B6

297 64 28
                                    

CAHAYA dari skrin komputer menerangi bilik gelap itu. Bunyi dentikan menghiasi latar apabila papan kekunci ditekan laju.

Mata Lia fokus memandang skrin. Sekejap komputer di belah kiri, sekejap lagi yang dibelah kanan. Ada empat buah kesemuanya. Satu komputer yang paling besar ditengah-tengah, dua di kiri dan satu lagi di kanan.

Skrin di bahagian tengah menunjukkan rakaman cctv yang telah berjaya digodam. Mata Lia ralit memerhati cctv itu, sekali-sekala papan kekunci di belah kanan ditekan laju.

Sekejap sahaja kesemua cctv itu ditukar dengan rakaman lain, hanya untuk mengelirukan pasukan keselamatan sahaja. Fon kepala yang tersangkut dileher dibetulkan ke aras telinga,

"Hell! Tiga orang aras satu arah utara. Aras dua ada sepuluh orang semuanya. Empat orang di barat daya, bakinya utara." Lapor Lia.

"Okay, now hack sistem keselamatan. Cover aku dan Ed. Kitorang masuk sekarang." Evel memberi arahan.

"Roger." Balas Lia ringkas. Bibirnya tersengih sambil tangannya laju bergerak.

Setiap sistem keselamatan digodam termasuklah lift dan semua peralatan teknologi di dalam bangunan dua tingkat itu. Dari rakaman cctv sebenar, Lia memerhatikan Evel dan Anna yang mula menjalankan tugas masing-masing.

Terlihat Anna selamba menembak tiga lelaki berpakaian hitam lengkap di aras satu. Mujur sahaja keadaan lengang pada waktu hampir menginjak tengah malam itu. Kalau tak mungkin mereka akan kantoi.

Lebih-lebih lagi, bila Anna dah buat tarian keterujaannya apabila dapat membunuh. Macam sekarang ni lah, duk terlompat-lompat.

Lia tertawa besar apabila jelas-jelas dia lihat Evel menumbuk bahu Anna untuk menyedarkan gadis itu. Anna mengaduh sakit lalu dia menjeling ke arah cctv terdekat. Lidah dijelir. Tahu sangat yang Lia sedang memerhatikan mereka.

"Eh, budak Anna ni. Karang aku sabotaj mission, dia jugak yang merana." Omel Lia sendiri.

Kaki dinaikkan ke atas meja. Selamba sahaja Lia menekan papan kekunci dengan hujung jari kaki. Kepala pula disandarkan ke kepala kerusi empuknya.

"Alahai, mudahnya kerja aku ni. Erm nak buat apa eh? Bosan pulak tunggu diorang siap mission." Jari telunjuk diketuk berkali-kali ke dagu. Matanya melilau ke sekeliling bilik yang hanya kelihatan samar-samar di dalam gelap.

Sebungkus roti berperisa coklat dipandang sebelum sebuah peti dari tepi mejanya ditarik keluar. Peti dibuka lalu terlihat beberapa kotak susu jenama Dutch lady pelbagai perisa.

Milk time!!

.

.

.

.

.

"Weh, ready untuk pick up!" Arah Anna dari alat penghubungnya dan Lia. Tercungap-cungap suaranya, hampir tidak cukup nafas.

Manakan tidak, mereka hampir gagal. Sekarang, dia dan Evel sedang dikejar oleh berpuluh-puluh konco team mafia tadi.

Lia tergesa-gesa bangun dari duduk. Kunci kereta dicapai lalu sekelip mata dia lesap ke dalam kereta. Kereta dihidupkan lalu gear dimasukkan. Minyak terus ditekan kuat, membiarkan kereta itu laju membelah jalan.

Setiap kenderaan dipintas bersahaja. Tangan dan kakinya cekap mengendali kereta audi berwarna hitam itu.

Lia mengerling skrin sistem GPS khas yang terpampang di dashboard kereta. Kedudukan Anna dan Evel sudah tidak jauh. Dari dalam kereta, dia nampak jelas kerumunan orang ramai yang kelihatan kelam-kabut.

Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now