B27

195 30 16
                                    

KYLE hanya berkurung di dalam biliknya sejak pagi. Fikirannya serabut memikirkan Lia yang sudah berangkat menemui Evel bersama Anna sejak jam 8.00 pagi lagi.

Sempat mereka berbalah namun disebabkan kedegilan gadis itu, Kyle tidak mampu menghalang. Dia hanya risaukan keselamatan isterinya. Kalau ada yang back up takpelah juga. Ini tidak, dua gadis itu datang kepada Evel dengan tangan kosong.

Bagai menempah maut!

Kyle menghembus nafas berat. Perbualannya dengan Lia beberapa hari lepas kembali terbayang di kotak fikirannya.

"Hubby, dah dua bulan kita kahwin. Tak sedar pulak kan." Lia ketawa kecil. Pipi Kyle ditarik agar memandang wajahnya.

"Hmm, sorry sayang. Hubby tak dapat buat majlis. Your marriage ceremony should be a meaningful thing to remember, yet I can't–"

"Shush..." potong Lia. Jari telunjuk dan ibu jarinya mengepit bibir Kyle agar tiada perkataan yang keluar dari mulut itu. "It's okay. Bukan salah hubby pun. Keadaan tak mengizinkan, kan? Kalau buat majlis sekalipun, bukan ada sesiapa yang dapat sambut bagi pihak wifey, selain Anna."

Kyle diam. Matanya merenung lembut wajah isterinya yang nampak suram. Pasti gadis itu turut mempunyai impian perkahwinan seperti gadis-gadis lain. Majlis gah dengan ramai orang, dress kahwin dan kehadiran keluarga dan rakan.

Tapi dia tak mampu realisasikan impian isterinya. Keadaan sangat mendesak. Lia sendiri juga amat sibuk akhir - akhir ini. Apatah lagi dirinya.

"Hubby, actually I wanna tell you something." ujar Lia perlahan. Bibirnya terukir senyuman manis.

"Apa dia?"

Tangan Kyle dicapai lalu diramas-ramas lembut. Lia diam sambil tersenyum sendiri membuatkan Kyle berkerut kening, aneh.

"Babe, kenapa ni?"

"There is someone inside this." Tangan Kyle dalam genggamannya tadi dibawa ke perut. Lia hanya menundukkan kepala namun tubir matanya tiba-tiba sahaja terasa panas bagai ingin menangis. Terharu.

Kyle pula terdiam. Dia bukanlah bodoh untuk tak faham kata-kata Lia. Tapi dia terkejut. Terdiam, terpaku. Terlalu... Bersyukur sampai tak tahu nak buat apa.

"Seriously, wifey?" soal Kyle meminta kepastian.

Perlahan-lahan Lia mengangguk namun tiba-tiba air matanya laju mengalir. "Eisk... Eisk... Hubby tak nak anak ke? Hubby tak suka ke wifey pregnant? Kenapa hubby marah?"

Kyle tersedar lalu cepat-cepat tubuh isterinya dipeluk erat. "I can't believe it, babe! I'm gonna be a daddy! Of course hubby happy!"

Pipi Lia ditekup lalu dahi gadis itu dicium lama. Jarinya pula mengelap air mata yang turun ke pipi gadis itu. Lia tergelak suka. Sebaik sahaja ciuman Kyle dilepaskan, wajahnya disembam pada dada lelaki itu. Ingatkan Kyle nak marah tadi.

"Berapa bulan ni, wifey?" soal Kyle sambil tangannya mengusap lembut perut gadis itu yang masih rata. Tak lama lagi pasti akan memboyot.

"Sebulan dah."

"Dia mesti jadi hebat macam daddy dia nanti kan?" sengih Kyle.

"Perasan!"

Meja ditumbuk kuat dengan tangan kanannya. Beberapa barang yang tersusun di atas meja itu ditolak kasar hingga jatuh bersepah ke lantai.

Dia tak sanggup kehilangan isteri dan anaknya. Dia baru ingin bahagia, teruja dengan kewujudan anaknya tapi sekarang isterinya pula sibuk dengan misi. Kalau apa-apa terjadi pada isteri dan anaknya, Kyle pasti takkan dapat memaafkan diri sendiri.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now