Special Chapter

297 32 38
                                    

"Mummy! Tak nak sekolah, hiks! Please mummy, Fyn study at home macam dulu je. Please!" pinta Darfynz. Sudah 6 tahun dia belajar di rumah, tiba-tiba sahaja mummy dan daddy suruh masuk ke sekolah menengah tahun ini. Darfynz memeluk erat lengan Scarlet sambil digoyang-goyangkan ke depan dan ke belakang dengan rentak yang agak laju.

Kesannya, tubuh Scarlet turut sama tertarik membuatkan wanita itu hampir hilang keseimbangan. Lengannya ditarik dari pegangan kukuh Darfynz sambil matanya mula mencerlung tajam memandang si anak.

Dengan perlahan, Darfynz mula melepaskan lengan ibunya itu. Sebaik melihatkan Scarlet tidak lagi memandangnya, Darfynz terus memanjat meja lalu duduk bersila di hadapan ibunya.

Bibir dicebik dan riak comel ditayang, "Mummy, please..."

"No." tegas Scarlet.

"Alaa, mummy. I don't wanna meet those weird humans."

"You're human too." balas Scarlet tanpa memandang Darfynz. Muak sudah dia hadap riak acah comel anaknya yang kini berusia 13 tahun itu. Tak tergoda pun.

"Nope, I'm not. Your daughter is a satan, mummy." Bangga Darfynz menjawab sebelum perlahan dia berbisik pada diri sendiri, "Because you're the queen of satan, mummy."

Scarlet yang dapat menangkap ayat akhir anaknya itu sekadar menjulingkan mata. Queen of satan? Menyesal dia lahirkan setan seekor depan mata ni.

"Mummy, I'm-"

"Mummy..."

Dazzel yang tiba-tiba datang menyebabkan ayat Darfynz terbantut. Budak lelaki itu merenung jelek adiknya yang sedang duduk di atas meja bagai tiada kerusi. Akibatnya, hanya jeliran lidah dari Darfynz yang cukup faham maksud pandangan si abang.

"Why, Dazz?" soal Scarlet, sekaligus menghentikan aktiviti tidak bermanfaat dua anaknya yang mula merenung tajam wajah masing-masing.

"Mana school shoes Dazz?"

"Mummy letak kat-"

"Dazz, I found it!" Muncul pula Darren dengan tiga kotak kasut yang masih tampak elok tidak berusik. Darren tersengih-sengih melihat Dazzel yang menjelingnya geram.

"Tadi kata tak ada..." gumam Dazzel sebelum mengambil kotak yang paling atas. Selepas membelek, kotak itu dicampak pada Darfynz yang hanya memerhati sejak tadi. "Kasut kau."

Akibat tidak menjangka balingan dari abangnya, Darfynz terus sahaja menumbuk kotak itu secara refleks. Terpelanting jauh kotak itu jadinya dengan sepasang kasut berwarna hitam sudah terkeluar dari kotaknya yang berlubang.

Fyn menjulingkan matanya pada Dazzel. "Ceh, siapa nak pakai kasut? Fyn belajar kat rumahlah. Kan, mummy!"

"I never said that." jawab Scarlet pula.

"Crack! Ven dengar something pecah. Your heart eh, Kak Fyn?" Arven yang sekadar melalui kawasan tersebut, terus sahaja mengusik gadis yang dianggap kakaknya itu. Tergelak-gelak dia melihat wajah Fyn yang mula memerah geram.

"Kau, Ven! Pecah kepala kau esok!" bidas Fyn, garang.

Arven menguatkan lagi gelaknya sampai terbongkok-bongkok menahan senak di perut. "Esok eh? Esok ada orang tu kena pergi sekolah. Wuuu, kesiannya dia~"

"Arven Edewin Martinez!!"

Suara pekikan Fyn bergema kuat. Kalau ikutkan hati, memang dah lama dia terajang budak 10 tahun itu!

"Triplet D's... " Scarlet yang mula bangun menyeru perlahan ketiga-tiga anaknya itu. Serentak mata masing-masing melekat padanya. "Esok sekolah. Bangun pukul enam, don't be late."

Árulás [Betrayal] Onde histórias criam vida. Descubra agora