslah aku." rungut Scarlet. Badannya dihempaskan ke katil, lalu matanya menatap tepat siling bilik yang berwarna putih itu.

"Alaa, Scar. Jomlah pergi. Aku takde kawan kat sana nanti. Please, korang jom pergi." Bibir dijuih manja ke arah Evel, Scarlet dan Anna. Buat kali kelima sejak semalam, Lia memujuk mereka untuk turut hadir ke majlis perkahwinan Ayden dan Ivy.

Anna memandang Lia. Kepalanya dianggukkan perlahan tanda bersetuju. Ayden itu sudah dianggap seperti abangnya setelah lebih setahun tinggal bersama. Lagi pula, Ayden memang melayan dirinya dengan sangat baik. Tidak pernah lagi rasanya mereka bergaduh.

"Yeay! Sayang kau, Anna!" Lia bersorak gembira. Pandangannya jatuh pula pada Evel yang duduk di depan meja solek sambil menyikat rambut panjangnya. "Baby, jomlah pergi."

"Baby babi kau." balas Evel pendek, sekaligus membuatkan Lia mencebik tidak puas hati.

"Yelah, aku ikut." ujar Evel lagi. Matanya mengerling figura Lia yang sudah tersengih-sengih dari pantulan cermin. Terlihat Lia yang mula mendekati katil, fahamlah Scarlet pula yang akan dipujuk rayu.

Scarlet awal-awal sudah menjeling tajam ke arah Lia, menandakan dia tidak mahu terlibat. Namun sedikit pun Lia tidak kisah.

"Scarlet, jomlah."

"Baby, jomlah."

"Honey, please... "

"Sugar, pwish..."

"Kau bodoh ke bangang?" potong Scarlet laju. Meremang tubuhnya apabila panggilan-panggilan manja itu ditujukan padanya oleh Lia. Dia bukan lesby okay.

"Scarlet, aku pergi, kau pergi. Fullstop!"

Kata-kata Evel membuatkan Scarlet mencebik. Menyampah hakak dengan perangai memaksa dia ni. "Tak nak!"

"Pergi!"

"Tak nak!"

"Pergilah!"

"Aku kata tak nak!"

Lia dan Anna perlahan-lahan melangkah keluar dari bilik situ. Tak mahu mereka terlibat dalam perbalahan mulut si kembar. Silap-silap nanti, si kembar yang bergaduh, Anna dan Lia pula yang masuk kubur dulu.

Mata Scarlet dan Evel mengerling perlahan pintu yang sudah ditutup rapat.

"Dah keluar." ujar Scarlet mendatar. Sengaja mereka berdua berbalah untuk membuatkan dua gadis tadi melangkah keluar. "Asal aku terlibat dengan majlis tu eh?"

"Entah. Kau nak pergi ke?" soal Evel kembali.

"Kalau kau pergi, aku pergilah. Masalahnya kau betul-betul nak pergi ke?"

"Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Haihh..." Evel menggelengkan kepalanya perlahan. Patut ke dia pergi majlis itu esok? Jika difikirkan, dia sepatutnya memberi hormat kepada Ayden, alang-alang lelaki itu sudah berjanji akan membantunya. Namun, dia sendiri tidak kuat untuk berdiri di majlis perkahwinan lelaki yang diminatinya, sedangkan dia bukanlah pengantin perempuan.

Hari tu pun dia sudah terasa sakit apabila secara tidak sengaja melihat Ayden dan Ivy bercium di depan matanya. Sakit, namun dia perlu terima hakikat lelaki itu memang milik Ivy. Dan Ivy juga bagaikan sudah menganggap dia sebagai musuh. Setiap pandangan gadis itu bagai ingin menyiatnya hidup-hidup.

"Kau buatlah keputusan. Aku ikut je. Dan jangan paksa diri kau." ujar Scarlet sebelum dia terus melangkah keluar, memberi ruang untuk kakak kembarnya berfikir sendiri.

.
.
.
.
.
.

ANNA menjeling geram Ivy yang duduk di hadapannya. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, perangai Ivy bagai berubah 360 darjah. Tahulah dia sudah mahu berkahwin dengan ketua mafia, tapi tak perlulah bawa perangai tak semenggah depan mereka. Sesuka hati sahaja Ivy memerli dirinya dan Alvin yang sedang bermasam muka.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now