B49

141 27 14
                                    

HAO hanya memerhatikan Alvin yang sedari tadi tidak senang duduk. Lelaki itu sekejap-sekejap mengelus rambutnya ke belakang sambil mengeluh berat. Bukannya Hao tidak tahu apa yang mengganggu Alvin, tetapi dia sengaja memerhatikan sahaja.

Dah cari pasal, sekarang baru reti nak pening kepala!

Bahu Alvin ditepuk perlahan, cukup untuk membuatkan lelaki itu memandangnya. Wajah ketat milik Alvin sedikit pun tidak membantutkan niat Hao untuk menegur. "Kalau risau, pergilah jumpa dia. Tak salah pun kau teman dia kat sana."

"Pebende kau merepek ni?" bidas Alvin, keras. Matanya dialihkan memandang pintu bilik hospital dimana Ivy sedang dirawat. Ayden, Hao, Alvin, Kyle dan Lia sedang menunggu doktor siap merawat Ivy. Begitu juga dua ibu bapa gadis itu.

Hao mencebik, menyampah. Matanya turut dilarikan pada Ayden yang tampak tidak senang duduk di sebelah ibu bapa Ivy. Perangai sekor-sekor ni memang mintak kaki! "Kau tak payah nak berlakon depan aku la, Alvin. Kau risaukan Anna, kan? Pergilah tengok dia sana."

"Anna? Buat apa aku risaukan dia, dia bukan sakit apa-apa pun." balas Alvin.

"Kau fikir, aku tak tahu kau curi dengar masa aku call dengan Rav tadi? Kau tahu Anna tengah meraung kat sana kan?" Hao tersenyum sinis apabila Alvin sudah mengetap rahangnya.

Tanpa suara, Alvin sekadar berkumat-kamit memarahi diri yang terkantoi mencuri dengar perbualan Hao dan Raven sebentar tadi. Ya, jujur dia risaukan Anna. Gadis itu tampak kuat, tapi siapa sahaja yang dapat bertahan jika bakal kehilangan orang yang tersayang?

Keadaan Evel tadi memang tampak begitu teruk dikerjakan oleh kumpulan yang digelar Silent Flow itu. Sehingga sekarang, pembedahan gadis itu masih tidak selesai. Berbeza pula dengan kecederaan Ivy yang hanya tikaman pada perut, dan Raven yang sekadar pengsan.

"Kau termenung apa lagi? Cepatlah teman buah hati kau!"

Alvin merengus tidak puas hati. Memanglah dia risaukan Anna, tapi jika dia muncul ketika ini, pasti hanya membuatkan keadaan bertambah teruk. Susah payah dia berusaha untuk menjauhkan diri dari Anna, tidak mungkin dia akan muncul tiba-tiba sekarang ini.

"Wahai abangku yang berwajah serupa jembalang, apa lagi yang kau fikir tu?" tegur Hao lagi. Kali ini tangannya naik menjentik kuat telinga Alvin.

Alvin menjeling tajam Hao yang duduk di kirinya. Telinganya diusap lembut sebelum tangannya naik meraup rambut perangnya ke belakang. "Kau tak faham, Hao."

"Tak faham apa?" Hao menunjukkan wajah polosnya sambil senyuman comel diukir memandang Alvin. Matanya yang kelihatan sepet apabila tersenyum, merenung tepat wajah si abang. "Tak faham yang kau ni pengecut? Larikan diri lepas dah buat perempuan jatuh cinta kat kau? Huh, kejam! Tak berperikemanusiaan!"

Fuh, ayat Hao ni nampak alim benar ye anak-anak. Macam ku lupa siapa yang dok jadi member playboy Alvin suatu ketika dahulu.

"Kau nak apa, Hao?! Saja nak cari gaduh dengan aku?!" gertak Alvin pula. Dahinya berkerut memandang wajah Hao yang masih berlakon suci.

"Kau tu yang nak apa sebenarnya, Vin? Bila Anna dah mengaku dia suka kau, kau terus larikan diri? Aku tak kisah kau mainkan hati perempuan lain, tapi Anna tu dah macam-"

"Macam apa? Macam isteri kau?" cantas Alvin, sinis. Terngiang-ngiang di kotak fikirannya bagaimana Anna selalu membanding-bandingkan dirinya dengan Hao dan yang lain.

Ya, benar dia tak sempurna. Benarlah dia jahat, dia tidak seperti yang lain. Sedangkan wanita yang mengandungkannya pun tidak mahu menerima dirinya, apatah lagi meminta perhatian dari gadis bernama Edrianna Aulia itu?

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now